SHOPEE SELLER TUTORIAL DROPSHIP 2023

SHOPEE SELLER TUTORIAL DROPSHIP 2023

SHOPEE SELLER TUTORIAL 2023



MALAS NAK BACA , BOLEH SAHAJA TONTON VIDEO INI

Salam sejahtera pada semua. Hari ini saya akan memberikan tutorial percuma untuk mereka yang berminat membina kerjaya dengan Shopee. Apakah cabarannya dan bagaimana untuk anda menjana sales yang konsisten.


Ini adalah satu tutorial yang padat dan akan mengambil masa untuk anda mendengarnya dan mungkin anda akan bosan.  Namun jika anda serius, anda harus mendengar tutorial ini dari input yang akan saya berikan ini. Anda boleh membuat keputusan samada mahu atau tidak meneruskan perancangan anda membina sebuah Kedai Shopee.


Dan saya akan berikan link-link yang saya sebutkan supaya permudahkan anda. Termasuk beberapa Ebook percuma.


Input -input saya berikan ini terdiri daripada pengalaman saya dan rakan-rakan dan juga pelbagai maklumbalas dari rakan-rakan Shopee yang subscribe You Tube ini serta dari peserta MasterClass Shoppermaniac kami.


Table Of Content

PROSES PERTAMA TANYA PADA DIRI ANDA DAHULU
PROSES KEDUA MEMASUKKAN PRODUK KE SHOPEE DAN PRODUK LISTING
PROSES KETIGA  MEMBUAT DEKORASI KEDAI 
PROSES KEEMPAT IAITU PRODUK WINNING 
ROSES KELIMA IAITU MARKETING / PEMASARAN
PROSES KEENAM IAITU MAINTENANCE  / PENYENGGALARAAN 
PROSES KETUJUH IAITU ADVANCED SALES 
KESIMPULAN SHOPEE SELLER TUTORIAL 2023


Jom kita mulakan PROSES PERTAMA


PROSES PERTAMA TANYA PADA DIRI ANDA DAHULU

Pertama sebelum anda membuka kedai Shopee anda:

  • Adakah anda mempunyai masa untuk menguruskan kedai Shopee anda. 
  • Berapa lama masa setiap hari anda akan luangkan untuk kedai Shopee anda.
  •  Apakah produk utama anda, samada dropship atau produk sendiri ( digital/ fizikal).
  • Berapa modal yang anda ada untuk memulakan perniagaan di Shopee.
  • Apakah tahap ilmu anda untuk menceburi bidang bisnis on line ini. 
  • Adakah anda memahami sepenuhnya menggunakan Seller Shopee Dashboard yang diberikan oleh Shopee.
  • Adakah anda akan melakukan seorang diri atau ada bantuan?
  • Adakah ini perniagaan part time atau sepenuhnya?
  • Apakah perancangan masa depan anda dengan Shopee?


JIka anda berjaya menjawab soalan ini maka sudah boleh memulakan dan mendaftarkan diri anda sebagai Seller Shopee. Hendak mendaftar sebagai Seller Shopee tidak susah, anda boleh lihat link yang saya berikan. ( KLIK SINI)



ANDA MENJAWAB KESEMUA SOALAN TERSEBUT

Adakah anda mempunyai masa untuk menguruskan kedai Shopee anda. JIka anda berkata YA, sebagai contoh anda bekerja dari 0800am - 0530pm. Anda akan fokus pada kedai Shopee anda bermula 0900pm - 1100pm ( iaitu 2 jam setiap hari). Manakala pada hari cuti, anda akan fokus 5 jam setiap hari. 
Inilah plan permulaan anda . Kerana perancangan masa akan menentukan kelajuan anda mendapat sales dari kedai Shopee anda nanti.

Ini bermakna anda membuka Kedai Shopee ini bermula sebagai part time sahaja.

Anda juga mempunyai produk sendiri tetapi modal tidak mencukupi dan juga anda mahu ambil pengalaman dahulu sebelum menjual di Shopee.

Maka anda merancang untuk menjadi produk dropship sahaja. Dan melalui pembacaan, anda akan membuat dropship Auto Sync iaitu sebuah sistem dropship dimana anda tidak perlu uruskan penghantaran dan sistem antara Shopee dan dropship dilakukan secara auto.

Maka anda memilih sebuah syarikat dropship Save Value yang dikatakan mampu memberi jualan yang baik kerana pilihan produk mereka adalah yang terbaru.

Namun anda belum lagi memahami bagaimana hendak mendaftar dengan Save Value, apakah kos untuk dropship auto sync ini.

