2 JENIS COD YANG HARUS ANDA KENALI

2 JENIS COD YANG HARUS ANDA KENALI


COD atau cash on delivery merupakan salah satu teknik marketing yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.  Dan setiap marketing mempunyai pro dan kontranya. 

Saya kerap mengatakan pada seller Shopee jangan sertai COD ini kerana dalam jangka masa panjang ia akan menyusahkan anda - Baca artikel kami disini.


Namun ramai yang terpalit akan penyataan saya ini dan menganggap saya memperkecilkan COD yang telah lama mereka jalankan  ini.


Untuk pengetahuan COD ini terbahagi kepada 2 jenis dan  jenis yang kedua adalah jenis COD yang sya langsung tidak sokong untuk anda lakukan. 



JENIS PERTAMA : COD OLEH SELLER


Ini adalah COD yang tertua dan paling awal dijalankan di Malaysia khususnya. Format COD jenis ini adalah COD yang memerlukan seller sendiri yang menghantar produk tersebut .


Komunikasi  COD jenis ini pembelian melalui what apps dan setelah buyer setuju dengan harga tersebut maka seller akan menghantar produknya. Kaedah ini paling mudah dan seller hanya memerlukan kenderaan sahaja.


Biasanya kawasan COD jenis ini terletak di dalam satu daerah sahaja dan kadangkala satu negeri sahaja. Ia tak akan melangkau jauh dari daerah atau negeri. Kalau saya nak katakan negeri pun tak sesuai.


Jika negeri Pahang, kemetut seller nak cover satu negeri Pahang. Kecualilah kalau di Perlis atau Melaka dimana daerahnya kecil sahaja dan anda boleh menjual di lain daerah lain.


Jenis produk COD ini ialah produk makanan seperti kek, kerepek, popcorn dan sebagainya. Dimana jangka hayat produk ini tidak membolehkan anda menjual dari luar Melaka. Industri makanan jenis ini adalah paling tinggi menggunakan kaedah COD.


COD jenis yang pertama ini saya langsung tidak menentang kerana untuk saya COD jenis ini adalah anda terpaksa atau boleh  membuat jualan secara COD kerana produk anda tidak tahan lama dan harus dihantar secepat mungkin mengikut jadual pelanggan anda. Tiada masalah kalau anda buat COD.


Tempahan COD jenis pertama ini biasanya "firm" order dimana kalau mereka order kek sebagai contohnya, sudah pasti itu kek tersebut dibuat untuk sambutan istimewa. Pembataalan saat akhir amat-amat kurang .


Engagement merupakan kekuatan paling tinggi sekali dan biasanya buyer ini akan menjadi repeat customer anda. Dari segi psikologi sudah tentu kepercayaan telah ujud. 


Kenapa mereka membuat tempahan melalui COD salah satu sebab ialah mereka tidak percaya dengan anda dan produk anda. Boleh sahaja mereka membayar melalui bank in tetapi apabila mereka selesai what apps dengan anda. Pembayaran dilakukan melalui COD.


Dan melalui sua muka SELLER dan PEMBELI maka akan ujudlah sessi pengenalan dan sudah tentu anda sebagai seller boleh menerangkan dengan lengkap kekuatan produk kek anda. 


Kelemahan ialah anda perlu mempunyai kenderaan untuk menghantar produk tersebut. Namanya COD iaitu Cash On Delivery lalu macam mana nak delivery kalau tiada kenderaan kan.



JENIS KEDUA : COD MELALUI KURIER 


Format COD jenis kedua ini ialah menjual produk anda menggunakan sistem pembayaran on line yang mempunyai opsyen COD atau what apps  dimana syarikat kurier menyediakan penghantaran melalui COD.


Komunikasi berdasarkan sales pages anda dimana produk ditunjukkan melalui video atau visual. Sales Pages anda samada anda menggunakan website atau sosial media melalui iklan berbayar atau tarikan organik. 


Saya ada katakan pembayaran melalui what apps masih dilakukan dimana link anda dibawa ke what apss atau messenger di sales pages atau sosial media anda.


Kawasan jualan tidak terhad dan khususnya jika anda duduk di Malaysia maka kawasan anda di Malaysia ler dengan jumlan target demografi puluhan juta orang.


Jenis produk ialah semua produk yang boleh dijual seperti alat kecantikan hingga automasi dan segalanya.


Engagement anda ialah pihak kurier akan menghantar produk tersebut ke pembeli anda dan kemudian pihak kurier akan mengutip bayaran tersebut bagi pihak anda.


Kenapa mereka membuat tempahan melalui COD salah satu sebab ialah mereka tidak percaya dengan anda dan produk anda. Boleh sahaja mereka membayar melalui bank in semasa mereka klik check out tapi mereka pembayaran dilakukan melalui COD.


Pembeli seperti ini biasanya akan membuat pembayaran. Mereka mahukan produk tersebut cuma selesa dengan sistem COD.


MASALAHnya ialah pembeli yang masih teragak-agak mahukan produk anda tetapi telah check out dengan menekan butang COD. Dalam masa 2 hari mereka berubah fikiran dan tidak jadi membeli produk anda.


MASALAH kedua ialah pada masa mereka menekan butang check out memang mereka nak beli tetapi dalam masa 2 hari itu kereta mereka rosak dan terpaksa gunakan budget produk COD mereka untuk baiki kereta mereka. Akhirnya produk anda akan dipulangkan.


MASALAH ketiga tangan "najis" iaitu suka menekan butang COD untuk suka-suka dan apabila produk sampai mereka tak jadi membelinya. Pembeli macam ini memang patut anda rendamkan dalam kolam jer..


MASALAH keempat ialah pembeli remaja yang telah menekan butang COD dan apabila produ sampai yag kena bayar ialah ibubapa mereka bukan mereka. Kalau jenis ibu bapa yang sporting mereka akan membayar. Tapi jenis ibu bapa yang tegas, mereka akan menolak produk tersebut dari membuat pembayaran.


MASALAH kelima ialah pembeli yang memang nak membeli produk anda dan menekan butang COD. Tiba-tiba pembeli mendapat berita harus pergi outstation atau mak mentua sakit harus balik kampung. Maka mereka tak akan dapat membayar produk tersebut jika produk tersebut sampai di rumah mereka.


Seller jenis ini yang saya tak galakkan anda membuat pembayaran opsyen melalui COD. Kerana risikonya adalah tinggi sangat dan membebankan anda dalam masa jangka panjang.


KESIMPULAN COD

COD terdiri dari 2 jenis dan jenis menggunakan kurier ini amat saya tak galakkan. Ramai yang boleh mempertikaikan pendapat saya ini.


Pada dasarnya sistem COD ini boleh meningkatkan sales anda dengan drastik kerana sebagai pembeli anda akan rasa selamat jika menggunakan sistem COD ini.


Kalau anda tanya saya, mana saya pilih kalau nak membeli produk. Saya tetap akan katakan pembayaran tunai melalui online kerana saya jarang ada rumah dan siapa nak ambil produk COD yang saya beli nanti. 


Saya adalah jenis pembeli jika beli COD tetapi jarang ada rumah ataui tiba-tiba ada urusan luar. Tak sesuai memakai pembayaran jenis COD.


Walau bagaimana pun terpulang pada anda sebagai seller mana yang terbaik.


Jangan nanti bila banyak produk anda dipulangkan, anda naik angin buat live kat sosial media maki-maki pembeli anda yang tak bertanggungjawab. Padahal anda yang buat opsyen COD ini dan anda tahu kesannya.

Lalu buat apa nak memekak.. 









Catat Ulasan