KESAN PRODUK DI PADAM OLEH SHOPEE

KESAN PRODUK DI PADAM OLEH SHOPEE

KESAN PRODUK DI PADAM OLEH SHOPEE


Dalam artikel ini saya akan menerangkan:
1. Contoh Pelanggaran Hak Harta Intelek Shopee
2. Impak Pelanggaran Hak Harta Intelek
3. Jenis Pelanggaran Selain Hak Harta Intelek 
4. Contoh Sebenar Dan Cara Atasi Oleh Kami


Pada tahun ni 2023, Shopee kerap memadam produk dari Seller Shopee atas alasan yang pelbagai. 
Alasan yang paling kerap berlaku ialah mengambil gambar dari produk yang terkawal.

Saya ada membuat artikel berkenaan ini dan cara mengatasinya : KLIK SINI

KESAN PRODUK DI PADAM OLEH SHOPEE

Baru -baru ini Kedai Shoppermaniac telah kena penalti disebabkan isu IP Infringerement and Counterfelt Listing. 

Dalam kes Kedai Shopee Shoppermaniac ialah IP Infringerement atau pelanggaran Hak Harta Intelek dan secara khususnya gambar.

Pelanggaran Hak Harta Intelek merupakan penjualan produk yang mengandungi kata-kata atau logo tanda dagangan berdaftar, bahan hak cipta, atau hak harta intelek lain ("Bahan") tanpa kebenaran dari pemilik tanda dagangan.


Mengikut Syarat PerkhidmatanShopee 6.2 (b), penjual tidak boleh menyenaraikan item yang melanggar hak cipta, tanda dagangan, atau hak harta intelek pihak ketiga atau menggunakan Perkhidmatan di Shopee dengan cara yang akan melanggar hak harta intelek orang lain.


Shopee boleh menggantung atau membuang penyenaraian yang didapati melanggar hak IP atau Pemilik Jenama yang berdaftar tanpa amaran.



Contoh pelanggaran umum adalah:


1. Pelanggaran Tanda Dagangan: Penggunaan tanda dagangan, nama dagangan atau pakaian dagangan yang tidak dibenarkan di mana pihak lain mempunyai hak, atau unsur yang sama seperti tanda dagangan, nama dagang atau pakaian dagang seperti itu, berkaitan dengan produk yang disenaraikan, bungkusannya atau senarai produk.


2. Pelanggaran Hak Cipta: Penggunaan isi kandungan yang dilindungi hak cipta tanpa izin, seperti gambar dan keterangan, berkaitan dengan produk yang disenaraikan, kemasannya atau penyenaraian produk.


Untuk mengelakkan daripada sebarang Pelanggaran Hak Cipta, penjual harus memastikan perincian penyenaraian mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada: gambar dan keterangan produk) adalah kandungan asli dan elak daripada menyalin atau menggunakan bahan pengguna lain.


3. Pelanggaran Reka Bentuk Industri: Penggunaan reka bentuk berdaftar yang tidak dibenarkan, atau reka bentuk yang hampir sama dengan reka bentuk berdaftar, berkaitan dengan produk yang disenaraikan.


4. Pelanggaran Paten: Penggunaan penemuan yang dipatenkan tanpa izin berhubung dengan produk yang disenaraikan.



IMPAK PELANGGARAN HAK HARTA INTELEK

KESAN PRODUK DI PADAM OLEH SHOPEE

KESAN PRODUK DI PADAM OLEH SHOPEE

KESAN PRODUK DI PADAM OLEH SHOPEE


Saya telah mendapat email daripada Shopee bahawa produk saya di atas telah melanggar Hak Harta Intelektual dan produk saya telah dipadamkan oleh Shopee serta merta.


Produk ini adalah produk dropship dari Save Value dan saya tidak boleh buat apa-apa kerana ianya bukan produk saya dan jika saya beritahu Shopee bahawa produk ini adalah produk dropship.


Masalah lebih besar akan berlaku kerana Shopee tak suka dropship. Baik jangan ambil risiko.


Mahu tak mahu kena telan segala tuduhan oleh Shopee dan akhirnya Kedai Shoppermaniac telah mendapat penalti dari Shopee .


Banyak kali saya beritahu, tak kira samada anda mendapat Shopee Penalti 1 atau ke atas secara automatik, prestasi kedai Shopee anda akan mula menurun.


Apa itu Shopee Penalti dan Point Penalti


Ini berdasarkan pengalaman saya di kedai Shopppermaniac pada tahun 2021 sebanyak 3 kali saya kena penalti. Pendek kata setiap suku tahun pasti kena penalti.


Dan suku tahun 2023 saya mendapat penalti tapi kali ini bukan salah saya tetapi nasib tak menyebelahi saya kerana ianya produk dropship.




CONTOH SEBENAR KEDAI SHOPEE KENA BANNED DAN PENALTI


Kami telah membuat kajian selama beberapa bulan dan telah menjumpai punca kenapa banyak kedai Shopee terutama dropship selalu kena banned dan penalti. Ianya berpunca daripada pelanggaran  DUPLIKASI DAN HAK CIPTA .


Ini lah yang paling kerap Kedai Shoppermaniac kena dan ianya bukan sahaja melibatkan produk baru tetapi produk lama dan mempunyai hasil jualan.  Algoritma  Shopee semakin mengembang dan apabila ia semakin berkembang dan baik maka pengesanan enjin ini akan lebih efektif dan mana-mana produk yang melanggar polisi akan diambil tindakan dengan pantas.


Dua tahun lalu, penalti atau banned oleh Shopee agak kurang dan tahun 2023 memang cukup aktif Shopee banned dan memberi penalti kepada Seller Shopee yang disyaki melanggar polisi.


Disini saya berikan contoh satu produk yang amat berpotensi kena banned dan penalti.


CONTOH DUPLIKASI DAN HAK CIPTA  KEDAI SHOPEE KENA BANNED DAN PENALTI


Saya mengambil contoh satu produk dari Kumoten iaitu [ Local Ready Stocks ] Baseus T Typed S-09 Wireless MP3 Car Charger Pengecas Bateri Kegunaan Kereta dan saya akan buktikan bahawa produk ini agak bermasalah jika anda masukkan ke Shopee.



SPAM DAN DUPLIKASI 

Kemudian saya membuat carian di Shopee, samada produk ini ada dijual di Shopee.

CONTOH DUPLIKASI DAN HAK CIPTA  KEDAI SHOPEE KENA BANNED DAN PENALTI


Dan anda lihat berapa banyakkah Seller Shopee yang menjual produk yang serupa dengan anda dan paling menyampah ialah tajuk produk semuanya adalah sama sahaja. 


Dari segi jumlah produk yang dijual di Shopee ini , dan kemudian anda masukkan produk anda ke dalam kedai Shopee dan anda pula adalah Seller Shopee yang baru.


Jika anda tidak bernasib baik, algoritma Shopee akan mengesan produk anda dan menganggapnya sebagai spam dan automatik kedai Shopee anda akan kena banned.

Dan jika nasib baik, Shopee akan mengenakan tindakan membuang produk anda ini dan kenakan penalti dengan alasan duplikasi. Untuk duplikasi ini terdapat banyak jenis duplikasi dan ini adalah salah satu contoh yang saya berikan .



HAK CIPTA

CONTOH DUPLIKASI DAN HAK CIPTA  KEDAI SHOPEE KENA BANNED DAN PENALTI


[ Local Ready Stocks ] Baseus T Typed S-09 Wireless MP3 Car Charger Pengecas Bateri Kegunaan Kereta.


Melalui tajuk produk anda sedia maklum bahawa produk ini adalah jenama Baseus dan kemudian saya membuat carian di internet dan menjumpai produk yang hampir serupa tetapi saya tidak memnjumpai produk Type S-09 ini.


Ini  bermakna Kumoten menggunakan jenama atau branding produk samada mendapat persetujuan pihak pengeluar Baseus ini atau tidak. Kami tidak ketahui !!


Malah semasa membuat carian produk ini di laman web Baseus, kami tidak menjumpai langsung produk yang sama ini.


Dan jika Kumoten menjual produk ini tanpa kebenaran Shopee, dan jika ada aduan atau Shopee klasifikasikan mencuri trademark maka produk anda akan dikenakan tindakan melanggar hak cipta dan anda boleh kena penalti.



Kesimpulan 

Maka anda berada di kategori mana dan berhati-hati memasukkan tajuk produk yang boleh memakan diri anda sendiri. 



APA PATUT SAYA BUAT?

Anda boleh sahaja memperbaiki PRODUK LISTING sebelum memasukkan produk ini ke Shopee. UBah sahaja tajuk yang mempunyai kata kunci carian yang baik oleh pengguna Shopee adalah lebih baik dari  mengambil terus nama produk yang diberikan oleh dropship anda.


Kedua jangan gunakan gambar hadapan yang sama. Anda tidak perlu susah payah mencari gambar baru tetapi anda boleh sahaja ambil mana-mana gambar yang banyak di produk anda dan tukarkan menjadi gambar hadapan. 


CONTOH DUPLIKASI DAN HAK CIPTA  KEDAI SHOPEE KENA BANNED DAN PENALTI


Di atas adalah contoh perubahan yang dilakukan pada gambar dan tajuk mengikut kata kunci carian. 


Melalui perubahan ini , potensi produk ini dijual lebih tinggi kerana  mempunyai pelbagai kata kunci yang baik dan paling penting tidak kena banned atau penalti.


JIka anda hendak mempelajari teknik Produk Listing , anda boleh sahaja mendapatkan MasterClass Shoppermaniac kami bagi menjamin semua produk anda terjual dan mengikuti polisi Shopee.





Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama