Dalam Shopee Funnel Sales Meletup kami ada menjelaskan dengan panjang lebar bagaimana membuat dan mencari keyword yang sesuai untuk produk anda semasa mengiklan menggunakan Shopee Ads ( Search Ads) dan cara naikkan sale di Shopee.
Tetapi adakalanya anda akan mengalami kerugian walaupun anda mengikut teknik yang diberikan atas beberapa sebab yang tidak dijangkakan.
Kebanyakkan Seller Shopee biasanya akan mengalami kerugian membuat Shopee Ads ( Search Ads) disebabkan :
1) Memilih Keyword Yang Mahal
Sebagai dropship anda kena ketahui bahawa margin untung anda amat rendah dan jika anda memilih keyword yang mahal anda pasti akan kerugian .
Sebagai contoh jika margin untung produk anda ialah RM2 tetapi keyword per-klik anda RM3, sudah tentu anda akan kerugian walaupun ada sales setiap klik. Lagi teruk kalau ada klik tetapi tiada jualan.
Lagi tinggi jualan anda lagi rugi anda kerana setiap jualan anda kerugian RM1.
Penyelesaian:
Ubah bid yang mahal kepada bid yang lebih murah atau kurang dari margin untung anda, Jangan ikut bid Shopee jika ia merugikan anda .
Sebagai dropship tidak semua produk anda boleh membuat Shopee Ads terutama Search Ads. Tetapi anda tetap boleh membuat iklan tapi disarankan menggunakan Discovery Ads Shopee kerana per-klik hanya RM0.04 sahaja buat masa sekarang.
Baca: Kehebatan Discovery Ads
2) Memilih Terlalu Banyak Keyword
Memilih terlalu banyak keyword pun akan memberi kesan kepada iklan anda kerana potensi keyword yang ditaip tidak relevan dengan produk.
Penyelesaian:
Anda harus mencari keyword yang betul-betul spesifik dengan produk anda dan digalakkan hanya memilih 5 keyword terbaik. Pemilihan 5 keyword terbaik ini bukan bermakna sudah selesai kerja anda.
Anda kena menganalisa keyword tersebut. Katakan keesokannya anda melihat salah satu dari 5 keyword tersebut mempunyai klik yang banyak tetapi tiada jualan . Ini bermakna anda harus buang keyword tersebut kerana terang-terang keyword tersebut salah.
Anda tambahkan keyword lain dan proses ni akan berterusan hingga anda menjumpai keyword yang paling power. Dalam analisa ini, anda akan mengakami kerugian pada awalnya tetapi akhirnya apabila anda menjumpai keyword paling power, ia akan beri pulangan modal kepada anda dan sales yang meletup!!
3) Memilih Broad Match Semua Produk.
Tidak semua produk harus menggunakan Broad Math terutama produk yang mempunyai makna pelbagai . Sebagai contoh keyword "Sambal". Jika buyer menaip kata kunci sambal sudah tentu produk anda akan dilonjakkan ke hadapan Buyer kerana ada mempunyai kata kunci sambal.
Tetapi mereka sebenarnya mencari Sambal Tempoyak dan anda menjual Sambal Cumi. Dan pelanggan yang mencari sambal tempoyak melihat iklan anda mereka tidak akan klik produk anda atau mereka akan klik untuk mengetahui apa itu sambal Cumi tetapi tidak membelinya, anda akan kerugian.
Anda membuka peluang kerugian untuk produk anda di klik tetapi tiada potensi jualan.
Penyelesaian:
Sebaiknya buat sahaja kata kunci "Sambal Cumi" menggunakan Exact Match. Kerana kata kunci tersebut lebih spesifik dan tepat, katakan anda sedang mencari sambal dan mahukan sambal Cumi.
Adakah anda akan menaip sambal atau sambal Cumi. Anda pasti akan menaip sambal Cumi maka Exact Match sudah cukup mencukupi.
