Saya telah lama dalam dunia bisnis ini dan kadangkala anda akan menghadap manusia toksik yang sengaja membuat anda marah dan mereka akan provok anda.
Artikel ini bertujuan untuk saya kongsikan pada anda yang baru berkecimpung dalam bisnis online, anda akan temui manusia sebegini dan ada yang lebih teruk.
REALITI SEBENAR
Manusia sebegini mereka ingat mereka hebat tetapi anda periksa profil mereka dengan hanya 66 follower dan buat konten pun 2 minggu sekali dan kemudian buat facebook group dengan harapan menjadi sebuah facebook group teramai follower. Akhirnya boleh menjual perkhidmatan dan produk dia.
Masalahnya ilmu masih tiada dan terkejar-kejar mencari ilmu dan apabila ada pihak yang menjual produk yang melibatkan minat mereka tetapi kena bayar mulalah mengutuk kenapa nak menjual ilmu.
Padahal ilmu yang kita kongsi hanya RM30 sahaja. Kalau makan kat kedai makan pun berdua lagi mahal dengan harga modul kami ini. Dan jika ia mampu, maka ia akan beli tetapi dia tak mampukan..hehehehhe.
Saya sendiri secara peribadi telah menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk mempelajari ilmu yang saya tidak tahu dan adakala apa yang kita beli itu mencakupi hanya 20% ilmu yang kita kehendaki.
Orang sebegini juga hanya berkata dengan otak kosong. Jika beliau klik pada sales pages saya, saya da berikan survey untuk mereka jawab tentang kemahiran mereka tentang Shopee amnya. Dan rasanya beliau hanya tahu mengutuk.
Yang saya tak faham, kenapa perlu buat statement sedemikian padahal beliau juga berniaga di Shopee. Sekadar baca dan jika tak minat, sudah ler. Dan jika ada soalan ilmiah boleh tanya sahaja di komen.
BAGAIMANA HENDAK HADAPI
Saya dah jumpa ramai orang sebegini yang kita panggil " baby" dalam dunia online. Dan mereka adalah virus dalam bisnis kita.
Jika kita melawan atau secara tak langsung ia akan memburukkan nama anda kerana anda menggunakan paltform bisnis anda. Sebagai bisnis owner kita harus memastikan setiap platform kita bersih daripada sikap kita bukan sikap pengomen.
Untuk saya, kita biarkan sahaja dan kemudian "hide" komen tersebut. Tak valid nak lawan mereka dan tumpukan pada customer lain. Dia hanya seorang dan tidak mewakili komuniti yang lain.
Itulah cara terbaik dan kalau mereka kacau lagi buat repot pada platform dan suruh blocked pengguna ini.
CAKAP MEMANG MUDAH kerana apabila anda membaca kutukan mereka. Sudah pasti hati akan panas tetapi anda kena ingat jika anda luahkan kemarahan anda maka ia akan berpanjangan dan impak emosi dan bisnis anda nanti. Ini adalah sesuatu ilmu yang anda sedikit demi sedikit akan belajar dalam jangkamasa panjang.
Sama seperti mamat yang kutuk saya tu. Dia pun baru lagi dalam dunia bisnis online dan saya yakin dia budak baru nak up. Lama kelamaan dia akan sedar sikap beliau akan menyebabkan beliau bermasalah.