Berita baik dimana Shopee telah menambahkan Shipping Channel kepada Seller Shopee dari 2 channel kepada 3 Channel. WoW!! ini berita baik kepada semua Seller Shopee dan saya pun menumpang gembira atas pengumuman tersebut.
Masakan tidak, kini Seller Shopee mempunyai pilihan yang lebih luas kepada Shipping Channel.
Tujuan Shopee menambahkan Shipping Channel kepada Seller Shopee adalah kerana mereka ingin memudahkan semua seller menguruskan penghantaran produk mereka terutama jika berlaku peak time dan di harap dengan penambahan ini akan menambah kualiti dari segi penghantaran.
Semua Seller Shopee akan mendapat notifikasi pada 8 August dan berkuatkuasa pada 10 August ini. Maka saya pun melihat, apakah Shipping Channel yang akan saya perolehi dan agak terkejut kerana kurier pilihan yang diberikan oleh Shopee kepada saya ialah Shopee Express ( Self Collection).
Kelakar memikirkan bahawa penambahan kurier ini rupanya adalah kroni Shopee iaitu Shopee Express dan perasaan teruja tadi menjadi kaku semula,
Namun apa yang kita boleh buat kerana itulah tujuan Shopee untuk BOOST syarikat kurier mereka sendiri dengan memaksa anda menerima kurier pilihan mereka.
Ini semua adalah strategi perniagaan oleh Shopee dan saya rasa lama kelamaan semua Seller Shopee terpaksa menerima kurier Shopee Express sebagai kurier utama mereka.
Seperti saya katakan dahulu, kita hanya menumpang di Shopee untuk menjual produk kita. Suka tak suka kena ikuti peraturan dan perubahan mereka.
NAMUN Shopee ada memberitahu jika anda mahu tukar kepada kurier yang lain boleh menghantar borang pertukaran - KLIK SINI untuk tukar kurier.
Ada 3 lagi perubahan beasr Shopee pada bulan August ini selain Standard Shipping - KLIK SINI
.png)