KENAPA SAYA SUKA CANVA UNTUK BISNIS ONLINE SAYA

KENAPA SAYA SUKA CANVA UNTUK BISNIS ONLINE SAYA

 

KENAPA SAYA SUKA CANVA UNTUK BISNIS ONLINE SAYA

Pada zaman kini, strategi pemasaran menggunakan gambar statik saja tak cukup. Poster penting, tapi penggunaan bahan yang menggabungkan unsur pergerakan (motion) dan audio (lagu) akan capai lebih ramai penonton.

Aktiviti pemasaran perlu ada pelbagai bahan untuk tarik lebih ramai pelanggan. Pakai lagu-lagu viral dalam video pendek, lebih mudah nak capai engagement meski anda tak ramai follower.

Algorithm IG Reels dan TikTok akan syorkan kandungan yang sering dilayari kepada penggunanya. Kalau anda pandai pilih lagu, filter dan cara edit yang menjadi trend, video anda akan capai ramai penonton.

Tapi, anda sedar tak untuk hasilkan satu video yang menarik, banyak perkara perlu diambil kira? Tak mudah nak edit video walau video sesingkat 10 saat. 

Nak pastikan transisi video kena dengan rentak lagu, teks muncul tepat waktunya dan filter yang sepadan dengan mood video; kerja edit video bukan hal yang boleh dibereskan dalam waktu yang singkat.

Satu video pendek pun makan masa hingga berjam-jam lamanya. 

Dalam dunia perniagaan, siapa yang bertindak pantas, dialah yang akan dapat lebih banyak kelebihan. Selagi kita boleh jimatkan masa untuk capai sesebuah matlamat, manfaatkan!

Bagaimana hendak mencari aplikasi yang boleh mengabungkan video dan gambar serta diberikan templates dan paling penting pantas.

Dan disini saya syorkan anda menggunakan CANVA

Saya adalah peminat tegar Canva dan sejak permulaan saya menceburkan diri dalam dunia bisnis online pelbagai aplikasi design yang telah saya gunakan sejak dari dulu lagi.

Dan CANVA telah menarik perhatian saya sebagai sebuah aplikasi grafik design yang mudah seperti plug and play. 

Saya tidak memerlukan masa yang panjang mempelajari Canva secara asas. Padahal jika anda bijak menggunakan CANVA, anda boleh melakukan dil uar kotak imiganasi anda.

KENAPA SAYA SUKA CANVA 

CANVA MEMPUNYAI PELBAGAIAN FUNGSI 

Seperti yang anda ketahui salah satu perniagaan saya dan rakan-rakan ialah kami memberi perkhidmatan bisnis on line melalui beberapa EBOOK kami iaitu Rahsia Shopppermaniac Master Class untuk Bisnis On Line.

Dalam memperomosikan EBOOK ini kami menggunakan 100% CANVA untuk membuat video, poster, infografik dan sebagainya.


Diatas ini adalah contoh saya membuat video grafik berkenaan kelebihan masterclass kami.Dimana kami menggunakan templates yang diberikan oleh CANVA dan pendek kata 100% video ini kami menggunakan CANVA

KENAPA SAYA SUKA CANVA UNTUK BISNIS ONLINE SAYA

Di atas ini saya menggunakan CANVA 100% dengan templates yang disediakan oleh CANVA untuk membuat infografik EBOOK kami,

KENAPA SAYA SUKA CANVA UNTUK BISNIS ONLINE SAYA

Di atas ini adalah thumbnail yang saya gunakan untuk You Tube Channel Shopppermaniac menggunakan CANVA


KENAPA SAYA SUKA CANVA UNTUK BISNIS ONLINE SAYA

Ini adalah logo utama branding kami iaitu Shoppermaniac yang kami gunakan 100% melalui CANVA

KENAPA SAYA SUKA CANVA UNTUK BISNIS ONLINE SAYA

Ini adalah beberapa gambar yang saya buat menggunakan CANVA dengan ratusan templates yang Vanva berikan dan membuat iklan berbayar samada menggunakan Facebook Ads Manager, Tik Tok atau Google Ads.

KENAPA SAYA SUKA CANVA UNTUK BISNIS ONLINE SAYA

Ini adalah gambar setiap muka hadapan blog-blog saya menggunakan CANVA sebagai permulaan gambar setiap artikel saya.

Oleh itu anda mendapati setiap perjalanan bisnis on line saya samada produk, Ebook, You Tube, Sosial Media serta blog dan iklan saya menggunakan CANVA.

