Adakah Bisnis Kecil Memerlukan Branding ?

Adakah Bisnis Kecil Memerlukan Branding ?

Adakah Bisnis Kecil Memerlukan Branding ?

Adakah branding penting. Seringkali kita mengganggap sebagai peniaga atau bisnis kecil-kecilan, branding tidak penting kerana anda menganggap soal yang paling utama ialah sales dan kenapa anda harus buang masa untuk membuat jenama syarikat anda.

Lagipun untuk sesetengah pihak anda membuat bisnis on line ini adalah part time job sahaja dan bukannya mengejar wang semata-mata tetapi  sekadar dapat meringankan kewangan anda sahaja.

Pemikiran sebegini adalah salah dimana sebaik sahaja menceburi bidang bisnis online samada anda buat COD, berniaga di marketplace khususnya Shopee atau sebagainya. Branding anda harus ujud bersama.

Bukannya bermaksud anda harus fokus 100% membuat branding berbanding sales. Tidak!! Tetapi anda perlahan-lahan membentuk branding ada dengan memberi nama syarikat anda, bina logo serta tag line jika perlu.

Saya hanya sebagai dropship sahaja dan menjual produk di Shopee. Barangan saya pun bukannya milik saya tetapi milik syarikat dropship. Kenapa saya memerlukan branding? Apa yang saya dapat?

Branding tetap diperlukan jika anda dropship dimana anda akan menamakan kedai anda mengikut branding atau jenama syarikat anda serta logo di bahagian header kedai Shopee anda jika anda menjual di marketplace. Itulah branding!!!

Cuma branding anda belum lagi dikenali kerana anda belum mengukuhkan branding anda. Anda tidak kerugian apa-apa jika anda membuat branding anda terlebih dahulu. 

Soalan saya apa kerugian yang akan anda perolehi jika membuat branding malah saya berani katakan dalam  jangka masa  panjang ia akan membantu anda.

Sebagai contoh, anda kini melihat atau menonton You Tube Channel saya  iaitu "Shoppermaniac" iaitu jenama atau branding yang saya ujudkan 

Malah jika anda telah lama ikuti You Tube Channel ini, akan ketahui bahawa saya mempunyai kedai Shopee bernama  Shoppermaniac serta website shoppermaniac.com.

Malah sosial media saya di Printerest, Tik Tok dan Twitter juga menggunakan branding Shoppermaniac. 

Adakah branding "shoppermaniac" ini dikenali walaupun saya telah menjenamakan sejak setahun yang lalu. Belum..

Pada mulanya saya membuat jenama "Shoppermaniac" adalah untuk membuat konten di You Tube Channel saya mengenai tips Shopee dan memudahkan penerangan saya telah menubuhkan kedai Shopee Shoppermaniac sebagai real data eksperimen untuk konten You Tube Channel saya ini.

Dan pada awal tahun 2022 saya telah menubuhkan website shoppermaniac.com untuk memberi tips tentang blogging serta membuat link kedai Shopee ke website ini.

Secara tak langsung, dengan penubuhan awal branding Shopppermaniac bermula dengan You Tube Channel ini maka anda dapat melihat saya mengembangkan jenama ini sedikit demi sedikit melalui website serta kedai Shopee.

Saya boleh sahaja membuat You Tube Channel ini tanpa branding dan kemudian membuat kedai Shopee dengan nama lain dan membuat website dengan nama lain . Tidak ada salahnya. Boleh sahaja anda lakukannya.

Tetapi anda kehilangan peluang dalam membentuk branding pada masa akan datang. Anda tidak akan melihat kelebihan branding ini sekarang tetapi anda akan dapat melihat kepentingannya seiring dengan peningkatan bisnis on line anda. 

Sebagai contoh, misi saya atau target akhir saya membuat jenama "Shoppermaniac" ini adalah untuk menjual EBook saya. Dan saya tahu melalui jenama/branding Shoppermaniac ini saya akan dapat menjual Ebook saya iaitu Shopee Funnel Sales Meletup. 

Branding "Shoppermaniac" ini akan digunakan sebagai batu loncatan saya menjual produk saya sendiri iaitu EBook serta Master Class On line saya pada masa akan datang. 

Dan kini dengan branding "Shoppermaniac" saya kini mempunyai website Master Class On Line yang menggunakan data dari You Tube Channel, Kedai Shopee serta website Shoppermaniac ini sebagai asas untuk memprpmosikan produk digital saya ini.

Anda dapat melihat melalui YouTube sahaja kita boleh kembangkan bisnis on line melalui branding yang anda cipta. 

Manakala untuk anda pula sebagai contoh katakan anda mempunyai kedai di Shopee bernama "Aliyah Store" yang menjual produk dropship dari Save Value. 

Lama-kelamaan anda mula memahami perjalanan bisnis on line dan ingin menjual produk anda anda sendiri dan katakan anda ingin menjual kerepek homemade. 

Anda menggunakan branding anda iaitu "Aliyah Store" dan membuat label dan menjual di kedai Shopee yang sama. Pada masa yang sama anda telah mempunyai FB Pages, Twitter, Printerest atau Tik Tok dengan jenama "Aliyah Store" pada masa menjual produk dropship dahulu. 

Anda akan gunakan untuk menjual produk kerepek anda di laman sosial ini. Dengan branding yang telah anda ujudkan ini maka anda tidak terkial-kial lagi jika anda mahu kembangkan peniagaan anda. 

Kesimpulannya branding amat penting walaupun pada masa kini anda tidak memerlukannya tetapi dalam jangka masa panjang ianya amat diperlukan. Ini yang saya maksudkan.

Namun jika anda tanya saya, adakah melalui branding, saya akan berjaya dalam bisnis online. Saya pun tidak berani mengatakannya tetapi saya bertanya pada anda. Manakah lebih mudah berjaya. Perniagaan yang tidak mempunyai branding atau punyai branding?

Dan adakah branding "Shoppermanaic" akan berjaya. Saya pun tidak mampu menjawabnya. Untuk sesuatu branding itu established ia memakan masa bertahun dan  disiplin serta konsisten. jauh lagi perjalanan "shoppermaniac".

Selain itu melalaui branding anda akan perolehi 

Branding dapat menarik pelanggan baru
Branding akan meningkatkan nilai bisnis
Membentuk kepercayaan 



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama