DROPSHIP MANAKAH TERBAIK PADA TAHUN 2023 ( kAJIAN 2022)

DROPSHIP MANAKAH TERBAIK PADA TAHUN 2023 ( kAJIAN 2022)


DROPSHIP MANAKAH TERBAIK PADA TAHUN 2023 ( kAJIAN 2022)

Pada tahun 2021 hingga 2022 saya telah menggunakan pelbagai dropship untuk melihat yang manakah memberi pulangan yang baik dan yang paling penting memudahkan seller dan jaminan keuntungan yang baik.


Dropship yang saya gunakan ialah :

1. Kumoten  ( https://www.kumoten.com/ ) 
2. Save Value (  https://www.savevalue2u.com.my/
3. Lubuk Dropship  ( https://lubukdropship.com/ ) 
4. Dropship Malaysia (  https://www.dropshipmalaysia.com.my/
5. Dropship Murah ( https://www.dropshipmurah.com.my/
6. CICO ( https://cico.my/ ) 


Sepanjang perjalanan mengggunakan dropship ini saya, ada yang memberi keuntungan dan ada yang membuat saya rugi


DROPSHIP MANAKAH TERBAIK PADA TAHUN 2023 ( kAJIAN 2022)


DROPSHIP MANAKAH TERBAIK PADA TAHUN 2023 ( kAJIAN 2022)



Rating yang saya berikan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan bukan ada pihak lain yang terlibat dan untuk dropship yang terlibat di harap anda dapat membuat penambah baikan terhadap sistem anda.


Rating saya ini adalah berdasarkan margin untung, customer service, kebolehan produk untuk dijual.


SAVE VALUE 


DROPSHIP MANAKAH TERBAIK PADA TAHUN 2023 ( kAJIAN 2022)

Dropship yang paling saya suka dan mendapat jualan tertinggi di antara semua dropship yang lain.


Margin untuk 16% ke atas membolehkan saya membuat "OFFER" pada buyer walaupun dari segi kadar keseluruhan walaupun sales saya tinggi namun secara keseluruhan margin untung tidak begitu tinggi setelah ditolak "OFFER".


Yang membuat Save Value menjadi pilihan pertama ialah produk baru kerap dikemas kini setiap minggu. Oleh yang demikian anda tidak bergantung pada satu produk lama yang lama kelamaan tidak menjadi trend atau mainan harga terlalu tinggi hingga margin untung anda menjadi terlalu rendah. 


Dengan produk baru saya mampu menjual dengan harga yang masih menguntungkan kerana tidak ramai seller Save Value yang menjualnya lagi dan saya boleh ambil kesempatan menjualnya dengan segera.


Kedua ialah Save Value kini memasukkan video samada dari mereka sendiri atau dari You Tube. Dengan video, anda boleh masukkan ke kedai Shopee anda.

Kelemahan pada Save Value ialah margin untung yang rendah tapi masih lagi boleh dijual

Save Value kini telah upgrade sistem mereka dengan menawarkan " Product Decoration" dan " Boost Product". Bagus untuk anda sebagai seller!!!


KUMOTEN 




Salah satu syarkat dropship terawal dan paling popular. Kekuatan Kumoten ialah jumlah produk mereka yang cukup banyak dan margin untung setiap produk ada yang melangkau melebihi 30%.


Tetapi kenapa ia berada rating kedua pilihan saya. Sebab utama ialah membership mereka yang harus anda baharui setiap 6 bulan dan menambah beban ialah ia terdapat 2 jenis membership yang tidak adil untuk saya.

JIka anda mengambil membership Instant jumlah produk anda maksimum bawah 1200 produk tetapi jika anda mengambil PRIME, anda boleh menambahkan produk sehingga 5000 produk. Masalah dengan PRIME ialah penghantaran mereka ialah 9 - 14 hari dan anda kena memohon Non SSL. 


Membership Instant anda kehilangan sumber produk manakala PRIME pula ialah shipment melebihi 9 - 14 hari dan ini akan membuat anda pening jika anda pelanggan mengadu. 


Kedua ialah memasukkan produk ke Shopee ialah anda dibenarkan 10 produk sahaja dimasukkan. Jika hendak masukkan lebih dari 10 produk, anda kena masukkan secara manual atau membeli fitur yang ditawarkan dan kemudian boleh memasukkan seberapa banyak yang anda mahu.


Ini bermakna, anda kena bayar setiap perkhidmatan walaupun yang asas. Say atak suka yang ini, kita nak jualkan produk mereka dan nak masukkan pun kena bayar lagi !!!!


Dapatkan lebih lanjut EBook Percuma daftar Kumoten 


CICO 


DROPSHIP MANAKAH TERBAIK PADA TAHUN 2023 ( kAJIAN 2022)



CICO adalah syarikat baru muncul pada tahun 2021 ini dan saya meletakkan mereka sebagai pilihan ketiga kerana mudahnya memasukkan sekaligus produk ke dalam kedai Shopee anda.


