THUMBNAIL YOU TUBE SANGAT PENTING - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

THUMBNAIL YOU TUBE SANGAT PENTING

THUMBNAIL YOU TUBE SANGAT PENTING

THUMBNAIL YOU TUBE SANGAT PENTING


Di You Tube terdapat satu istilah yang dipanggil thumbnail dimana anda meletakkan gambar permulaan pada setiap video anda.

Fungsi thumbnail ini ialah sebagai wall paper di You Tube video anda.  Lebih kurang macam tu ler.

Perlu diketahui semasa pengguna melihat You Tube, perkara pertama yang mereka akan lihat ialah thumbnail anda.

Bukannya tajuk You Tube tetapi thumbnail anda dahulu. 

Oleh itu ianya amat kritikal untuk memastikan thumbnail anda mempunyai hook yang baik serta menimbulkan rasa ingin tahu apabila melihat thumbnail anda.


Ciri- ciri Thumbnail yang baik:

KURANGKAN TEKS


Jangan tulis tajuk You Tube anda pada thumbnail.

Ianya seolah- olah anda copy paste dan apa perubahan yang boleh anda tunjukkan.

Seperti saya katakan pilih "hook" untuk penonton anda.

Penggunaan Teks tidak melebihi 20 patah perkataan dan gambar yang ditunjukkan mesti menjelaskan isi penting video anda.

WARNA LATAR BELAKANG THUMBNAIL


Pastikan warna yang dipilh adalah warna yang menarik perhatian.

Menurut kajian, warna yang sering menarik perhatian ialah kelabu atau warna strike.

Dan pastikan warna thumbnail kalau boleh jangan berubah- ubah. Jika anda guna warna kelabu, pastikan semua thumbnail anda yang lain warna kelabu untuk menunjukkan branding anda.


EKSPRESI YANG WOW

Ini yang agak susah dimana gambar harus menceritakan segalanya.

Dengan gambar sahaja, mereka tahu apa yang diceritakan oleh video anda.

Biasanya jika Channel anda melibatkan branding anda.

Sebaiknya gunakan wajah anda dengan pelbagai wajah ekspresi anda mengikut tajuk You Tube anda.


GUNAKAN APLIKASI


Untuk memudahkan anda membuat thumbnail gunakan aplikasi membantu anda.

Anda tidak perlu bermula dari scratch  kerana banyak aplikasi percuma yang boleh bantu anda.

Salah satu aplikasi yang saya gunakan ialah CANVA dimana ia mempunyai ratusan templates untuk anda gunakan membuat thumbnail yang baik.

Saya hanya memerlukan maksimum 10 minit membuat thumbnail yang baik.

Thumnail yang baik bukannua ayat hook..hehehehe.


KESIMPULAN

THUMBNAIL semmangnya merupakan unsur terpenting jika anda mempunyai You Tube Channel.

Kegagalan anda membuat thumbnail yang baik akan menyebabkan video anda mendapat view yang kurang dan zero.

Kerana perkara pertama yang dilihat oleh penonton adalah  thumbnail anda. Jika buruk mahukah anda klik video tersebut. 


Catat Ulasan