REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP - BLOG SHOPPERMANIAC

REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP

Review Sebuah Kedai Shopee Dan Apakah Penambahbaikan Yang Boleh Dilakukan

REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP

Semalam saya sempat berborak dengan sahabat kita ini. Beliau bertanya Kedai Shopee beliau tiada jualan dan kenapa?


Ini nama Kedai beliau dan anda boleh follow atau beli produk di kedai beliau : 
KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP


Biasanya saya tidak membuat konsultasi one to one sebab kekangan masa dan leceh. Tapi hari ini saya terbuka hati nak review Kedai Shopee Amanz Shop ini dan kita akan bedah Kedai Shopee beliau dan pelajari apa yang boleh kita lakukan.


Kedai Shopee beliau adalah dropship dan salah satu dropship yang beliau gunakan ialah SP Dropshipping.

Jom kita lihat dahulu Homepage kedai beliau dahulu :



HOMEPAGE KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP


REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP

Ini adalah Homepage kedai beliau dan dari segi kesihatan kedai beliau mendapat chatting score yang rendah iaitu 45% sahaja. Dan mengikut standard Shopee ia harus melebihi 85%.

REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP


Kedua ialah Store Dekorasi secara keseluruhan baik tetapi digalakkan tambah banner agar tampak lebih profesional. Nampak kosong sangat pun tak best jugak kan.

REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP


Contoh banner yang boleh anda buat dan saya rekemen anda menggunakan Canva kerana ia percuma dan mudah.


Jika anda ada buat boucher boleh masukkan sekali dalam homepage Kedai Shopee anda.



PRODUK ANALISA

Dari segi produk analisa saya akan gunakan 2 funnel sahaja iaitu Produk Listing Dan Produk Winning. Ia merupakan funnel yang paling penting dari kelima-lima funnel kami dalam Masterclass Shoppermaniac kami.


5 funnel utama kami iaitu Produk Listing, Produk Winning, Marketing, Maintenance dan Advanced Sales anda melalui satu perjalanan yang cukup kuat bagaimana menguruskan bisnis online dari segi teknik melalui dropship di Shopee.


REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP

REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP

REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP

REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP

REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP



PRODUK LISTING KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP

Produk listing atau produk optimisasi Kedai Shopee Amanz Shop ini adalah seperti  di bawah:

REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP


Beliau memasukkan bulat-bulat sepenuhnya produk listing yang diberikan oleh dropship beliau dari segi tajuk, gambar dan juga deskripsi. 


Mari kita kaji satu persatu produk listing dan saya memilih produk di atas sebagai rujukan utama. 

VP32} 😱Limited Item😱 Stylish Polo XII Pouch Bag Genuine Leather ( KLIK KE LINK


 Analisa gambar 

REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP

Bila saya membuat perbandingan produk beliau di Shopee dengan produk dropship yang serupa atau hampir serupa. 
Gambar yang digunakan oleh dropship lain adalah sama dengan kedai Shopee Amanz Shop ini.


Inilah kelemahan utama dropship auto sync dimana semua gambar utama adalah sama dengan Seller Shopee lain dan jika anda sebagai pelanggan. Apakah kelainan yang anda dapat lihat dari Kedai Shopee Amanz Shop ini dengan kedai Shopee yang lain. 


Ini kerana tiada perbezaan ketara yang membezakan mereka semua ini.


REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP

Tindakan yang boleh dibuat amat mudah sekali dimana anda mengubah gambar utama dengan memasukkan gambar lain. Anda boleh pilih sahaja gambar yang dibekalkan oleh syarikat dropship anda dan pindahkan mana-mana gambar yang anda rasa sesuai sebagai gambar utama.

Contoh ialah seperti gambar diatas, anda boleh gunakan gambar ini sebagai cover page atau jika anda rajin cari di Google gambar produk ini yang tiada di dalam kedai Shopee anda.



Analisa Produk Deskripsi 

REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP

Deskripsi produk ini terlalu ringkas dan dari segi impak, ia tidak akan menyakinkan pelanggan anda. Anda menjual produk berharga RM259 dan anda kena pastikan deskripsi anda lengkap.