Pengalaman anda berniaga on line pun hanyalah sebagai agen produk kecantikan dan jualan dilakukan melalui what apps. Untuk sosial media anda hanya membuat pos sahaja ke Facebook Pages dan Instagram sahaja.

Anda pernah membuat iklan berbayar melalui Facebook Ads menggunakan boost tetapi tidak pernah berjaya.  Anda mempunyai pengalaman  membuat live atau video menjual produk kecantikan. Kebanyakan  jualan saya ialah melalui instagram dan live serta rekemendasi oleh pembeli yang lain.

Anda tidak memahami menggunakan Seller Shopee dashboard dan ini merupakan cabaran terbesar anda untuk mempelajari fungsi-fungsi setiap kolum yang diberikan.

Anda akan mendaftar dahulu dan kemudian akan mempelajari bagaimana menggunakan fungsi-fungsi di Seller Shopee Dashboard ini.

Anda akan melakukan projek Shopee anda seorang diri buat pemulaan dan modal permulaan yang anda ada RM300.

Perancangan masa depan anda ialah menjana jualan di Shopee secara konsisten dan kemudian anda akan masukkan produk agen anda akhirnya melalui pengalaman yang ada, anda akan masukkan produk anda sendiri ke Kedai Shopee anda.


Kesimpulan 

Anda menjalankan perniagaan part time
Anda sudah mempunyai perancangan masa untuk kedai Shopee anda
Anda mempunyai modal RM300
Anda tidak pernah mengguna Seller Shopee Dashboard
Anda mempunyai pengalaman berniaga menjual produk kecantikan
Anda pernah mengguna FB Ads ( boost) dan buat live
Anda merancang mengguna dropship Save Value ( auto sync)
Anda akan melakukan seorang diri.
Anda mempunyai KPI 


Anda kena mempelajari bagaimana mendaftar di Shopee, bagaimana mendaftar di Save Value dan bagaimana memasukkan produk Save Value ke Shopee.

INILAH PROSES PERTAMA BAGAIMANA MEMULAKAN KEDAI SHOPE ANDA

Dalam proses ini anda akan menganalisa prospek samada ada anda layak untuk terjun ke dunia Marketplace. Kedua anda akan mempelajari bagaimana mendaftar dengan Save Value dan cara memasukkan produk ke Shopee serta pelajari cara bayaran dan sistem Save Value.



PROSES KEDUA MEMASUKKAN PRODUK KE SHOPEE DAN PRODUK LISTING 


Dalam proses kedua, anda akan memasukkan produk Save Value ke kedai Shopee anda. 

Pada ketika ini anda sudah menggunakan modal untuk mendaftar  Save Value sebanyak RM62 serta Top Up Kredit Save Value RM100.

Untuk tahun 2023 Save Value mengenakan bayaran untuk pendaftaran marketplace. 

Semasa memasukkan produk Save Value ke Shopee ianya amat mudah dengan hanya klik sahaja tetapi anda tidak dibenarkan masuk sekali gus produk SaveValue

Penting:
Jangan masukkan melebihi 20 produk dalam satu masa. Sebaiknya masukkan 10 produk sehari, jika anda masukkan melebihi target yang dibenarkan, kedai Shopee akan kena banned atau diharamkan.

Secara amnya anda telah memininumkan masukkan produk ke kedai Shopee anda secara manual  di mana melalui Save Value kesemua produk dimasukkan secara auto. 

Inilah kelebihan Dropship Auto Sync yang saya perkenalkan ini. Secara tak langsung ia memberi anda masa untuk mempelajari ilmu lain dan jika ada masa sudah tentu anda kena pelajari memasukkan produk secara manual pada masa akan datang.

Di Save Value mempunyai 300 - 400 produk yang berkualiti dan masukkan kesemua produk tersebut ke dalam kedai Shopee anda.

Sebagai pemula bisnis on line di Shopee anda jangan ambil peduli tentang niche terutama jika anda sebagai dropship. Ini kerana konsep berniaga di Shopee ialah LAGI BANYAK PRODUK LAGI POTENSI TRAFIK DAN JUALAN.

Ini bermakna untuk memasukkan 300 produk ke Shopee ( 10 produk sehari) anda memerlukan sebulan untuk selesaikan proses ini.

Dalam proses memasukkan 10 produk Save Value ke kedai Shopee anda. Anda akan gunakan masa untuk mempelajari setiap fungsi penting di Shopee Seller Dashboard/Centre.

Fungsi yang pertama ialah bagaimana kemaskini semua produk yang anda masukkan ke Shopee Seller.


My Product - Edit Produk - Produk Detail

SHOPEE SELLER TUTORIAL 2023

Anda akan mengemaskini bahagian imej, Produk Video, Nama Produk/Tajuk, Kategori dan Produk Deskripsi.

Apakah metod yang akan anda gunakan untuk kemas kini. Anda akan menggunakan metod  Produk Listing iaitu salah satu funnel  Shopee Funnel kami. 

  • Anda akan memasukkan video yang releven.
  • Anda akan mengemaskini tajuk mengikut Algoritma Shopee
  • Penjelasan deksripsi yang lebih lengkap serta pelbagai bahasa 
  • Kategori biasanya anda tidak akan kemas kini kerana sebagai dropship ianya telah disediakan.

Bagaimana hendak mendapatkan sumber-sumber dan caranya ini maka anda boleh dapatkan MasterClass kami

SHOPEE SELLER TUTORIAL 2023

Dalam proses ini anda akan memasukkan produk ke kedai Shopee anda sebanyak 10 produk setiap hari dan selepas itu anda akan mengemaskini kesemua produk tersebut mengikut metod Produk Listing di Shopee Seller Dashboard.


Apa yang perlu anda pelajari :

  • 1. Fungsi Shopee Seller Dashboard ( My Product)
  • 2. Fungsi dan strategi Funnel Produk Listing

Dengan 10 produk serta mengemaskini produk, dimana anda plan setiap hari 2 jam adalah amat mencukupi.



PROSES KETIGA  MEMBUAT DEKORASI KEDAI 


Proses ini boleh dilakukan semasa anda memasukkan produk atau pada hari cuti anda akan fokus 5 jam setiap hari. Dan gunakan peluang ini untuk membina dekorasi kedai anda.


SHOPEE SELLER TUTORIAL 2023


Dekorasi kedai merupakan salah satu item yang penting anda harus buat semasa membuka kedai Shopee anda. Ia merupakan muka hadapan atau air muka kedai Shopee anda. 

Anda kena sediakan logo dan juga banner kedai anda sebelum membuat store dekorasi anda ini. Anda boleh sahaja mengunakan aplikasi Canva secara percuma untuk membuat logo dan banner kedai.

Bila berbicara tentang logo, saya ingin memberikan tips tentang nama kedai anda haruslah dipilih dengan tepat kerana ia melambangkan branding anda. Mungkin pada masa kini ia tidak begitu penting tetapi percayalah setelah lama anda berniaga, branding anda akan menjadi penting dan jika anda tidak memilih dengan baik maka anda akan menyesal nanti.

Ianya juga termasuk dalam pembinaan logo kedai anda yang melambangkan branding anda.

Apa yang perlu anda pelajari :
  • Fungsi Shopee Seller Dashboard ( Store Decoration)
  • Kepentingan logo dan banner.
  • Pelajari  asas guna Canva 
Mungkin pada dasarnya anda akan melihat mudah sahaja membuat store dekorasi ini tetapi semasa proses membuat store dekorasi, anda kena berfikir bagaimana bentuk logo anda supaya tampak profesional dan juga anda kena pelajari bagaimana menggunakan Aplikasi Canva.
Ia akan mengambil masa 2 - 3 jam untuk membuat store dekorasi  ini.


PROSES KEEMPAT IAITU PRODUK WINNING 


SHOPEE SELLER TUTORIAL 2023



Produk Winning adalah funnel kedua dalam MasterClass kami dan Winning Product adalah produk yang memiliki potensi untuk terjual lebih mudah dan tentunya menghasilkan profit atau keuntungan.

Untuk anda yang ingin memulai bisnis jualan online atau semacamnya, konsep Winning Produk ini sangat berguna untuk mengetahui produk apa yang sedang diminati oleh pasaran.

Salah satunya anda mahu menjual produk yang sedang trend atau menjual produk Low Competitor. Dalam Master Class kami mempunyai 7 metod bagaimana untuk anda mengetahui winning produk yang sedang meletup di Shopee.

Salah satu contoh  mencari produk winning yang sedang meningkat di Shopee melalui alat jurulatih Jualan /Selling Coach. Ini merupakan satu contoh yang akan saya berikan dari 7 metod keseluruhan.

SHOPEE SELLER TUTORIAL 2023

Disana terdapat informasi produk terlaris, produk sejenis, produk trend dan kata kunci popular.  
Anda boleh gunakan data ini untuk mengumpul maklumat yang terkini. 

Tetapi tidak semua Seller Shopee akan memperolehi alat ini tetapi anda jangan risau, kami mempunyai 7 metod carian seperti yang kami katakan tadi.


Setelah anda memperolehi kesemua data ini maka anda berbalik ke kedai Shopee anda mencari produk yang sama atau hampir serupa dan membandingkan dengan produk-produk winning dari pihak lain yang telah anda kumpulkan.


Anda telah memasukkan beratus-ratus produk ke dalam kedai Shopee anda dan pasti ada produk yang serupa atau hampir serupa yang boleh anda jumpa. Inilah kelebihan dropship auto sync kami.


Dan sebaliknya juga jika anda mendapati produk di dalam kedai Shopee anda ini mungkin berpotensi, anda boleh sahaja membuat analisa menggunakan 7 metod Produk Winning MasterClass kami ini. 

Produk Winning ini adalah usaha yang berterusan dan visi anda ialah mendapatkan seberapa banyak produk winning yang ada. Dengan penambahan produk Winning maka potensi mendapat sales yang dijamin adalah lebih tinggi.


Apa yang perlu anda pelajari :
  • Memahami funnel Produk Winning 



PROSES KELIMA IAITU MARKETING / PEMASARAN


SHOPEE SELLER TUTORIAL 2023


Menurut Caroline Forsey dari Hubspot, marketing atau pemasaran adalah proses untuk membuat masyarakat tertarik pada produk dari perniagaan anda. Untuk melakukan proses ini, perlu dilakukan analisa pasaran, dan pencarian pelanggan yang ideal.

Jika saya nak huraikan maksud pemasaran ini amat luas seperti  meningkatkan penjualan, menjelaskan sebuah produk, meningkatkan engagement dengan pelanggan dan sebagainya.

Tetapi dari segi Shopee Seller saya mengkhususkan kepada 4P iaitu product (produk), price (harga), place (tempat), dan promotion (promosi).

Anda sudah mempunyai produk melalui proses ketiga tadi iaitu produk winning. Manakala place atau tempat ialah marketplace di Shopee dengan trafik 40 juta orang sebulan,

Yang perlu anda fahami ialah price (harga) dan promotion ( promosi).
Mari kita fahami dahulu promotion (promosi) dahulu.

Promosi Shopee terbahagi kepada 4 bahagian:
1. Alat promosi produk 
2. Shopee Ads
3. Program Shopee
4. Kempen Shopee



1. Alat promosi produk

SHOPEE SELLER TUTORIAL 2023


Kita fahami dahulu apa itu Promotion ( promosi). Perkara utama yang harus anda pelajari ialah memahami kesemua 11 alat pemasaran promosi Shopee yang diberikan. Di Shopee Seller Centre ia terletak di kolum Marketing Centre. Dan di dalam Masterclass Shopppermaniac funnel Marketing kami telah menerangkan dengan jelas fungsi-fungsi menggunakan alat pemasaran ini atau alat promosi ini.

Dan ada beberapa fungsi yang wajib anda gunakan seperti diskaun, baucer dan bundle deal. Untuk pengetahuan anda pada tahun 2023 ini bundle deal merupakan salah satu teknik marketing yang semakin berkembang terutama untuk dropship.
Melalui bundle deal anda berpotensi menjana keuntungan yang lebih tinggi lagi. 

Saya tidak akan menerangkan satu persatu kesemua fungsi promosi  ini. Namun anda wajib kena memahami teknik promosi atau dapatkan MasterClass Shoppermaniac saya.

Persoalan timbul, adakah saya wajib menggunakan alat promosi ini. Jawapannya ialah YA terutama jika melibatkan penjualan di Shopee.

Kenapa anda wajib menggunakan alat promosi ini ialah untuk menarik perhatian pembeli. Anda memberikan "Offer" atau potongan harga pada produk anda dan kebanyakan pelanggan amat berminat potongan harga. Ini adalah perkara lumrah dalam dunia perniagaan terutama dropship.

Ada satu lagi sebab utama atau lagi penting  kenapa anda harus memberikan promosi pada produk anda. 


Ingat lagi tentang 4P marketing yang saya katakan tadi. Penjelasan tadi ialah Promotion( Promosi/offer) dimana anda kena belajar menggunakan sistem pemasaran promosi yang disediakan oleh Shopee.

Semasa anda membuat promosi , berapa banyakkah potongan harga yang harus saya berikan? Inilah P yang terakhir iaitu Price  ( Harga) 

Anda telah membuat analisa produk Winning, anda telah ketahui produk manakah yang mudah jual di Shopee termasuk harga produk tersebut.

Biasanya harga produk winning pihak lawan adalah lebih rendah dari dari harga dropship. Itu pasti. Belum pernah saya jumpa produk yang hampir serupa atau serupa pihak pesaing saya adalah lebih mahal dari saya di Shopee.

Kemudian anda tanya pada diri anda, berapa peratusankah margin untung minimum yang mahu untuk setiap produk. Disebabkan sebagai dropship terutama Save Value kadar margin biasanya ialah 16% hingga 20%.  Untuk saya, setelah ditolak semua kos, saya mesti  dapat kan untung bersih 8% -10%.


Maka anda sudah ketahui:
  • Harga Pasaran melalui analisa Produk Winning.
  • Harga Produk dropship anda serta margin untung anda.
  • Peratusan minimum untung yang anda mahu.

Dari data tersebut anda akan mengguna alat promosi Shopee iaitu baucer /  diskaun  / dan sebagainya dengan turunkan harga samada meletakkan harga yang hampir sama atau rendah sedikit dari harga pesaing anda. (Harga Kompetatif) 

JIKA TERDAPAT PRODUK WINNING PESAING harganya terlalu rendah dan jika anda merendahkan harga sehingga anda rugi. Maka buang dari senarai Produk Winning dan cari produk Winning yang lain. Jangan paksa diri anda menjual produk tersebut.



2. Shopee Ads

SHOPEE SELLER TUTORIAL 2023


Selepas anda selesai dengan kesemua perkara ini, sebagai shopee seller pemula 2023 yang baru anda boleh sahaja membuat iklan berbayar menggunakan Shopee Ads.

Ini merupakan salah satu teknik marketing bukannya memberi potongan harga tetapi membuat iklan di platform Shopee.

Ramai yang bertanya adakah wajib untuk membuat iklan berbayar di Shopee. Jika di tanya pada saya ialah YA. Dimana ianya untuk mempercepatkan jualan di kedai Shopee selain berharap trafik organik.

Namun sebagai Shopee Seller dropship, adalah amat berbahaya jika anda tidak memahami mengguna Shopee Ads. Ini kerana sistem pembayaran Shopee Ads berdasarkan klik.

Dimana sesiapa sahaja men klik iklan anda, secara automatik akan ditolak bid anda. Katakan anda bid satu kata kunci berharga RM 0.10 dan margin untung anda setelah ditolak semua kos ialah RM0.40. Jika iklan anda diklik 5 kali maka anda kena membayar RM0.50 dan anda kerugian RM0.10 setiap kali jualan.

Dan Shopee Ads mempunyai beberapa pilihan seperti Search Ads, Discovery Ads dan Boost Ads. Yang manakah sesuai untuk digunakan dan berapakah kos yang perlu dilabur oleh seller bergantung pada margin untung, harga produk dan kuantiti produk.

Ada caranya membuat analisa Shopee Ads ini dan MasterClass kami ada memberi tip mencari kata kunci dengan cara yang efektif dan tidak merugikan.

Inilah sistem marketing yang anda perlu belajar dan mahirkan diri anda jika mahu berjaya di Shopee.




3. Program Shopee



Program Shopee adalah satu program yang diberikan oleh Shopee kepada Seller tawarkan kepada buyer seperti RM40 Free Shipping, RM15 Free Shipping, RM40 Free Shipping+ 10% Cashback dan RM15 Free Shipping+ 10% Cashback. 

Namun anda kena lihat jumlah caj perkhidmatan setiap kali berlaku transaksi iaitu 7% dari harga jualan akan diambil oleh Shopee jika anda mengguna program RM15 Free Shipping+ 10% Cashback.

Sebagai dropship saya TIDAK MENGGALAKKAN anda mengambil mana-mana Program Shopee kerana ia pasti akan merugikan anda disebabkan caj perkhidmatan terlalu tinggi dan anda berpotensi rugi.

Tetapi jika anda hendak mencuba program Shopee ini disebabkan margin untung anda tinggi, anda boleh sahaja gunakan dan malah saya telah membuat sebuah aplikasi SHOPEE CALCULATOR percuma untuk anda ( KLIK SINI) 


Dan untuk pengguna Master Class Shoppermaniac kami berikan fail excel untuk anda. Anda hanya perlu memasukkan jenis promosi dan data program Shopee yang anda ambil serta masukkan harga dropship/harga jualan. Secara automatik kalkulator kami akan kirakan berapa margin untung bersih anda.




3. Kempen Shopee

SHOPEE SELLER TUTORIAL 2023

Kempen Shopee adalah satu kempen yang dilancarkan oleh Shopee seperti 6.6, 11.11 atau 12,12 dimana anda digalakkan sertai kempen ini dengan memberi voucher kepada produk terpilih  yang anda pilih.


Voucher Campaigns refer to official Shopee promotional events featuring vouchers from participating sellers. These events offer great deals to buyers and are featured prominently on Shopee's website and the Shopee App




Ini bermaksud anda kena kasi potongan harga kepada produk anda. Anda digalakkan sertai kempen Shopee ini kerana ia akan "expose" kedai Shopee anda dengan lebih baik. 

Namun yang menjadi kekangan ialah takkan anda hendak berikan lagi potongan harga padahal sebelum ini anda dah buat baucer potongan.Kalau macam ini, ia merupakan kerugian pada anda.

Biasanya saya akan ambil produk-produk yang belum lagi saya berikan diskaun dan saya akan berikan 3% untuk semua produk kempen saya. Ini cara yang saya gunakan dan mungkin anda mempunyai teknik lain, anda boleh gunakan,

Untuk saya ialah saya mesti sertai kempen Shopee ini untuk mendapatkan pendedahan kedai Shopee saya dan jika bernasib baik mungkin ada jualan


Apa yang perlu anda pelajari :
  • Memahami funnel Marketing
  • Faham bagaimana mengguna alat pemasaran Shopee
  • Faham bagaimana mengguna Shopee Ads
  • Faham bagaimana memohon Program Shopee
  • Faham bagaimana sertai kempen Shopee

Penjelasan funnel Marketing ini agak panjang dalam shopee seller beginner 2023 disebabkan ia merupakan salah satu mekanisma yang amat penting menentukan kejayaan kedai Shopee anda. Terpulang pada untuk menggunakan mana yang terbaik. 

Anda kena selalu membuat "trial and error" untuk mencari metod yang paling baik untuk anda bila menggunakan alat marketing.



Kesimpulannya ialah ujud kesinambungan yang jelas antara Produk Listing, Produk Winning dan Marketing.

Produk Listing adalah satu mekanisma untuk anda mendapatkan trafik secara organik melalui Shopee Algoritma, mencantikkan produk anda berbanding dengan pihak lain, menghuraikan deskripsi produk anda dengan lebih jelas.

Tujuannya apabila buyer pergi ke produk anda di Shopee, mereka akan tertarik melalui visual samada gambar atau video serta penerangan produk yang jelas. Malah pencarian oleh buyer lebih mudah melalui pengunaan kata kunci yang releven dengan kata carian buyer.

Manakala melalui Produk Winning, anda mencari produk pilihan ramai di Shopee dan anda tidak mempunyai masalah mencari produk tersebut disebabkan trafik 40 juta sebulan di Shopee mampu memberi anda data yang lengkap. 

Tetapi ianya tidak habis begitu sahaja. Melalui produk Winning anda akan membuat Marketing mengggunakan alat pemasaran Shopee serta juga membuat pembandingan harga yang kompetatif supaya produk winning anda berdaya saing.

Penerangan ini hanya melibatkan teknik funnel kami bagaimana untuk anda memastikan produk anda mempunyai jualan.


Melalui kesimpulan 4 proses yang kita bincangkan tadi, anda harus pelajari :

1. Faham bagaimana nak daftar Kedai Shopee
2, Faham bagaimana mendaftar dengan Save Value
3. Faham bagaimana mengguna fungsi My Product (SELLER SHOPEE CENTRE) 
4. Faham apa itu Produk Listing 
5.  Faham bagaimana mengguna fungsi Store Decoration (SELLER SHOPEE CENTRE) 
6. Faham mengguna aplikasi Canva buat logo dan banner (option)
7. Memahami funnel Produk Winning 
8 .Faham bagaimana mengguna alat pemasaran (SELLER SHOPEE CENTRE) 
9. Memahami Funnel Marketing 
10. Faham bagaimana mengguna Shopee Ads (SELLER SHOPEE CENTRE)
11. Faham bagaimana memohon Program Shopee
12. Faham bagaimana sertai kempen Shopee (SELLER SHOPEE CENTRE)


Apabila anda mula mempraktiskan kesemua perkara diatas ini, anda akan mula melihat jualan di Kedai Shopee dan ianya akan meningkat seiring dengan pertambahan produk winning serta memantapkan juga produk-produk lain yang berada di kedai Shopee anda.

Namun secara jujur saya ingin bertanya pada anda yang bercita-cita memulakan perniagaan Shopee ini. Berapa lamakah masa yang akan anda ambil untuk mendapatkan jualan pertama melalui teknik asas ini. 

Dalam masa 1 bulan? 
Dalam masa 2 bulan?
Dalam masa 3 bulan?

Dan masalahnya teknik ini tiada jalan pintas dan wajib dilaksanakan. Anda hanya boleh mengurangkan tempoh dengan tambahkan masa dan fokus ke kedai Shopee pertama anda ini.

Adakah anda sanggup menunggu beberapa bulan untuk dapatkan jualan dan sanggupkah anda tambahkan masa untuk mempercepatkan atau selesaikan kesemua teknik asas ini?

Jika anda tidak mampu maka anda boleh berhenti mendengar shopee seller tutorial malaysia ini. Jika ya, kita teruskan dengan proses kelima dan 6 yang akan menentukan survival Kedai Shopee anda.



TAMBAHAN


 PROSES KEENAM IAITU MAINTENANCE  / PENYENGGALARAAN 


SHOPEE SELLER TUTORIAL 2023


Katakan melalui teknik yang anda gunakan di atas , anda mulai mendapat jualan tetapi ianya tidak akan konsisten sepenuhnya disebabkan kurang engagement, tidak bersihkan Kedai Shopee anda, tidak mengguna iklan berbayar dan pelbagai lagi.

Anda memerlukan funnel Maintenance kami serta pelajari beberapa fungsi lagi di Shopee Seller Centre.

Penyelenggaraan Shopee adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memulihara, menjaga, mengendali dan mengawal selia bagi memenuhi piawaian kedai Shopee anda, mempertahankan jualan  dan naikkan nilai kedai Shopee anda.

Dalam MasterClass Shoppermaniac kami memberikan 8 perkara utama yang harus anda periksa samada setiap minggu atau setiap bulan dan cara menggunakan fungsi Shopee Seller Centre ini.


1. Periksa Kesihatan Kedai 


SHOPEE SELLER TUTORIAL 2023


Anda harus melihat kesihatan kedai anda agar kekal sihat dan perbaiki jika anda mendapat penalti dari Shopee. Perlu diingat, penalti yang berterusan oleh Shopee boleh menyebabkan Kedai Shopee anda di gantung.

Di Seller Shopee Centre anda boleh sahaja klik "Account Health" dan melihat kesihatan kedai anda




2. Periksa inventori anda

SHOPEE SELLER TUTORIAL 2023


Jika anda dropshipper pastikan periksa selalu inventory anda.
Produk yang sold out harus delistkan .

Dan kemudian weekly pergi ke Delist area dan lihat jika stok anda telah ditop up. Jika ya, publish semula.

Untuk saya untuk buat delist dan publish dengan cepat guna smartphone.
Anda boleh sahaja pergi My Product dan lihat kolum delist.




3. Follow Up tempahan yang dibatal



Apabila membuat perniagaan jual beli , pasti ada yang beli atau batalkan pembelian.

Oleh itu salah satu cara ialah ANDA KENA FOLLOW UP mereka dengan hantar chating kepada mereka bertanya apa yang anda boleh tolong  dan buat sekali upsell/cross sell serta kasi diskaun. 

Mungkin dia kensel sebab gaji belum masuk dan banyak sebab . Ini adalah potential buyer anda



Selain dari itu juga ialah: 
4. Follow Up Rating
5. Naikkan follower anda
6. Periksa Patterrn Produk Winning anda
7. Masukkan Produk Baru
8. Kemas kini sosial media

Dengan maintenance atau penyelenggaraan berkala ini, anda dapat memastikan kedai Shopee anda sentiasa releven dan sihat.

Apa yang perlu anda pelajari :
1. Faham bagaimana mengguna Business Insight (SELLER SHOPEE CENTRE)
2. Faham bagaimana melihat Account Health (SELLER SHOPEE CENTRE)
3. Faham bagaimana melihat shop rating  (SELLER SHOPEE CENTRE)




PROSES KETUJUH IAITU ADVANCED SALES 


SHOPEE SELLER TUTORIAL 2023


Sebenarnya anda telah selesai memaksimumkan kedai anda melalui Teknik funnel yang saya tunjukkan. Namun anda mempunyai visi iaitu mahukan kedai Shopee yang berdaya maju dan bersaing anda harus memakai funnel kelima atau yang terakhir ini iaitu Advanced Sales.

Nak gunakan funnel terakhir ini ada syaratnya. Dengan syarat sales anda konsisten dan mula menjana keuntungan. Ianya akan mengambil masa sebab anda menggunakan trafik organic dan mungkin guna Shopee Ads untuk percepatkan proses jualan yang konsisten.

Selepas itu barulah anda guna funnel Advanced  Sales dimana anda tidak menggunakan platform Shopee untuk menjana trafik dan jualan ke kedai Shopee anda.

 Terdapat 2 cara utama yang saya berikan tambahan dalam MasterClass shoppermaniac kami dan ianya percuma:


1. Pelajari membina  blog
2. Pelajari Facebook Ads 


Funnel ini adalah diluar platform Shopee dan jangan terburu-buru untuk mengguna funnel ini jika 4 funnel serta Seller Shopee Centre anda belum kuasai. 

Tetapi jika anda mahu berkembangk ke satu tahap yang lain. Anda wajib menggunakan funnel ini dan dalam MasterClass Shoppermaniac kami masukkan sekali tutorial penuh bagaimana mengguna kedua-dua platform ini.



Blogging

SHOPEE SELLER TUTORIAL 2023

Blogging adalah sebuah pekerjaan atau perbuatan dalam mengendali dan mengawal proses penulisan, posting, linking, sharing dan sebagainya agar artikel yang disiarkan dapat disampaikan dan dibaca oleh pengunjung-pengunjung blog mereka melalui carian enjin carian Google.

Membina website atau blog  anda sendiri adalah salah satu cara yang saya minati. Anda hanya  perlu masukkan produk Shopee secara manual tetapi link boleh dihantar ke kedai Shopee anda.

Website ini umpama perantara anda  di dunia SEO ( Search Engine Optimization) dengan kedai Shopee anda.

Saya ada terangkan dengan jelas bagaimana membuat website menggunakan blogspot di dalam Masterclass saya.




Facebook Ads
SHOPEE SELLER TUTORIAL 2023


FB Ads adalah singkatan bagi Facebook Advertising, FB Ads membenarkan pengguna facebook untuk mengiklankan perniagaan atau produk anda. Tak kira apa jenis perniagaan pun. Selagi anda ada produk selagi tu anda boleh iklankan di facebook.

Admin paling berminat menggunakan FB ADS ini dan telah menggunakannya  sebagai pembayaran iklan saya.

Anda tahu tak, Shopee sendiri menyukai FB Ads dimana mereka memberikan Facebook CPAS kepada Shopee Seller membuat iklan katalog produk anda di Shopee. 

Kelebihan Facebook Ads berbanding Shopee Ads adalah dari segi kos dimana pembayaran Fb Ads berdasarkan CPM iaitu 1000 kali impresion baru anda dikenakan bayaran berbanding Shopee Ads pembayaran setiap klik.

Saya NASIHATKAN JIKA ANDA TIDAK PERNAH BUAT IKLAN BERBAYAR FB ADS jangan BUAT !!!!Sebab anda pasti rugi !!

Sebelum kamu membuat FB ads,  pertama kamu perlu sediakan:

FB Page – kamu mesti ada kalau nak buat akaun FB ads.
Material – Pastikan semua image atau video kamu dah sediakan dengan lengkap.
Tujuan Objektif – Anda nak buat iklan untuk apa? Kalau nak dapatkan follower FB atau sales.
Budget : Berapa budget, kalau  anda nak tengok result FB anda baik atau tidak, paling minimum anda kena running 3 hari.
Target pelanggan: Kamu dah fikirkan apa pelanggan yang kamu hendak capai. Peniaga kecil atau minat shopping dan sebagainya.  Kelebihan FB ini ialah ia mempunyai segala maklumat anda.
Funnel plan: Ini pun kena buat tapi untuk advance FB advertiser. 


Saya ada terangkan dengan jelas bagaimana mengguna Facebook Ads Manager  di dalam Masterclass saya.

Saya tidak membuat penerangan jelas tentang Blogging dan Facebook Ads kerana ia merupakan satu tajuk besar yang memerlukan penerangan detail dan kompleks seperti Shopee ini.



KESIMPULAN SHOPEE SELLER TUTORIAL 2023

Menjadi seorang Seller Shopee bukanlah susah jika ada mengikuti langkah yang betul dan sistematik. Yang menjadi musuh anda masa dan komitmen anda.

Dimana anda harus memahirkan diri anda mengguna Shopee Seller Centre dan di  "boost" melalui 5 funnel kami di MasterClass Shoppermaniac kami.

Anda sudah membaca dan mendengar dengan jelas bagaimana membina sebuah kedai Shopee yang sukses. Anda boleh nilaikan adakah penerangan ini logik atau sebaliknya. Tidak kiralah samada anda sebagai dropship atau produk anda sendiri.

Terima kasih kerana telah mendengar sehingga habis penerangan kami ini. Anda boleh sahaja dapatkan link-link yang saya berikan.


"To be successful, you have to have your heart in your business, and your business in your heart." 

Untuk berjaya, anda perlu mempunyai hati anda dalam perniagaan anda, dan perniagaan anda di dalam hati anda.


SERTAI TELEGRAM CHANNEL KAMI UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT.



shopee seller tutorial malaysia
shopee seller tutorial 2023
shopee seller beginner 2023
shopee seller pemula 2023
soalan shopee
panduan jualan di shopee
panduan shopee seller
cara menjual di Shopee
shoppermaniac
shopee seller guide
how-to-be-a-shopee-seller
tutorial shopee seller 2023 di shopee
shopee seller center
tutorial shopee seller center
tutorial berniaga di shopee
cara set up kedai shopee

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama