Apakah Non-Fulfilment Rate (NFR)? - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

Apakah Non-Fulfilment Rate (NFR)?

NFR ialah peratus pesanan selama 7 hari terakhir yang dibatalkan oleh penjual, dibatalkan oleh sistem, atau melalui return/refund atas kesalahan penj

Pembeli mahu pesanan mereka dipenuhi tanpa pembatalan dan diterima dalam keadaan yang baik. Pesanan yang tidak dipenuhi akan mengecewakan pembeli sekaligus mengurangkan hasil jualan penjual. Oleh itu, penjual perlu berusaha untuk mengekalkan kadar pulangan yang rendah.


Apakah Non-Fulfilment Rate (NFR)?


NFR ialah peratus pesanan selama 7 hari terakhir yang dibatalkan oleh penjual, dibatalkan oleh sistem, atau melalui return/refund atas kesalahan penjual.


NFR = Pembatalan oleh Penjual + Pembatalan oleh sistem kerana penjual gagal mengatur penghantaran + Return/Refund


Apakah Non-Fulfilment Rate (NFR)?


Penjual akan diberikan mata penalti tambahan sekiranya didapati telah meminta pembeli membatalkan pesanan.


Bagaimanakah NFR dikira?


Contoh berikut menggambarkan bagaimana NFR dikira.


Apakah Non-Fulfilment Rate (NFR)?

Contoh:

  1. Penjual A mempunyai 250 pesanan
  2. 40 pesanan tidak dipenuhi
  3. NFR Penjual A ialah: 40 ÷ 250 = 16%


Penjual A mempunyai NFR sebanyak 16% iaitu melebihi sasaran 10%, justeru Penjual A akan menerima 1 mata penalti. Dalam masa yang sama, Penjual A mendapat 1 mata penalti tambahan kerana mempunyai 40 pesanan tidak dipenuhi. Kesimpulannya, Penjual A akan menerima sebanyak 2 mata penalti kerana mempunyai NFR yang tinggi pada minggu ini.


Sila rujuk artikel About Seller Penalty Points System untuk mengetahui tentang mata penalti dengan lebih lanjut.




Mengapakah saya perlu mengekalkan NFR rendah?


Mempunyai NFR rendah akan membantu anda meraih kepercayaan pembeli, mendapat keuntungan, dan mempunyai pembeli setia, manakala kegagalan mengekalkan NFR memuaskan akan mengakibatkan mata penalti. Mata penalti yang tinggi dalam satu suku boleh menyebabkan keistimewaan penjual digantung.


Penjual dengan NFR 10% atau lebih akan dikenakan 1 mata penalti bagi minggu itu.


Penjual dengan bilangan pesanan tidak dipenuhi yang tinggi (30 pesanan atau lebih) akan dikenakan 1 mata penalti tambahan.


Apakah Non-Fulfilment Rate (NFR)?


KESAN PRODUK DI PADAM OLEH SHOPEE


Apakah Non-Fulfilment Rate (NFR)?

Catat Ulasan