Saya cuba mencari deskripsi atau review produk ini dan tidak menjumpai di internet. Tindakan kedua yang boleh anda lakukan ialah memberi beberapa bahasa lain dalam kedai Shopee anda.


REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP

Ini adalah contoh yang saya akan masukkan ke dalam produk deskripsi ini nanti iaitu bahasa Melayu dan Tamil. Ini contoh ler.. 
Anda boleh gunakan Google Translate untuk perkara ini



Analisa Tajuk Produk 

REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP


Apa yang boleh anda gambarkan melalui tajuk produk ini. Pada pendapat saya ialah tajuk ini terlalu spesifik dan pendek dan juga ada perkataan seperti VP32 dan limited edition tidak perlu dimasukkan ke dalam tajuk produk. 
Anda boleh masukkan maklumat ini di produk deskripsi jika penting.


Sebenarnya tajuk produk adalah amat-amat penting kerana algoritma Shopee akan merujuk pada tajuk produk jika ada carian dilakukan oleh pelanggan di Shopee.


Oleh yang demikian anda kena pastikan tajuk anda haruslah sama dengan kata carian pelanggan . Dalam erti kata lain ialah kata kunci atau keyword produk anda haruslah sama dengan carian pelanggan. Barulah algoritma Shopee akan cadangkan produk anda.


Dan mencari  kata kunci ini bukan main agak-agak sahaja tetapi melalui teknik yang tertentu dan disini saya terangkan satu teknik dari 7 teknik kami.

REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP


REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP


Saya menggunakan fitur yang diberikan oleh Shopee iaitu kata kunci carian data di Shopee dan melalui carian ini saya dapati Polo XII Pouch Bag Genuine Leather langsung tiada carian di Shopee dimana  melalui keyword analisa di atas "Search Volume" adalah kosong.


Dengan tajuk produk sebegitu, pasti tiada langsung yang menaip mencari produk ini dan dijamin produk ini tidak akan ada jualan. Manakala untuk carian pouch bag dan men bag pula mempunyai carian terlalu tinggi dan sudah tentu saingan kata kunci ini amat tinggi dikalangan Shopee Seller.  Anda digalakkan memilih dari 6000 - 10000 carian sebulan.


Melalui data diatas maka saya akan mengubah tajuk produk ini kepada:

Stylish Polo XII Pouch Bag Genuine Leather / Pouch Kulit / Bag Kulit Lelaki / Beg kulit / Pouch kulit Lelaki Original


Saya kekalkan juga brand dalam kata kunci tersebut dan memasukkan beberapa kata kunci bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berdasarkan data analisa bukannya  buat agakan. 



KAJIAN HARGA PRODUK KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP

Adakah produk di atas ini adalah produk winning atau produk yang mampu dijual. Kajian pasaran terhadap sesuatu produk itu amat penting dan pencarian produk winning sebagai dropship adalah amat kritikal.


Namun saya ketahui, salah satu persaingan utama di Shopee adalah harga. Dimana harga memainkan peranan paling utama apabila menjual di Shopee terutama jika anda dropship.


Mari kita lihat adakah harga produk ini adalah harga yang kompetatif.

REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP

Apabila saya membuat carian di Google, saya mendapati harga produk ini amat rendah berbanding harga yang dijual di Kedai Shopee Amanz Shop ini.


Secara automatik produk ini boleh dianggap sebagai tidak releven sama sekali untuk dijual di Shopee kerana perbandingan harga yang amat berbeda.


Namun saya boleh sahaja menjual produk ini dengan mengubah tajuk produk ini  sebegini:

Pouch Bag Genuine Leather / Pouch Kulit / Bag Kulit Lelaki / Beg kulit / Pouch kulit Lelaki Original/ Bag Kulit Lelaki Saiz Besar


Sekurang-kurang dari segi saingan produk yang sama dan serupa di Shopee tidak akan keluar  dan akan keluar sebegini di bawah. Tapi pada dasarnya, produk anda tetap kalah besar dari segi harga. 


REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP



Kesimpulan

Produk ini tidak sempat dikaji adakah ia produk winning kerana masalah harga dan jangkaan saya ia tidak akan mendapat jualan yang baik tetapi dari segi produk listing anda telah mengemaskini ia tetap akan membawa trafik ke kedai Shopee anda dan mungkin potensi untuk mendapat jualan produk lain lebih baik.


