HATI-HATI MENJUAL DI DROPSHIP MURAH - BLOG SHOPPERMANIAC

HATI-HATI MENJUAL DI DROPSHIP MURAH

Jika anda menjual produk melalui DROPSHIP MURAH pastikan anda membuat pengiraan terlebih dahulu kerana di dashboard DROPSHIP MURAH

 



Perhatian kepada semua seller Shopee. Jika anda menjual produk melalui DROPSHIP MURAH pastikan anda membuat pengiraan terlebih dahulu kerana di dashboard DROPSHIP MURAH tidak terdapat peratusan keuntungan anda.

Dashboard mereka hanya menunjukkan harga member dan harga jualan sahaja dan ini telah berlaku pada saya yang sambil lewa tanpa membuat pengiraan peratusan margin untung.

Pada gambar di atas terdapat satu produk yang dijual dengan harga RM205 dan harga member ialah RM197.50. Ini bermakna setiap jualan anda akan untung RM7.50.

Tapi bila anda convert kepada peratusan untung, anda hanya untung 3.6% sahaja. Terlalu rendah dan standard yang saya cadangkan ialah 16% ke atas untuk margin untung.

Masalah saya ialah saya hanya melihat pada margin untung sahaja dan fokus untuk menjual high price produk dan menambahkan perit saya ialah saya berikan diskaun 2% serta untuk follower baru 3%.

Manakala untuk caj wajib oleh Shopee ialah Transcation Fee ( 2,.12%) dan Commision Fee ( 2.12%) belum dimasukkan lagi.

Ini bermakna jika kedai saya mempunyai follower baru maka ia dapat tambahan potongan 3% 

TOTAL PERATUSAN KEUNTUNGAN YANG AKAN SAYA HILANG IALAH : 9.24%.

Saya fikirkan margin untung saya ialah 16% sama seperti di Save Value atau Cico tetapi saya tidak mengira dengan betul dan ini menyebabkan saya kerugian.

HATI-HATI MENJUAL DI DROPSHIP MURAH

Diatas ini income yang saya terima dari Shopee setelah ditolak semua diskaun dan caj wajib Shopee.

Dan bawah ini ialah pengiraan melalui Kalkulator Excel Shopee kami dimana kami kerugian setiap produk RM13

HATI-HATI MENJUAL DI DROPSHIP MURAH

KESIMPULANNYA

Saya rugi besar dengan setiap penjualan produk ini dan saya telah menjual 3 produk ini mendapat rugi RM39. Walau pun jumlahnya tidak besar tetapi dalam berniaga ini mana boleh rugikan.

Walaupun saya mempunyai sistem kalkulator excel yang pasti akan menjumpai masalah ini tetapi say atidak gunakan dan ianya kesilapan yang tidak boleh dimaafkan.

Dapatkan kalkulator excel ( KLIK SINI)  ini untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku dan sentiasa ingat caj-caj yang dikenakan Shopee. 

Walaupun saya tidak memberi diskaun saya tetap rugi sebab keuntungan saya hanya 3.6% dan caj wajib Shopee ialah 4.24% !!!!. Saya tetap rugi 0.67%!!!

Produk ini tidak boleh dijual di SHOPEE



Berbanding dashboard Save Value di atas terdapat maklumat yang lengkap peratusan keuntungan berbanding dashboard dropship Murah.

Pengajarannya ialah berhati-hati terutama anda jika ada poduk tidak ditunjukkan peratusan untung ( hanya tunjukkan keuntungan RM sahaja) adalah amat bahaya sekali dan gunakan Kalkulator Excel kami ini. Ini lesson learn yang sangat berguna untuk saya.

Ini bukan kesalahan Dropship Murah tetapi ini adalah kesalahan saya yang tidak membuat pengiraan dengan betul.

Walau bagaimana pun saya ingin cadangkan pada Dropship Murah janganlah kasi keuntungan yang terlalu rendah hingga bawah 16% kerana ia akan membebankan seller dan untuk produk terbabit tidak layak langsung di Shopee.

Catat Ulasan