KEBAIKAN DAN KELEMAHAN COD (Cash On Delivery)

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN COD (Cash On Delivery)

KENAPA COD TIDAK SESUAI KEPADA SELLER GUNA KURIER

Mendengar keluhan daripada seller-seller di Tik Tok apabila produk mereka dipulangkan semula oleh pembeli disebabkan tiada rumah, balik rumah mak mentua atau tiada duit. Ini semua gara-gara seller yang meyertai teknik penjualan COD atau Cash On Delivery atau bahasa melayu Pembayaran Tunai Semasa Penghantaran.


APA ITU COD


Cash on delivery (COD) adalah sebuah sistem pembayaran yang dilakukan seseorang dalam bertransaksi antara penjual dan pembeli di suatu tempat, dan waktu yang sebelumnya sudah dipersetujui.

Sejarah COD pertama kali diperkenalkan di Swiss pada tahun 1849, India dan Australia pada tahun 1877, Amerika Syarikat pada tahun 1913, dan Inggeris pada tahun 1926.

Perkembangan zaman telah membuat arti COD berubah semakin luas. Saat ini, pengertian COD adalah metod pembayaran jual beli secara online.


COD Di Malaysia

Di Malaysia COD bermula dengan peniaga on line kecil-kecilan di daerah mereka dimana berurusan melalui what apps atau panggilan telepon.

COD yang popular di kalangan peniaga kecil-kecilan di Malaysia ketika itu ialah perniagaan membuat kek. Dimana peniaga menghantar kek ke rumah anda dan anda membayar kepada peniaga tersebut.

Kemudian syarikat besar seperti KFC / Mc Donald mula membuat penghantaran COD jika ada pembelian melalui laman web mereka. Pendek kata di Malaysia jika anda berniaga industri makanan, maka wajib membuat COD.

Pembelian secara mula COD berkembang luas semasa pandemik Covid-19 dan salah satu syarikat yang memulakannya ialah GRAB FOOD atau FOOD PANDA. 

Pada tahun lalu iaitu 2022 perkembangan COD tidak lagi berkisar tentang industri makanan  dimana marketplace mula memberikan perkhidmatan COD kepada seller mereka dan sekaligus mengembangkan COD yang khusus kepada makanan ke semua aspek barangan.

Bukan tiada COD selain makanan tetapi tidak banyak. Dan setahu sayam syarikat kurier yang memberi perkhidmatan COD ini dahulu hanyalah Ninja Van sahaja.

Dan apabila Shopee mula memperkenalkan COD maka semua kurier mula menerima COD sebagai salah satu bentuk kos pembayaran shipping


COD Wajib Dilaksanakan


KENAPA COD TIDAK SESUAI KEPADA SELLER GUNA KURIER


Sudah tentu tidak. Anda mempunyai opsyen untuk "enable" COD atau tidak di Shopee. Malah disemua marketplace yang lain jug amempunyai opsyen untuk anda enable atau todak COD ini.

Ini bermakna terpulang pada anda dan jika anda yakin dengan COD maka anda boleh enable kan fungsi ini dan pembeli anda boleh memilih samada COD atau pun tidak. 

Klik sini untuk  polisi Shopee "How to pay COD Shopee”.

Jika ada masalah andalah yang harus dipersalahkan bukan pihak Shopee atau pembeli itu sendiri. 
Anda tentu kata, saya dah kekalkan dengan fikiran bahawa COD ini tidak bagus  untuk seller..hahaha.

Mari kita lihat kebaikan COD


KEBAIKAN COD

1.Jika seller menghantar produk sendiri .


Jika anda membuat penghantaran COD sendiri seperti yang saya katakan dimana anda menghantar produk anda sendiri ke pelanggan.

Itu saya setuju kerana anda menghantar produk sendiri kepada pelanggan dan ini bermakna anda bileh meningkatkan engagement yang baik dengan pelanggan anda.

Malah urusan pembayaran dan kualiti produk boleh disahkan oleh pihak pertama bukan pihak lain maka jualan akan lebih mudah diuruskan.


2. Keyakinan pembeli 


Pembeli akan lebih yakin dengan produk anda kerana motto bisnis anda  "barang sampai baru bayar". Dimana potensi untuk pembeli di tipu oleh seller adalah kosong.

3. Produk Yang berkualiti 


Pembeli juga dapat memeriksa produk tersebut dari segi kualiti yang digebar gembur oleh seller. Dimana pembeli jika berpuas dengan kualiti produk serta penfhantaran produk oleh syarikat kurier, sudah tentu pembeli akan membayar harga barangan tersebut.

4. Check Balance Syarikat Kurier


Pembeli dan Penjual dapat memeriksa perkhidmatan syarikat kurier jika mereka hantar mengguna COD. Dimana penghantar kurier harus berdepan dengan pembeli dan menyerahkan pada pembeli dan pembeli bileh memeriksa barangan yang di hantar oleh syarikat dalam keadaan baik.

Jika tidak mereka boleh menolak pembayaran tersebut dan mengadu pada penjual dengan bukti gambar. Dan pemjual boleh menuntut gantirugi kepada syarikat kurier.

Jika anda beli secara on line, adakalanya anda tidak pernah pun melihat penghantar kurier tersebut. Barangan anda diletakkan di dalam pagar rumah dan bila ada periksa rupanya packaging rosak. Pembeli pasti akan membuat refund dengan pemjual bukan pembeli.

KENAPA COD TIDAK SESUAI KEPADA SELLER GUNA KURIER


KEBURUKAN COD


1. Barang Dipulangkan kepada penjual 


Ini yang paling sedih dan paling menyakitkan hati dalam sejarah jualan sebagai COD. Jika barangan tersebut dipulangkan kerana kuantiti yang kurang atau isu kualiti atau isu packaging. Itu adalah salah pembeli dan kurier.

Tetapi barang dipulangkan kerana pembeli tak cukup wang atau pembeli tiada dirumah. Dan pelbagai alasan lain yang diberikan.

Jika anda membuat jualan COD di Shopee, setiap pemulangan produk akan ditanggung oleh Shopee maka anda tidak rugi tetapi anda mengalami kerugian dari segi pembungkusan produk dan masa anda.


Dapatkan maklumat lanjut COD inisiatif oleh Shopee: KLIK SINI 


2. Jualan Yang Tidak Pasti 


Dan untuk pengetahuan saya tidak pernah enable COD kerana COD ini untuk saya agak menyusahkan dan paling penting ianya jualan yang belum pasti hingga sampai ke pintu rumah pembeli anda.


Jualan melalui COD untuk saya amat bahaya dimana pembeli anda bila-bila amsa boleh berubah fikiran  atau pemebli tersebut membeli tanpa pengetahuan ibu bapa atau suami atau isteri. 

Kena bebel dan apabila barangan sampai terpaksa "rejectkan" kerana telah dimarahi oleh ibu bapa atau suami atau isteri. 

Jika mereka beli secara online, ini adalah jualan yang pasti, jika pembeli berubah fikiran pun anda tetap akan mendapat wang dari jualan tersebut.


KESIMPULAN COD

COD adalah satu pemasaran yang sedang meningkat di Malaysia dan kita kena akui COD menjana sales yang lebih tinggi dan membina kepercayaan pembeli.

Namun ia datang dengan tekanan yang harus anda hadapi jika produk anda dipulangkan. Jika tiap-tiap minggu produk kena pulang, adakah anda sanggup bertahan? 

DI ATAS INI ADALAH LAMPIRAN BUKTI KELUHAN TIK TOK SELLER GUNA COD.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama