Baru-baru ini aku melihat kejatuhan pageview yang amat teruk pada blog ini. Dimana dilihat bermula pada awal bulan April kejatuhan pageview amat ketara dan pada pendapat aku ialah perubahan dalam Google Core yang berlaku pada algoritma Google bulan March yang lalu.
Pada masa yang sama, aku melihat jumlah konten yang diindek mendadak jatuh dari 190 konten ke 10 konten sahaja pada bulan Jun ini.
Aku tertanya kenapa ini berlaku.
Buat URL Inspection
Rupanya ia bukan masalah dari Google kerana semasa aku nak indekkan salah satu konten terbaru aku. Keluar reminder ini iaitu "Indexing Request Rejected". Lalu aku mencuba satu lagi URL lain dan keluar perkara yang sama dan ia tulis disebabkan Robot.TXT no index.
Custom robot tags for post and pages
Lalu aku dah tahu ini bukan Google problem tetapi setting aku yang salah dan akhirnya aku telah menjumpai setting yang salah. Dimana aku enablekan semua "Custom robot tags for post and pages",. Dan ni menyebabkan semua post aku dianggap tidak perlu dindeks oleh Google.
Bila aku untick enable dan cuba kembali URL Inspection, boleh dindeks semua post aku.
Kesimpulan.
Inilah kesilapan terbodoh aku dimana aku mempunyai lebih 1000 post tetapi Google check aku hanya ada 246 post dan hanya 10 di indeks dan kalau aku tak perasan. Sudah tentu post aku yang akan di indeks adalah kosong!!!