Namun kedudukan kedai Shopee Amanz Shop masih lagi belum terjamin kerana anda tidak mempunyai produk winning lagi. Mahu tak mahu anda kena menganalisa setiap produk yang ada di kedai anda dan kemas kini produk listing dan dapatkan produk winning anda.



Apa yang patut anda lakukan di KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP dapatkan Produk Winning

Perkara pertama ialah semua produk yang terdapat di Kedai Shopee Amanz Shop harus di baiki produk listing kerana keseluruhan produk anda mempunyai produk listing yang lemah dan sukar untuk Shopee Algoritma perkenalkan kedai anda walau pun harga yang tak kompetatif.


Manakala dari segi Produk Winning pula ialah anda harus  buat ringkasan excel yang saya buat di bawah dan melihat adakah persaingan harga yang dahsyat berlaku dan kemudian baru membuat Produk Winning.


Produk yang mempunyai harga yang melampau tinggi berbanding dengan seller shopee  yang lain anda boleh sahaja abaikan dan tumpukan dahulu produk yang mempunya harga yang kompetatif.

REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP

Sebaik sahaja anda selesai membuat excel di atas ini maka anda sudah mempunyai senarai produk yang mempunyai harga kompetatif maka anda akan mencari produk Winning menggunakan kaedah- kaedah yang kami berikan. 


Melalui data excel kita boleh katakan  READY STOCK Ceramic Dish 15pcs New Arrival mempunyai harga yang kompetatif dan anda hendak melihat adakah ia produk Winning dalam kategorinya.


Salah satu kaedah yang saya gunakan ialah melihat produk Winning ialah mencari Produk Trending berdasarkan kategori dan produk ini adalah dalam kategori Home and Living / Kitchen And Dining.


REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP

Dan melalui produk trending ini, saya melihat kategori tableware pinggan ceramic termasuk dalam produk trending di kolum yang ke 3 dan 4. Maka produk ini boleh dijual sebagai produk Winning.


Dan step seterusnya jika anda sudah memilih produk ini sebagai produk Winning maka anda kena membuat marketing terhadap produk ini Tahukah anda terdapat 11 jenis marketing disediakan oleh Shopee untuk Seller. Saya tidak akan terangkan disini secara mendalam.


Dan pastikan juga Produk Listing anda telah dikemaskini seperti contoh yang saya berikan diatas.


AKHIR KATA, sebaik sahaja anda memasukkan produk anda ke Shopee. Anda sudah mula membuat Produk Listing, Mencari Produk Winning, buat Marketing dan sebagainya. 


Ianya bukan semudah masukkan produk dan menunggu jualan datang ke Kedai Shopee anda. Sebab itu kedai Shopee kadangkala tiada jualan disebabkan anda tidak ubahsuai setiap produk dropship ke satu tahap yang optimum dan lagi baik dari seller-seller lain.



LAIN-LAIN

Tajuk salah 

Tajuk produk yang diberikan dengan produk yang dijual adalah salah. Tajuk menulis Self Heating Lunch Boss Set tetapi sebenarnya ia pengepam untuk kontena atau botol.

REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP



KESALAHAN SHOPEE ADS

REVIEW KEDAI SHOPEE AMANZ SHOP

Sahabat saya semalam pun mempunyai kerisauan henak membuat Shopee Ads. Tapi saya tegaskan, Kedai Shopee memang memerlukan beberapa produk harus dibuat Shopee Ads.


Dan atas sebab itu anda harus memastikan produk yang anda hendak anda buat Shopee Ads itu haruslah Produk Winning.


Semalam saya terjumpa sebuah iklan untuk produk Pouch Bag yang dibuat oleh Shopee Seller ini. Melalui perbuncangan kita tadi, produk diatas adalah produk yang tidak mungkin dapat dijual kerana persaingan harga yang melampau. 


Dan kesilapan Seller ini, dia buat iklan dan sudah pasti iklan beliau ini akan rugi. Inilah kesilapan yang sering dilakukan oleh Shopee Seller dan bila rugi salahkan Shopee tetapi anda tidak membuat kajian yang mendalam setiap produk yang anda jual terutama jika anda sebagai dropship.






Dapatkan MasterClass Kami untuk berjaya di Shopee


Catat Ulasan