dropshipmalaysia.com TIDAK MENJANA KEUNTUNGAN

dropshipmalaysia.com TIDAK MENJANA KEUNTUNGAN

 

Homemaniac Shopee iaitu kedai Shopee eksperimen saya yang terbaru menggunakan DROPSHIP MALAYSIA tidak menunjukkan apa-apa perubahan yang ketara atau boleh dikatakan tiada langsung jualan pada kedai ini. 

Sememang tekaan saya betul pada artikel saya yang terdahulu bahawa DROPSHIP MALAYSIA ( DSM) tidak sesuai untuk dijadikan sebagai dropship di Shopee.


Disini saya ingin menyangkal apa-apa dakwaan saya sengaja menjatuhkan DSM. Ini berdasarkan analisa saya yang telah menggguna DSM hampir 6 bulan dan mendapati ianya sukar mendapatkan jualan.


PENYEBAB TIADA SALES 


Program Shopee Tidak Membantu 

Untuk pengetahuan saya menggunakan program Shopee  RM15 FREE SHIPPING and 10% CASHBACK pun tidak membantu jualan langsung. Ini bermakna program Shopee pun tak boleh pakai..heheheh. Program ini akan menyebabkan saya kehilangan 7.42% dari margin keuntungan dan berharap ada boost dari Shopee. Ianya hanya impian sahaja.





Tidak Membuat Shopee Ads 

Saya langsung tidak membuat Shopee Ads sebab saya mengambil Program Shopee sahaja dah memakan keuntungan saya 7.42 belum lagi termasuk transcation fee dan commision fee dengan jumlah 4.24% .  Total loss saya ialah 11.6% .

Saya tak mampu untuk membuat Shopee Ads jika saya terus mengambil Program Shopee ini.


Saingan harga

Ini adalah yang paling ketara sekali dimana harga produk DSM semuanya terlalu rendah dan jika mahu bersaing. Saya akan untung 2%-3% sahaja. Buat apa buat bisnis kalau untung 3%.


Sebab utama persaingan harga hampir keseluruhan produk adalah kerana produk-produk DSM tidak dikemaskini. Semuanya produk yang telah lama berada di pasaran dan sudah tentu tiada trending lagi.


KESIMPULAN

Dengan caj RM300 untuk setahun dan berjanji ada free gift semuanya palsu. Nasihat saya untuk dropshipmalaysia.com untuk anda berjaya sebagai dropship. Perkara pertama yang anda kena lakukan ialah memperkenalkan produk terbaru.


Dah setahun produk baru tiada dalam senarai new arrival DSM dan saya amat kecewa dengan prestasi DSM tambahan lagi yuran paling mahal dropship di Malaysia ialah DSM tetapi saya melihat Save Value lagi terbaik walaupun percuma.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama