Sebagai blogger apakah tekanan paling hebat untuk anda dan jika anda merancang menjana pendapatan sebagai blogger, anda wajib ketahui bahawa semua blogger akan alami tekanan ini dan adakah anda sudah bersiap sedia!!
Pertama yang anda akan berfikir adakah berbaloi segala usaha yang anda curahkan pada blog anda dengan peluh dan burn out memebri pulangan yang setrimpal.
Kedua anda akan berfikir adakah anda mampu mencapai Impian anda sebagai blogger atau wajar anda tutup buku sahaja?
Kenapa anda berfikir demikan dan apakah tekanan yang sering di alami oleh blogger.
KONTEN YANG KONSISTEN
Tekanan pertama apabila anda memulakan sebuah blog ialah membuat konten yang konsisten. Terutama untuk blogger baru dimana anda harus membuat konten setiap hari dan menurut kajian oleh pakar SEO. Jumlah konten yang anda perlu anda untuk mempercepatkan laman web and keluar dari sandbox serta diindek oleh Google ialah 200 post dalam masa 3 bulan.
Tekanan bermula selepas anda membuat 50 post terawal dan kemudian anda mula burnout kerana tiada idea membuat konten dan apatah lagi jika niche anda terlalu spesifik.Namun anda bernasib baik kerana AI telah ujud pada zaman anda dan anda menggunakan AI membantu anda membuat konten. Tugas anda ialah memperkemaskan konten yang dibuat oleh AI dan pastikan konten anda berstruktur baik.
Namun anda msih mempunyai dateline yang harus anda lakukan iaitu mendapatkan 200 post dalam masa 3 bulan dan sudah tentu anda akan menghabiskan masa membuat konten selama 1-2 jam setiap hari walaupun dibantu oleh AI. Anda harus korbankan masa anda setiap hari selama 2 jam dan menyusun jadual baru anda ini.
Biasanya dalam konten yang ke 100 ramai blogger telah kecundang dan meninggalkan laman web mereka kerana disebabkan tekanan kedua ini .
6 CARA PENULISAN SEBAGAI BLOGGER
TIADA PAGEVIEW
Tekanan kedua yang akan anda alami ialah pageview atau jumlah pengunjung ke laman web anda statik. Dimana setelah 3 bulan anda berusaha keras mendisiplinkan diri anda membuat konten tetapi pageview yang anda terima selepas 3 bulan statik dengan jumlah 50 pageview sehari. Itu pun paling maksimum.
Walau pun anda akui telah membina 200 konten yang berkualiti tetapi dengan penambahan konten masih tidak mampu lagi meningkatkan jumlah pageview blog anda.
Usaha anda selama 3 bulan memerah tenaga membuat konten setiap hari dalam anggaran 2 atau 3 konten sehari terasa sia-sia sahaja.
Belum lagi usaha lain yang telah anda lakukan seperti membuat analisa kata kunci dan malah anda telah membeli lifetime Uber Suggest untuk tujuan ini. Agar ia permudahkan kerja anda dalam mengaudit laman web anda. Kekecewaan pertama inilah yang membantutkan anda meneruskan Impian anda menjadi seorang blogger.
Inilah tekanan mental awal yang akan anda hadapi sebagai pemula blogger dan 3 bulan – 6 bulan pertama adalah benar-benar mencabar jiwa anda. Apa yang selalu saya lakukan untuk atasi masalah ini.
Blogging is branding.
Tujuan anda membuat blogging bukan sahaja mahukan trafik organik tetapi pada masa yang sama anda mahu mengukuhkan branding Syarikat anda. Selagi anda sebagai bisnis owner dan menjual produk samada fizikal atau digital anda tetap perlu membuat iklan berbayar samada kedai anda di Shopee atau anda mempunyai landing pages sendiri atau melalui what apps. Dan blog yang anda bina itu adalah justifikasi kepada pelanggan anda bahawa anda bukan scammer.
Dan melalui blog atau konten yang anda lakukan, untuk pembeli potensi yang cerewet mereka akan menkaji produk anda dan sudah tentu untuk membuktikan anda ini valid, Anda memerlukan sebuah laman web yang menjelaskan About Us, Contactdan Privacy and Policy Syarikat anda yang hanya boleh dilakukan dengan website sahaja.
MEMANG konten dan pageview adalah end target anda tetapi.........
Nasihat saya ialah buat kemampuan anda. Mungkin anda tidak mampu membuat konten setiap hari anda boleh sahaja membuat satu konten setiap minggu. Konten masih lagi merupakan kunci utama dalam blogging dan seminggu sekali terutama untuk blogger baru adalah paling maksima.
MAHU BELAJAR MEMBINA WEBSITE
DAPATKAN SEKARANG
Menjadi seorang blogger sering kali menimbulkan tekanan mental yang tidak diingini. Tekanan pertama adalah mencipta kandungan yang konsisten. Untuk mempercepatkan laman web keluar dari sandbox Google, blogger baru disarankan membuat 200 post dalam 3 bulan. Ini boleh menyebabkan keletihan dan burnout, terutama setelah menulis 50 post pertama tanpa hasil yang memuaskan.
Tekanan kedua adalah jumlah pageview yang statik. Walaupun sudah berusaha keras mencipta kandungan berkualiti, pageview mungkin tetap rendah. Ini boleh membuatkan usaha 3 bulan terasa sia-sia, membantutkan semangat untuk terus menulis.
Untuk mengatasi tekanan ini, ingatlah tujuan utama blogging, bukan hanya untuk trafik organik, tetapi juga untuk mengukuhkan branding syarikat. Buat konten yang sesuai dengan kemampuan anda. Jika tidak mampu menulis setiap hari, mulakan dengan satu konten seminggu. Ini masih merupakan langkah penting untuk mencapai impian sebagai blogger yang berjaya.