Walaupun kelemahan produk CICO ialah bukan produk terkini tetapi produk mereka ini adalah kegunaan seharian oleh manuasia seperti penyapu dan sebagainya.


Walau produk mereka tidak sehebat Kumoten atau Save Value namun produk-produk mereka adalah produk yang kita gunakan. 


Manakala dari segi kualiti gambar oleh CICO kurang baik berbanding Save Value atau Kumoten namun ianya bolehditerima kerana produk mereka adalah penggunaan seharian dan mudah dikenali. 

Kelebihan CICO ialah customer service mereka amat baik, dimana kami bertanya melalui what apps dengan mereka. Oleh itu kami mendapat jawapan dari mereka amat pantas.


Saya memberikan rating ketiga berdasarkan prestasi 2021 dan awal 2022. Rating CICO  ini akan terkeluar disebabkan mereka kini menghadapi masalah, dropship mereka tidak boleh sync dengan Shopee dan ini memberi beban yang besar kepada seller buat masa sekarang.





LUBUK DROPSHIP 



DROPSHIP MANAKAH TERBAIK PADA TAHUN 2023 ( kAJIAN 2022)



Sebuah syarikat yang amat baru dan saya kasi rating keempat kerana sistem dropship mereka ini agak bercelaru. 


Jika anda ikuti step yang di ajar, boleh sahaja anda memasukkan produk Lubuk Dropship ni ke kedai Shopee tetapi saya malas nak belajar benda yang terlalu kompleks ini.


Kedua ialah membership kena bayar ialah RM24 setahun, dan ianya palingmurah antara smeua dropship-dropship lain yang mengenakan bayaran  tahunan.


Kelebihan Lubuk Dropship ini ialah customer service mereka amat baik sama seperti CICO dan mudah untuk anda dapatkan maklumat terkini.



DROPSHIP MURAH 



Dropship saya letakkan di rating kelima kerana masalah harga produk mereka yang berpotensi menyebabkan anda rugi. 

Saya ada menjual produk mereka dan saya tekejut melihat kerugian yang banyak walaupun saya hanya memberi diskaun 2% pada produk tersebut.


Rupanya produk yang saya jual hanya memberi keuntungan margin 3% sahaja!!! Masalah ini timbul kerana di Dropship Murah mereka tidak tunjukkan margin dalam peratusan tetapi hanya dalam bentuk wang.


Disebabkan kebanyakkan produk di Dropship Murah ini harganya melebihi RM100 (kebanyakkanya kuali) , kita lihat untung RM10...maka ok ler. Rupanya 3% sahaja. 


Ia masih saya kekalkan dalam rating 5 kerana bukan semua produk margin untung 3%. Tetapi anda kena buat kerja tambahan dengan membuat pengiraan sendiri peratusan untung anda.  Leceh ler..


Saya banyak kali mendapat order dari dropship murah dan jika Dropship Murah tambahkan peartusan keuntungan seperti dibuat oleh Save Value atau Kumoten mungkin kita boleh naikkan rating dropship murah ke rating 3.




DROPSHIP MALAYSIA


DROPSHIP MANAKAH TERBAIK PADA TAHUN 2023 ( kAJIAN 2022)

Saya boleh katakan the worst ever dropship pada tahun 2022 dimana masalah utama ialah produk yang ditawarkan bawah 100 produk dan kebanyakan produk sold out.


Kedua ialah produk mereka todak diupdated semenjak tahun 2021 hingga kini dan sudah tentu produk tersebut produk lama dan mempunyai saingan yang amat tinggi.


Walau pun ia memberi margin untung dalam kertas 50% tetapi realiti sebenar, anda kena menjual produk tersebut dibawah 10% kerana persaingan yang amat tinggi.


Tiada produk di dalam Dropship Malaysia yang mampu memberi jualan bawah harga pihak pesaing. 


Malahan jika anda hendak join Dropship Malaysia, anda kena sertai membership plan berjumlah RM300 setahun !!!!!!!! Dan perkhidmatan serta produk yang diberikan hancur, seolah-olah ia sebuah website yang tiada maintenance.





KESIMPULAN DROPSHIP MANAKAH TERBAIK PADA TAHUN 2023 


Dari data serta pengalaman saya menggunakan enam dropship ini. Yang masih saya gunakan ialah Save Value, Kumoten ( Instant) dan CICO.


Lain semua saya tak galakkan anda gunakan dan fokus pada dropship yang tidak bermasalah hingga anda rugi,


Namun saya menulis disini sebagai pengalaman saya menggunakan keenam-enam dropship ini.

Dapatkan maklumat lebih lanjut You Tube Channel :

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama