NAMA FACEBOOK PAGES PENTING UNTUK JANA JUALAN
NAMA FACEBOOK PAGES PENTING UNTUK JANA JUALAN
Pada bulan lalu saya ingin cuba membuat Facebook Ads dengan menggunakan Facebook Pages personal saya iaitu Hanif Bin Idrus Blog
.
Dimana sebelum ni iklan yang saya buat menggunakan Facebook Pages lain yang dipanggil "Bisnis Delivery" dan semua pixel website shoppermaniac saya letakkan di sana.
Saya sebenarnya hendak letakkan semua Facebook utama dalam satu kawasan sahaja dan malas nak buka beberapa profile Facebook. Ditambah lagi kini dengan produk sendiri HG Perfume, agak melecehkan membuat banyak profile Facebook.
Saya telah membuat beberapa langkah dimana kesemua kebenaran untuk menggunakan pixel dari Facebook Pages yang lain ke profile utama dengan Business manager Facebook.
Dan saya fikirkan untuk Facebook "Bisnis Delivery" akan saya tutup dan buat Facebook Pages baru yang mengikut brand kami iaitu Shoppermaniac.
Saya ambil kesempatan nak buat analisa dengan membuat iklan MasterClass Shoppermaniac kami dengan menggunakan Facebook Pages Hanif Bin Idrus Blog sebelum saya buat Facebook Pages baru.
Tujuan saya membuat analisa ini ialah ingin melihat adakah Facebook Pages memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi iklan anda.
Sepatutnya ia takkan pengaruhi tetapi keputusan yang saya dapat amat berbeza sekali.
FUNNEL FACEBOOKS
Funnel yang gunakan ialah funnel yang amat mudah sahaja dan menumpukan targeting dari video serta pixel dari website shopeefunnel.com.
Untuk Tofu saya membuat beberapa iklan dengan broad audience, spesific audience dan 6 buah ads set.
Tujuan ialah untuk melihat mana ads yang baik dan yang tak baik kami akan tutupkan.
Saya jalankan kesemua ini selama 5 hari dan saya maintain dengan 2 campaign dan 4 ads set. Tujuan TOFU adalah untuk mendapatkan data dari kesemua ads ini saya jalankan selama 3 minggu.
Kemudian saya ambil data yang saya perolehi dan saya membuat funnel BOFU dengan menggunakan lookalike dari website dan video yang saya gunakan.
Untuk membuat targetting di dalam funnel BOFU saya membuat custom audience dari semua video saya yang mempunyai 2K - 3K orang yang telah melihat 50% video saya ini.
Saya running kesemua iklan ini dan pada masa yang sama ada pertambahan kempen yang saya masukkan. Terutama di bahagian BOFU kerana saya membuat terlalu spesifik target dan mereka adalah hot audience yang patut saya tumpukan.
Saya tidak detailed teknik yang saya gunakan seperti melihat CTR, excluded/ included serta CPM dan lain-lain. Tapi saya rasa anda faham apa yang saya buat ini yek.
Ini adalah tekni biasa yang saya gunakan dalam semua iklan berbayar saya dan teknik ini adalah teknik yang saya ajar dalam Masterclass Shoppermaniac.
Dan biasanya ia takkan mengecewakan langsung. Kerana kekuatan teknik ini adalah targetting audience yang betul-betul spesifik.
Ini adalah jenis-jenis kempen yang saya jalankan. |
Saya masih kekalkan 2 kempen sahaja buat masa sekarang iaitu BOFU dan MOFU.
KOS PENGIKLANAN
Ianya kos tak tinggi kalau bandingkan dengan jumlah kempen yang saya jalankan tetapi dengan targetting audience yang saya mampu kumpulkan datanya. saya yakin boleh membuat jualan yang baik atau ROI 1 kali ganda pun cukuplah.
KEPUTUSAN FACEBOOK ADS
Hampir satu bulan saya membuat ikan ini dan keputusannya ialah ZERO SALES. Ianya amat mengejutkan saya kerana takkan tiada satu sales pun untuk Masterclass Shoppermaniac.
Dengan jumlah yang melihat iklan saya ini agak tinggi dan melalui data website yang menunjukkan ada yang klik ke website saya ini. Takkan tiada jualan.
Dahulu dengan jumlah yang kecil saya boleh mendapat pulangan yang agak bagus dan kali ini ianya tidak mengembirakan.
SEBENARNYA BANYAK SEBAB KEGAGALAN IKLAN INI:
Ramai yang akan mengatakan:
1. Landing pages yang buruk
Jika ada yang pergi landing pages anda tetapi tiada jualan bermakna landing pages anda memang buruk atau tidak menarik perhatian
.
Mungkin saya kena akui tetapi landing pages inilah saya gunakan untuk membuat jualan sebelum ini.
2. Data tak mencukupi
Mungkin data saya tidak mencukupi terutama saya menggunakan ads manager yang baru iaitu milik Hanif Idrus Blog bukannya ads manager yang biasa saya gunakan.
Untuk ads manager yang lama, saya telah mempunyai data yang cukup kuat. Sebab itu saya kumpulkan data dari broad audience untuk iklan kali ini. Kalau anda telah mempunyai data, sepatutnya warm audience itu ada di dalam funnel TOFU.
Ini terbukti menunjukkan untuk sebuah ads manager yang baru untuk mengumpul data ia akan memakan masa sebelum iklan anda benar-benar berjaya.
3. Facebook pages yang salah
Hati saya mengatakan kegagalan utama iklan saya ini ialah saya menggunakan Facebook Pages yang salah.
Saya menjual branding Shoppermaniac tetapi saya gunakan Hanif Idrus di facebook dan instagram. Dan apabila mereka klik ke pages Hanif Idrus memang tiada pun iklan pasal Membership Masterclass.
Untuk pengetahuan kegagalan seperti ini bukan sekali berlaku pada saya. Adakalanya apabila ADS manager kena banned, kita akan gunakan ads manager FB Pages lain dan kerap kali dapat keputusan sebegini.
Kali ini saya mempunyai sedikit modal, maka nak test hipotesis saya ini maka ianya benar belaka.
RANCANGAN AKAN DATANG ialah saya akan membuat Facebook pages Shoppermaniac dan lihat apakah impak dari iklan ini. Eksperimen ini belum selesai dan tanggungjawab saya untuk membuktikan pada anda bahawa nama Pages facebook amat penting.
Jangan ambil mudah benda-benda kecil sebegini. Mungkin landing pages anda teruk dan ditambah ads manager pun baru lagi. Kau tambahkan perit dengan sengaja mengguna Facebook Pages untuk kau iklan dengan pages yang salah!!!.
RUGI RM 700 BULAN INI ,....HUHUHU.
Tapi saya kekalkan 2 kempen untuk lihat perkembangan seterusnya.