BILA ANDA HARUS NAIKKAN BID SHOPEE - BLOG SHOPPERMANIAC

BILA ANDA HARUS NAIKKAN BID SHOPEE

Saya membuat satu soalan daripada rakan Shopee bertanya bila masanya untuk anda meningkatkan bid Shopee anda.

BILA ANDA HARUS NAIKKAN BID SHOPEE

Saya membuat satu soalan daripada rakan Shopee bertanya bila masanya untuk anda meningkatkan bid Shopee anda.

Pada teorinya anda akan meningkatkan jumlah bid anda jika perklik pada iklan anda rendah. Ini disebabkan jumlah bid anda terlalu rendah berbanding dengan pengiklan yang lain dan untuk mengatasinya anda harus meningkatkan bid iklan Shopee anda.

Ramai yang salah faham tentang maksud yang saya berikan kerana terdapat beberapa faktor yang anda harus ambil kira sebelum membuat tindakan ini.

NAMUN sebelum anda membuat tindakan pertama ini, apa yang anda harus anda dapatkan ialah :

Shopee Ads kena Sistem Lock Sales

MENGANALISA DATA

Data..data..adalah perkara utama yang harus anda lihat untuk melihat prestasi iklan Shopee anda.  Anda sudah tahu perklik anda rendah dan data yang pertama yang harus anda lihat ialah impression anda.

Jika impression tinggi tetapi klik anda rendah ini bermakna kata kunci anda salah disebabkan produk anda yang target kepada buyer dengan kata kunci itu sendiri.

JIka impression anda rendah ini bermakna BID pada produk anda rendah atau jumlah kata kunci anda kurang atau setting kata kunci anda salah.


BILA ANDA HARUS NAIKKAN BID SHOPEE


BILA ANDA HARUS NAIKKAN BID SHOPEE
Penerangan lengkap ialah jumlah impression ialah berapa kali produk anda di tunjukkan kepada pembeli potensi dan melalui jumlah impression anda kena lihat tinggi atau rendah. Dari situ anda akan melihat berapa banyak klik dari keseluruhan impression.

Namun Shopee Ads telah memudahkan analisa anda dengan melihat jumlah CTR iaitu perbandingan antara impression dengan Click anda. Pada teorinya jika CTR anda 2% ke atas maka iklan anda masih boleh diteruskan lagi. Terbaik ialah 5% tapi jarang-jarang kita perolehi peratusan ini.

Jika kurang dari 2% maka iklan anda tidak menjadi dan anda harus menutup atau mengubah setting iklan anda.

Untuk meningkatkan bid boleh dilakukan jika peratusan CTR anda 2% tetapi tiada jualan. Mungkin jumlah impression anda rendah dan anda mahu meningkatkan jumlah impression anda maka anda boleh meningkatkan jumlah BID anda. 

Teorinya ialah dengan jumlah bid yang lebih tinggi, potensi untuk produk anda ditonjolkan lebih ramai pelanggan adalah lebih tinggi dan potensi jumlah klik akan lebih tinggi dan CTR akan menjadi lebih tinggi.

Untuk meningkatkan jumlah bid, analisa data harus dilihat dari jumlah impression, click dan CTR. Dan analisa ini harus berterusan sehingga anda mendapat CTR yang baik.


BID VS DENGAN MARGIN UNTUNG 

Meningkatkan jumlah bid memang pasti akan meningkatkan impression dan click tetapi pada masa yang sama ia berkait dengan margin untung anda. 

Katakan anda meningkat jumlah bid anda RM0.30 perklik tetapi margin untung anda untuk per-produk ialah RM0.80. Adakah ia menguntungkan dan ianya bergantung pada ROAS anda.

Bagaimana anda hendak ketahui dengan jumlah bid yang anda lakukan dan berapa ROAS yang patut anda perolehi supaya tidak rugi. Perlu diingat, pengiraan Shopee berdasarkan harga jualan bukan harga kos. Dan ia juga tidak tolak kos untuk komisen dan transaksi fee yang harus anda masukkan sebagai  kos.

Saya tidak akan terangkan dengan lebih lanjut kerana saya ada membuat pengiraan ROAS mengguna Shopee Ads DISINI

Dari pengiraan ini anda ketahui jumlah minimum ROAS anda harus perolehi dengan bid yag anda lakukan adakah ia menguntungkan.

Pendek kata jumlah bid yang hendak ditingkatkan harus melihat juga jumlah margin untung anda. JIka anda naikkan jumlah bid dan mendapat jualan ROAS 5 kali tetapi pada dasarnya untuk menjana keuntungan anda memerlukan ROAS 10 kali.


KESIMPULAN yang anda perolehi ialah untuk meningkatkan jumlah bid bergantung pada analisa data anda.  

  • Berapa maksimum anda boleh naikkan Bid vs dengan ROAS. 
  • Adakah jika saya tingkatbid ia akan meningkatkan impression.
  • Adakah peningkatan bid yang meningkatkan impression akan meningkatkan Click.
  • Peningkatan Click adakah akan meningkat CTR.
  • Melalui peningkatan CTR berapa peratusan jualan yang akan berlaku.
  • Peratusan jualan yang berlaku adakah akan mencapai ROAS target supaya saya tidak rugi.

Dari data di atas anda juga boleh melihat status produk yang anda buat Shopee Ads selain keputusan meningkatkan bid ialah :

  1. Anda menggunakan kata kunci yang salah 
  2. Produk tersebut tiada lagi permintaan.
  3. Produk ini tidak sesuai buat Ads disebabkan margin untung terlalu rendah
  4. Produk listing anda tidak menarik 
  5. Harga anda tidak kompetatif

Saya tahu anda pening membaca artikel ini kerana ia penuh dengan teknikal. Tetapi jika anda membuat shopee ads dan memahami setiap item analisa data di Shopee Ads, saya pasti anda akan memahaminya. 

Untuk mahir dalam Shopee Ads ini memerlukan latihan  dan eksperimen serta data analisa. Buat permulaan anda akan rugi kerana anda masih belajar lagi dan seperti saya katakan ianya satu proses pembelajaran dan lama anda akan mahir akhirnya.


Catat Ulasan