4) Naikkan Bid Terlalu Tinggi
Jika anda membuat iklan di Shopee Ads samada Serach Ads atau Disvovery ads, anda menaikkan bid yang terlalu tunggi, Anda mampu naikkan bid anda kerana anda berfikir anda mahu memotong semua Seller yang lain dan tambahan lagi margin untung anda lebih tinggi dati jumlah bids.
Tidak salah jika anda naikkan Bid anda tetapi ia harus berskala sedikit demi sedikit, Dengan Skala kenaikan bid sedikit demi sedikit anda akan ketahui apakah jumlah bid yang paling minimum.
Sebagai contoh jika bid rekemen oleh Shopee ialah RM3 dan margin produk anda RM6, Maka anda naikkan bid kepada RM5 memotong bid dari Shopee. Pasti produk anda akan dinaikkan di laman pertama carian buyer tersebut.
Anda mengandaikan setiap klik yang dilakukan oleh buyer tersebut pasti mempunyai jualan. Namun realitinya ada klik yang tiada jualan. Jika terdapat 2 klik tanpa jualan anda pasti akan kerugian RM10 dan untuk dapatkan semula kerugian, anda perlu menjual 10 produk untuk tampung kos rugi.
Dan berdasarkan pengalaman, produk bid yang tinggi pasti akan dapat jualan jika harga anda kompetatif tetapi anda harus membuat 10 jualan tanpa untung !!!!!!!!!
Kemudian anda melihat kerugian Shopee Ads, anda kurangkan bid dari RM5 kepada RM4. Dengan RM4 anda masih mendapat kuantiti jualan yang sama. Jika terdapat 2 klik tanpa jualan anda pasti akan kerugian RM8 dan untuk dapatkan semula kerugian, anda hanya perlu menjual 4 produk untuk tampung kos rugi.
Penyelesaian.
Naikan bid anda secara berskala dari rendah ke tinggi bukannya dari tinggi ke rendah.
5) Gambar Dan Deskripsi Tak Power
Anda tidak memantapkan funnel Produk Listing dengan baik. Katakan anda menjual produk yang sama dengan seller lain dengan harga yang sama tetapi saingan anda mendapat jualan .
Ini kerana saingan anda membuat gambar yang lebih cantik dan deskripsi mereka lebih lengkap dari anda.
Penyelesaian
JIka anda lihat produk dropship, anda akan melihat semua gambar adalah sama, Ertinya saingan zero dan anda harus kesemptan dengan ubah suai gambar anda terutama produk winning.
Ubah suai bukan bermakna anda harus ambil model..heheheh, Cukuplah sekadar anda membuat kelainan dengan tambahkan ayat di gambar seperti Harga Runtuh atau Ready Stock..
Manakala deskripsi cari carian Google dan jika terdapat tambahan maklumat masukkan ke dalam deskripsi produk.
PERKARA diatas adalah penyelesaian yang lebih detailed jika anda menggunakan Shopee ads.
Katakan anda telah membuat analisa keyword dan naikkan bid tetapi anda tetap kerugian.
KLIK TINGGI TETAPI TIADA SALES.
Hanya satu sahaja yang boleh saya katakan iaitu harga anda lebih mahal dari harga pasaran di Shopee. Jika harga produk anda lebih mahal dari saingan anda , sudah pasti anda tidak akan mendapat jualan !!!!!!!
Penyelesaian:
Tutup Shopee Ads anda atau anda rendahkan harga produk sedikit lagi berbanding harga pihak saingan anda.
KESIMPULAN
Semua perkara yang melibatkan wang anda perlu membuat analisa data. Gunakan teknik Funnel Sales Meletup dan biasanya anda tidak akan kerugian tetapi jika terdapat kerugian, biasanya adalah mainan harga,
Shopee Ads bukanlah satu-satunya cara naikkan sales di shopee tetapi terdapat pelbagai cara. Untuk naikkan sales di Shopee dengan cara yang pantas sudah tentu anda harus menggunakan iklan berbayar seperti Shopee Ads.
Jika hendak naikkan sales di Shopee dengan cara organik, EBOOK kami telah terangkan dengan panjang lebar tetapi mengambil masa sedikit dan memerlukan kesabaran.