Salah satu kemahiran dalam berblogging sudah tentu anda mesti mempunyai kemahiran menulis. Jika tak tahu menulis atau bekarya maka sukar untuk anda merealisasikan Impian anda hendak menjadi menjadi seorang blogger. Dan juga permulaan utama dalam bidang blogging ini ialah menulis dahulu dan kemudian baru pelajari SEO,
Dalam MasterClass Blogging Shoppermaniac kami, pengkhususan kami ialah memberi anda membuat konten yang berkualiti mengikut kehendak Google. Terdapat pelbagai teknik yang kami akan berikan bagaimana untuk memepercepatkan konten anda cepat diindeks oleh Google. Disini kami akan kongsikan asas untuk anda kukuhkan ilmu menulis anda.
Namun saya ingin jelaskan, setiap perkara yang anda lakukan haruslah bermula dengan langkah yang pertama. Dan biasanya langkah yang pertama hingga beberapa langkah yang lain, hasilnya tidak memuaskan atau menegcewakan.
Inilah proses yang harus dilalui oleh semua manusia jika mahu mahirkan diri anda dalam sesuatu bidang termasuk penulisan. Saya nasihatkan don’t give up and keep push urself.
Untuk menajamkan kemampuan menulis Anda, berikut adalah beberapa tips yang dapat anda cuba:
1. Menulis Setiap Hari:
Praktis membuat sempurna. Cobalah untuk menulis setiap hari, bahkan jika hanya beberapa paragraf. Dalam langkah pertama ini untuk anda membuat sebuah konten anda mungkin akan mengambil amsa 3- 4 hari kerana anda menghadapi masalah menyusun dan membina ayat.
2. Baca Banyak Dan Pilih Niche Kemahiran Anda.
Membaca buku, artikel, dan blog akan membantu Anda memahami berbagai gaya penulisan dan memperkaya kosa kata Anda.Dan untuk saya untuk permudahkan mendaat idea menulis, pastikan niche yang anda pilih ialah melibatkan kemahiran anda.
Sebagai mana saya menulis kini tentang teknik blogging ialah berdasarkan pengalaman saya selama 13 tahun dalam bidang blogging dan jika saya menulis ianya amat mudah disebabkan topik tersebut dalam bidang kemahiran saya.
3. Pelajari Struktur Penulisan:
Pahami dasar-dasar struktur penulisan, seperti penggunaan paragraf, tajuk, sub tajuk dan sebagainya perlu anda mahirkan. Namun saya tekankan bahawa mnulis di blog bukanlah seperti membuat karangan semasa di sekolah. Menulis di blog ianya lebih santai dan lebih mudah.
Anda harus ikuti asas menulis mengikut perenggan setiap 100 patah perkataan atau 7 garisan. Dan setiap sub tajuk anda besarkan dan tebalkan. Jangan lupa setiap sub heading jika mampu masukkan gambar lagi baik .
Dan akhir sekali ialah buat kesimpulan . Mudah untuk pelajari struktur penulisan dan lama kelamaan anda masukkan unsur SEO dalam penulisan anda seperti heading tag, alt text dan meta deskrispi. Ini semua anda akan pelajari langkah demi langkah.
4. Dapatkan Ulasan Penulisan :
Mintalah teman atau mentor untuk membaca tulisan anda samda ianya menarik atau tidak atau ia memberi informatif yang lengkap. Pandangan pihak kedua amat penting dalam menilai hasil kerja anda. Mungkin anda beranggapan bahawa penulisan anda paling menarik tetapi apabila dibaca oleh pihak lain ia amat menjemukan. Oleh itu kerap meminta pandangan pihak ketiga.
Tapi saya hendak ingatkan bahawa meminta pandangan pihak ketiga harus pihak tersebut mempunyai kemahiran yang khusus seperti mempunyai minat niche yang sama dengan anda. Mempunyai kemahiran menulis dan juga berani memebri kritikan.
5. Edit dan Revisi:
Mengubah atau mengedit konten adalah sememangnya adalah kerja rutin blogger sebelum publish. Amalkan tabiat ini setiap kali lepas menulis untuk melihat kesalahan tatabahasa serta struktur konten anda
6. Ambil Kursus Menulis:
Pertimbangkan untuk mengikuti kursus menulis, baik online maupun offline, untuk mendapatkan bimbingan profesional. Ini adalah perkara trakhir yang patut anda lakukan jika anda benar-benar tiada kemahirana atau anda mahu percepatkan ilmu menulis anda secepat mungkin.
Mulailah dengan langkah-langkah kecil dan konsisten. Semakin sering Anda menulis dan mengasah keterampilan Anda, semakin baik tulisan Anda akan menjadi.