FACEBOOKS ADS RUGI DAN TINDAKAN UNTUK ATASINYA - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

FACEBOOKS ADS RUGI DAN TINDAKAN UNTUK ATASINYA

FACEBOOKS ADS RUGI DAN TINDAKAN UNTUK ATASINYA

FACEBOOKS ADS RUGI DAN TINDAKAN UNTUK ATASINYA


Bulan ni kusut kepala Facebook Ads tak berjalan seperti yang dirancang..
ROI jatuh ke laut dan loss seperti jumlah diatas dalam masa sebulan.

Ini adalah salah satu iklan berbayar yang saya gunakan untuk EBook MasterClass Shoppermaniac dan hasilnya amat mendukacitakan dimana hanya 1 buku sahaja terjual dalam masa satu bulan.

Walau pun dari segi frekuensi yang baik, CTR yang baik, CPM yang rendah, menunjukkan bahawa iklan ini adalah iklan yang baik tetapi tiada mempunyai jualan yang baik.

Ini menandakan, mitos yang mengatakan FB Ads menguntungkan selalu bukanlah benar dan atas sebab inilah saya tidak suka membuat iklan untuk pihak lain kerana mereka tidak memahaminya .

Mereka ingat dengan membuat iklan di FB Ads pasti menguntungkan dan pulangan ROI 4 kali ganda dengan kos iklan. Itu yang saya malas nak layan perkara-perkara macam ini.

Sebagai contoh iklan saya di atas ini adalah iklan paling merugikan pada bulan ini dan sebagai pengiklan Facebook Ads yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini kita fahami adakalanya perkara seperti ini akan terjadi dan memerlukan tindakan lanjut. 

Apatah lagi semenjak IOS14 yang menghadkan data kepada Facebook maka ROI menjadi semakin tipis walau pun ada keuntungan tetapi kecil.


SEBAB FACEBOOK ADS ANDA RUGI 

  • 1. Degil dan tidak percaya pada data
  • 2. Sales Pages yang tidak menarik
  • 3. Jual Guna Facebook Pages Yang Salah  
  • 4. Ads Manager Yang Baru
  • 5. Modal Iklan Yang Kecil


1. Degil dan tidak percaya pada data

Inilah yang selalu berlaku pada pengiklan Facebook Ads tak kira yang lama atau yang baru dimana kedegilan akan memakan diri dan menyebabkan anda rugi.

Seperti yang berlaku di atas adalah satu bentuk kedegilan saya iaitu saya ketahui dengan semua CPC, CPM dan CPR yang baik tetapi tiada jualan ini bermakna ada sesuatu yang tidak betul dan apakah langkah yang saya patut buat setelah 10 hari iklan ini diterbitkan tanpa jualan ?

Saya teruskan juga sebab mahu lihat lebih lanjut dan yakin jualan pasti muncul disebabkan data saya baik dan mungkin ambil masa. 

Dalam soal ini, kreatif serta demografi tiada masalah kerana keseluruhan data menunjukkan baik. JIka CTR anda rendah maka kreativiti anda tidak baik dan perlu dibaiki. Jika CPM anda tinggi ini bermakna demografi anda salah dan perlu kembangkan lagi demgrafi anda.

Ini adakah sebahagian data yang harus anda lihat jika membuat iklan FB Ads. Anda boleh dapatkan bagaimana menkaji data ini di MasterClass Shoppemaniac kami.


2. Sales Pages yang tidak menarik


Penyebab utama ialah iklan saya kali ni tiada jualan ialah Sales Pages yang tidak menarik. Saya akui baru-baru ini saya ada membuat perubahan pada Sales Pages  EBook kami dan melihat dari Sales Page sini saya amat yakin bahawa ia akan menjana sales yang baik.

FACEBOOKS ADS RUGI DAN TINDAKAN UNTUK ATASINYA


Dan saya meneruskan juga iklan ini sebab mahukan confirmation bahawa klik ke Sales Page saya adakah baik tetapi tiada sales. Data saya ambil melalui Facebook Pixel yang saya sediakan.

Melalui data Facebook PIxel saya dapati klik ke Website Sales Pages aga tinggi tetapi tiada jualan maka hipotesis saya ialah Sales Pages ini bermasalah.


3. Jual Guna Facebook Pages Yang Salah 

Saya membuat eksperimen dengan menjual EBook ini menggunakan Ads dari Facebook Hanif Bin Idrus Blog 


FACEBOOKS ADS RUGI DAN TINDAKAN UNTUK ATASINYA


Salah satu eksperimen yang sengaja saya lakukan dengan memasukkan Facebook Pages yang salah dengan menjual produk Ebook kami ini.

Saya melihat kepercayaan daripada pembeli agak rendah kerana iklan yang saya buat ini tidak memberi kesinambungan pada Facebook Pages saya ini.

Nama FB Pages Penting: KLIK SINI

Kerana Facebook Pages Hanif Bin Idrus blog ini adalah berkisar tentang isu-isu semasa bukannya tentang EBook ini atau Bisnes On LIne.

Inilah salah satu perkara yang anda mesti tumpukan walaupun dilihat amat kecil.


4. Ads Manager Yang Baru 

Untuk pengetahuan saya menggunakan ADS Manager yang baru serta menggunakan sementara Facebook Pages Hanif Bin Idrus Blog kerana Facebook Pages kami yang lama ada sedikit masalah,

ADS Manager kami ini bukanlah baru tetapi ianya baru apabila kami membuat iklan untuk EBook kami ini.

Apabila menggunakan ADS Mananger yang baru maka PIxel kami pun masih baru dan ini memerlukan masa untuk kami kumpulkan data di ADS Manager serta Pixel FB Pages Baru iaitu  Facebook Shoppermaniac kami supaya lebih matang.


FACEBOOKS ADS RUGI DAN TINDAKAN UNTUK ATASINYA


Ramai yang tidak memberitahu pada anda bahawa sebuah Ads Manager yang baru memerlukan masa untuk matang dalam mengumpulkan data.

Dalam hal ini, saya menjangkakan bahawa iklan saya ini tidak akan begitu baik kerana saya tidak mempunyai data terdahulu dan terpaksa bermula dari kosong terutama untuk custom audience.

Disebabkan untuk mematangkan Ads Manager anda maka anda akan meleburkan wang dahulu untuk dapatkan data wesbite serta custom audience untuk iklan targetting anda.

Tapi tak sangka pula, langsung tiada jualan..ahaks..


5. Modal Iklan Yang Kecil 

Jika anda katakan bahawa jumlah wang sebanyak RM2000 sebulan untuk iklan adalah banyak maka anda membuat kesilapan kerana jumlahnya agak kecil apatah lagi jika RM2000 ini meliputi MOFU dan BIFU sekali.


Sebuah iklan yang baik untuk saya ialah RM50 sehari dan kemudian pecahan RM20 untuk  iklan MOFU dan itu pun bergantung pada jumlah ads set anda.. Ini adalah anggaran kasar sebuah iklan yang telah melalui beberapa penapisan.


Apatah lagi jika ADS Manager anda baru lagi dan belum mempunyai koleksi gambar atau video yang baik sebelumnya dan anda mesti mencubanya satu persatu yang manakah lebih baik dan menapis setiap satu.

Ini semua memerlukan wang membuat eksperimen ini.

FACEBOOKS ADS RUGI DAN TINDAKAN UNTUK ATASINYA


KESIMPULAN


Sebuah iklan Facebook Ads yang baik sebenarnya mempunyai pelbagai sebab dan bukannya semua anda boleh baca di data yang diberikan oleh Facebook. Namun saa ingin pertekankan, biasanya anda boleh membaca prestasi FB ADS anda melalui data .

Dalam hal saya ini ialah ia mempunyai pelbagai faktor walau pun data saya baik dan salah satunya ialah  saya tidak membuat beberapa eksperimen untuk mengukuhkan bahawa Sales Pages saya ini bermasalah atau tidak?





Catat Ulasan