Jumlah ROAS Shopee Ads JIka Menggunakan Save Value - BLOG SHOPPERMANIAC

Jumlah ROAS Shopee Ads JIka Menggunakan Save Value

Inilah cara pengiraan ROAS untuk Shopee Ads

 

Jumlah ROAS Shopee Ads JIka Menggunakan Save Value

Bagaimana adna hendak ketahui iklan yang anda buat di Shopee sebagai dropship Save Value meguntungkan anda. Ini kerana Shopee tidak memberikan kiraan untuk jumlah kos dalam Shopee Ads mereka dan lagipun jumlah produk yang anda jual di Shopee dengan pelbagai harga.

Sebenarnya ia aga mudah dengan memahami breakeven ROAS anda.


Jumlah ROAS Shopee Ads JIka Menggunakan Save Value

Katakan pada iklan Shopee Ads anda ialah anda mendapat jualan RM12.25 dengan iklan RM4.61. Jumlah nilai ROAS anda ialah 2.66.

Pada mata kasar ianya nampak besar iaitu 2  kali ganda jualan dengan harga produk. Tetapi apa kita mahu ialah berapa keuntungan sebenar dengan harga kos.


Sebelum itu bagaimana anda hendak membuat pengiraan ini ialah memahami apa itu Breakeven ROAS anda.

Jumlah ROAS Shopee Ads JIka Menggunakan Save Value

Ini adalah pengiraan mudah dimana untuk produk berharga RM10 dengan harga kos 8 maka untung bersih anda ialah RM2.

Maka untuj memastikan iklan anda menguntungkan maka nilai ROAS anda harus 5 keatas  ( Harga Jualan / Gross Profit) 

Anda mempunyai 2 pilihan iaitu melihat satu persatu jumlah produk yang dijual dan bahagikan kos. Tetapi dengan produk yang beratus-ratus dari Save Value adalah amat sukar untuk anda membuat breakeven ROAS ini.

Jumlah ROAS Shopee Ads JIka Menggunakan Save Value
Pada My Store Save Value anda dapat melihat rata-rata untung bersih menjual menggunakan Save Value adalah dalam 20% - 25%. Dan pastikan anda telah menolak caj wajib Shopee.


Jumlah ROAS Shopee Ads JIka Menggunakan Save Value

Katakan anda mengambil produk diatas dengan nilai keuntungan 20% . Harga kos ialah RM47.90 dan harga jualan ialah RM59.90. Dan kemudian anda membuat marketing memberi baucer 2% dan caj wajib Shopee untuk komisen 7% dan caj transaksi 2.12%.

Jumlah ROAS Shopee Ads JIka Menggunakan Save Value

Jumlah ROAS Shopee Ads JIka Menggunakan Save Value

Menggunakan Shopee Kalkulator kami, jumlah bersih keuntungan anda ialah RM6.52


Jumlah ROAS Shopee Ads JIka Menggunakan Save Value

Jika anda membuat pengiraan secara terus tanpa menolak kos lain maka ROAS anda harus melebihi 4.99 setiap kali membuat iklan Shopee Ads.


TETAPI 

Junlah kos anda sebenarnya adalah lebih besar dimana keuntungan anda ialah RM6.52 maka saya membuat sedikit perubahan dalam kiraan ini dengan menambah jumlah lain-lain,

Jumlah ROAS Shopee Ads JIka Menggunakan Save Value

Disebabkan pengiraan ialah Harga Jualan /Gross Profit maka saya hanya perlu meletakkan terus gross profit dari Shopee Kalkulator ke ruang tersebut. Dan Harga Kos saya membuat formula. Senang jer..

ROAS yang sepatutnya anda harus dapat jika menjalankan Shopee Ads dengan keuntungan 20% ialah 9.99 atau 10 keatas


Ini adalah kiraan untuk satu produk sahaja tetapi bagaimana anda hendak membuat pengiraan purata untuk semua produk Save Value berapa ROAS yang anda harus dapat jika menjual produk Save Value ini.

Jumlah ROAS Shopee Ads JIka Menggunakan Save Value

Saya membuat berpuluh pengiraan semua produk Save Value dan nilai ROAS yang selamat untuk produk Save Value menggunakan Shopee Ads ialah 10 dengan teori:

  • Margin untung : 20% 
  • Caj komisen : 7% 
  • Caj transaksi 2.12% 
  • Baucer : 2% 


Saya boleh membuat angaran 9 - 10 keatas ROAS Shopee Ads  maka anda akan menjana keuntungan, Malah anda sebenarnya boleh menjana lebih untung kerana ROAS yang saya buat ini adalah 20% bukan 25% tetapi lagi baik ambil paling rendah untuk memastikan anda tetap ada keuntungan.


Kesimpulan

Inilah cara pengiraan ROAS untuk Shopee Ads yang boleh anda gunakan untuk memastikan iklan anda sentiasa untung bukannya rugi.  Kesimpulannya iklan Shopee Ads di atas tadi adalah rugi!!!

Catat Ulasan