KOS BUKA KEDAI SHOPEE DROPSHIP AUTO SYNC - BLOG SHOPPERMANIAC

KOS BUKA KEDAI SHOPEE DROPSHIP AUTO SYNC

Ramai mengatakan untuk membuka sebuah kedai Shopee dan menjana pendapatan di Shopee adalah percuma.

 

KOS BUKA KEDAI SHOPEE DROPSHIP AUTO SYNC

Ramai mengatakan untuk membuka sebuah kedai Shopee dan menjana pendapatan di Shopee adalah percuma. Saya minta maaf kerana penyataan tersebut adalah mitos melalui pengalaman saya.


Dan sebelum saya memulakan artikel ini, jika ada sesiapa yang ingin menyangkal pendapat saya ini. Sila kemukakan data dan bukti yang menunjukkan bahawa tanpa modal anda boleh berniaga di Shopee dan menjana pendapatan pasif.


Berbalik pada isu Kos buka kedai Shopee Dropship Auto Sync. Kenapa saya menggalakkan anda mengguna dropship Auto Sync, anda boleh baca disini yek.


Apa Itu Dropship Auto Sync


Kos yang terlibat membuka sebuah kedai Shopee:

  • Kos Belajar Shopee ( RM100) 
  • Kos ahli Dropship Auto Sync ( RM60 3 bulan) 
  • Kos Top Up Wallet di Dropship Auto Sync ( RM50 ) 
  • Kos Shopee Ads ( RM20) 
  • Kos Internet ( RM 30) 
  • Kos Peralatan Komputer (pinjam laptop abah)
  • Kos Masa ( tidak akan dibincangkan)
Total keseluruhan yang anda perlukan ialah RM260 atau dibundalkan RM300.


Kos Belajar Shopee ( RM100) 

KOS BUKA KEDAI SHOPEE DROPSHIP AUTO SYNC


Untuk memahami dunia Shopee dan bagaimana teknik menjual di Shopee serta menggunakan Shopee Seller Center secara efektif anda sudah tentu memerlukan guru untuk mengajar anda.

Anda boleh memahami segalanya tentang Shopee melalui You Tube serta membaca beberapa artikel tetapi ia akan mengambil masa yang lama. Padahal di luar sana terdapat banyak proven method yang akan memudahkan dan mempercepatkan bisnis Shopee anda.

Namun terpulang pada anda mahukan jalan pintas atau jalan panjang.


Kos ahli Dropship Auto Sync ( RM60 3 bulan)

KOS BUKA KEDAI SHOPEE DROPSHIP AUTO SYNC

Melalui sistem dropship auto sync yang kami galakkan ialah Save Value dan Kumoten. Dan keduanya sememangnya mengenakan bayaran keahlian 3 bulan atau 6 bulan dengan anggaran kasar RM60 setiap 3 bulan.

Setakat ini,dropship auto sync yang mampu memberi jualan dan produk yang banyak melalui kajian kami ialah kedua-dua syarikat dropship ini. Namun anda boleh sahaja mencari syarikat dropship yang memberikan perkhidmatan percuma.

Setakat ini saya ada menjumpai beberapa syarikat dropship auto sync yang percuma tetapi ia masih tidak menyakinkan saya dari segi harga, jumlah produk dan keuntungan.

Daftar Dengan : KUMOTEN dan SAVE VALUE


Kos Top Up Wallet di Dropship Auto Sync (RM50 ) 

KOS BUKA KEDAI SHOPEE DROPSHIP AUTO SYNC

Anda wajib memasukkan minimum RM50 di wallet dropship auto sync jika menjadi ahli Kumoten tetapi jika sebagai ahli Save Value minimum ialah RM100. Jika ada pembelian, wang akan ditolak dari dropship tersebut.

Suka tak suka anda harus memasukkan minimum top up kredit ke dropship auto sync ini. 



Kos Shopee Ads ( RM20) 


KOS BUKA KEDAI SHOPEE DROPSHIP AUTO SYNC

Shopee Ads adalah perlu pada masa kini jika anda sebagai dropship. Anda boleh mengharapkan trafik organik tetapi memakan masa dan perlu di boost dengan Shopee Ads.

Tetapi bukan semua Shopee Ads anda boleh gunakan kerana margin untung anda sebagai dropship adalah rendah maka saya sering galakkan anda mengguna "Discovery Ads"

Buat masa sekarang sebagai eksperimen, saya galakkan RM20 sebulan.




Kos Internet ( RM 30) 

KOS BUKA KEDAI SHOPEE DROPSHIP AUTO SYNC

Samada anda guna prepaid atau postpaid atau Wifi rumah, anda terpaksa masukkan juga kos internet. Bisnis On line tapi tidak masukkan kos internet, adalah tidak wajar .

Anggaran kasar ialah RM30 pembayaran minimum internet selama sebulan.


Kos Peralatan Komputer (pinjam laptop abah)

KOS BUKA KEDAI SHOPEE DROPSHIP AUTO SYNC

BIsnis On line bermaksud anda perlu menggunakan smartphone atau laptop atau desktop untuk berurusan dan memasukkan data /produk anda.

Untuk saya, memudahkan perjalanan bisnis anda, sebaik-baiknya menggunakan desktop atau laptop. Saya tidak akan masukkan kos ini keran anda boleh sahaja pinjam buat sementara dari sanak saudara atau keluarga anda.


Kos Masa ( tidak akan dibincangkan)

KOS BUKA KEDAI SHOPEE DROPSHIP AUTO SYNC

Kejayaan sesuatu Kedai Shopee adalah berapa lama anda luangkan masa ke Kedaio Shopee anda.  Buat pemula peniaga Shopee, anda memerlukan masa yang banyak untuk memasukkan produk anda ke Shopee serta membuat produk listing. 

Jika anda luangkan lebih banyak masa ke Kedai Shopee anda maka lebih cepat selesai. Dan pengunaan masa juga merupakan kos yang harus anda ambil kira sebenarnya. Namun kita tolak ke tepi dan tidak perlu mengira kos masa.



KESIMPULAN KOS BUKA KEDAI SHOPEE DROPSHIP AUTO SYNC


Pada dasarnya kos keseluruhan membuka Kedai Shopee Dropship Auto Sync sesedap rasa ialah RM300. Ianay adalah kos minimum yang harus anda kumpulkan jika mahu membuka sebuah kedai Shopee yang berjaya.

Catat Ulasan