Kerana ia amat mudah dan saya akui ada gambar yang lebih cantik dan menarik berbanding gambar dan video yang saya tunjukkan ini.

Perlu diketahui saya bukannya mahir dalam grafik design ini dan mungkin jika orang lain yang menggunakan Canva, hasil mereka lebih baik.

Tetapi dengan CANVA saya berasa bangga kerana mampu membuat design sedemikian. Bayangkan jika saya harus bermula dengan blank membuat infografik. 

Memang tak jadi ler dan terima kasih pada CANVA . 


CANVA MEMPERCEPATKAN KERJA

KENAPA SAYA SUKA CANVA UNTUK BISNIS ONLINE SAYA


Canva mempunyai aplikasi atau template tersedia samada untuk blog, sosial media hingga logo. Pendek kata semua grafik design telah tersedia dan jika anda mahu advanced anda boleg membuat custom size yang sesuai dengan anda.

Rata-rata dari kesemua hasil grafik saya melalui CANVA kesemuanya dilakukan bawah dari 5 minit terutama thumbnail You Tube Channel saya.

Yang mengambil masa lebih 20 minit ialah membuat video grafik sahaja. 

Ini menandakan salah satu kelebihan CANVA mempercepatkan kerja saya. Anda ketahui bahawa saya mempunyai You Tube Channel, beberapa blog, EBook serta beberapa sosial media seperti Tik Tok, Instagram, facebook Pages serta iklan berbayar membuat kreatif ads.

Adakah saya mampu membuat semua grafik design ini jika saya tidak mempunyai aplikasi seperti CANVA membantu saya.

Ini yang anda ketahui tentang saya melalui branding Shoppermaniac tetapi anda tidak ketahui beberapa bisnis online yang saya punya sebelum ujudnya Shoppermaniac ini. 

Saya memerlukan satu sistem automasi yang cekap dan dari grafik design sistem automasi yang lengkap bagi saya ialah CANVA.

CANVA PERCUMA DAN BERBAYAR


KENAPA SAYA SUKA CANVA UNTUK BISNIS ONLINE SAYA

KENAPA SAYA SUKA CANVA UNTUK BISNIS ONLINE SAYA

 mempunyai beberapa plan yang anda boleh gunakan. Sudah tentu saya pada mulanya memilih FREE PLAN.

Jika anda lihat pada free plan sahaja terdapat 250K templates serta 1 juta gambar percuma untuk anda. Cukuplah kalau setakat free plan sahaja. 

Namun masalah apabila guna free plan ini ialah saya tak dapat guna background remover di Canva. Terpaksa guna aplikasi lain dimana saya remove background dahulu di aplikasi lain dan kemudian baru upload ke  CANVA.


Biasalah kalau nak pakai free plan. Itu sahaja masalah anda akan hadapi jika guna free plan. 

Ada duit lebih barulah anda guna plan berbayar. Pada pendapat saya free plan  CANVA pun sudah cukup berbaloi .


KELEBIHAN JIKA GUNA PLAN BERBAYAR 


KENAPA SAYA SUKA CANVA UNTUK BISNIS ONLINE SAYA


KENAPA SAYA SUKA CANVA UNTUK BISNIS ONLINE SAYA

Kelebihan jika anda guna plan berbayar CANVA yang saya katakan ialah anda dapat buang background gambar dengan sekali klik .

Tetapi yang menarik perhatian saya ialah dengan plan berbayar CANVA anda boleh share kepada 8 platform sosial media dan anda bolehmembuat scheduling posting. Inilah kelebihan yang saya suka tentang Canva kerana ia boleh menyenangkan dan mengurangkan bebanan anda untuk post setiap hari ke sosial media. 

Pada saya mana-mana apliaksi yang memudahkan saya dan bersifat automasi adalah pilihan utama saya..

Tapi sekali lagi saya ulang, Plan percuma Canva pun sudah cukup untuk anda membuat grafik design yang menarik.  Saya cuma kongsikan kelebihan jika anda mengambil plan berbayar CANVA Pro jika anda berminat.

Tapi lama-kelamaan jika anda telah menggunakan Canva pasti anda akan gunakan CANVA Pro suatu hari nanti kerana ia lebih memudahkan.

KESIMPULAN


Sebagai peminat tegar CANVA sememangnya saya pasti mengalakkan anda menggunakan Canva sebagai aplikasi utama untuk Grafik Design bisnis online anda.

Mungkin anda sudah pun mempunyai aplikasi lain yang sesuai dengan diri anda selain Canva namun apa salahnya jika anda mencuba CANVA percuma ini. Lihat kelainan yang diberikan oleh Canva ni. 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama