JANGAN SALAH PILIH KELAS BLOGGING - BLOG SHOPPERMANIAC

JANGAN SALAH PILIH KELAS BLOGGING

Memilih kategori kelas blogging yang sesuai bergantung kepada tahap pengetahuan dan matlamat anda
JANGAN SALAH PILIH KELAS BLOGGING

Katakan anda hendak belajar tentang blogging dan anda kena ketahui bahawa terdapat banyak kategori kelas blogging yang anda harus fahami.
Memilih kategori kelas blogging yang sesuai bergantung kepada tahap pengetahuan dan matlamat anda. Berikut adalah cadangan berdasarkan tiga kategori utama:

JANGAN SALAH PILIH KELAS BLOGGING

KELAS PERTAMA

1. Membuat Website:

- Siapa yang patut belajar: Mereka yang baru bermula dan tiada laman web lagi.
- Fokus: Cara membina laman web menggunakan platform seperti WordPress, cara membeli domain, memilih hosting, dan mereka bentuk laman web yang menarik.
- Kenapa penting: Anda perlu laman web sebagai asas untuk semua kandungan anda.

Kelas ini adalah kelas yang terbanyak sekali dan khususnya kelas sebegini mereka tumpukan pada landing pages atau sales pages sahaja. Kelas sebegini ia mengambil masa yang cepat untuk diajar. Sebab itu ia menjadi pilihan ramai.

Landing page adalah satu laman web yang mempunyai satu fokus iaitu satu End Result. Sales Page atau Landing Page adalah sejenis laman web yang memaparkan info atau maklumat produk anda yang memikat di dalam satu page.

Jika anda mempunyai produk yang mahu dijual dan mahu tumpukan jualan dengan menggunakan iklan berbayar maka landing pages adalah sesuai untuk anda. Ianya hanya sekali buat sahaja dan hanya perlu gunakan URL tersebut untuk membuat jualan. Dari segi pembayaran setiap pembelian produk anda samada mengguna Gateaway Payment atau What Apps akan diajar sekali pada anda.

Tetapi jika anda mahu membuat sebuah blog dengan membuat konten produk anda dan mendapatkan trafik organik maka kelas ini bukan untuk anda. Sebelum anda memilih atau membeli kelas blog tanya pada mereka. Adakah mereka menyediakan website dinamik/ blog. Jika ya, anda patut bertanya lagi adakah mereka akan memberi tunjuk ajar bagaimana membuat konten?

Tapi anda Jangan bimbang, dalam Masterclass Blogging Shoppermaniac kami sediakan sebuah templates percuma yang merangkumi landing pages dan dinamik pages. Di bahagian homepage adalah design mirip sebuah landing pages dan pada masa yang sama anda boleh membuat konten menggunakan templates yang sama. Bestkan.

Malah kami sediakan video bagaimana untuk anda masukkan templates ini ke dalam platform Blogspot secara detailed dan bagaimana fungsi setiap templates tersebut.

JANGAN SALAH PILIH KELAS BLOGGING
KELAS KEDUA

2. Membuat Konten:

- Siapa yang patut belajar: Mereka yang sudah mempunyai laman web tetapi memerlukan bantuan dalam mencipta kandungan yang berkualiti.
- Fokus: Cara menulis artikel yang menarik dan informatif, teknik storytelling, menggunakan multimedia (gambar, video), dan mengekalkan jadual penulisan yang konsisten.
- Kenapa penting: Kandungan adalah kunci untuk menarik dan mengekalkan pembaca.

Ini adalah kelas yang jarang diberikan kerana topik pembelajaran ini bersifat teknikal dan SEO. Namun jika anda mahu memahami SEO inilah kelas yang patut anda belajar dengan syarat anda sudah mempunyai website anda sendiri tetapi bukannya landing pages/ sales pages tetapi dinamik website ( blog). Tetapi masalah ini telah selesai setelah anda mendapatkan templates percuma yang kami berikan jika anda mendapatkan MasterClass kami.

Untuk pengetahuan Masterclass Blogging Shoppermaniac kami menumpukan pada kelas kedua ini. Dimana pengkhususan kami adalah cara membuat konten yang digemari oleh Google Algoritma. Kami memberikan teknik Konten Pillar serta Sub Pillar ( Topikal Autoriti) dengan cara yang sistematik.

JANGAN SALAH PILIH KELAS BLOGGING
KELAS KETIGA

3. SEO:

- Siapa yang patut belajar: Mereka yang sudah mempunyai laman web dan kandungan tetapi mahu meningkatkan trafik.
- Fokus: Teknik SEO on-page dan off-page, keyword research, link building, dan memahami analitik.
- Kenapa penting: SEO membantu kandungan anda lebih mudah ditemui oleh pembaca melalui enjin carian seperti Google.

Ini biasanya melibatkan agensi-agensi yang mengambil akaun website anda dan membuat penambahan baik dari segi SEO. Dalam hal ini mereka akan khusus kepada On Page SEO dan Off Page SEO. Mereka akan melihat beberapa item yang penting seperti broken link, redirect, loading page serta menambahbaik HTML anda jika perlu dan sebagainya,.

Ada juga terdapat kelas yang memberikan penerangan dalam bentuk digital EBook tetapi berdasarkan pengalaman saya. Memang sukar sedikit jika anda tidak mempunyai pengalaman coding asas serta budget yang akan disarankan oleh agensi ini dalam mempertingkatkan SEO website anda.Namun jika melibatkan On page SEO agak mudah belajar berbanding Off Page SEO.

On-page SEO, also known as on-site SEO, is the process of optimizing web pages and their content to improve a website's search engine rankings and organic traffic
Off-page SEO (search engine optimization) is a strategy that aims to improve a website's search engine rankings without making changes to the website itself


KESIMPULAN

Cadangan Saya:

1. Jika Anda Baru Bermula:
- Mulakan dengan kelas "Membuat Website" untuk membina asas laman web anda. Ini adalah langkah pertama yang penting sebelum anda boleh fokus pada konten dan SEO. Tetapi sekali lagi saya katakan anda mahu website jenis mana samada landing pages atau dinamik pages ( blog).

2. Jika Anda Sudah Ada Laman Web:
- Fokus pada "Membuat Konten" terlebih dahulu untuk memastikan laman web anda mempunyai kandungan yang berkualiti dan menarik.
- Selepas anda selesa dengan pembuatan konten, teruskan dengan kelas "SEO" untuk meningkatkan trafik ke laman web anda.

Dengan mengambil pendekatan bertahap, anda akan dapat membina asas yang kukuh dan mengembangkan kemahiran anda secara berkesan.

JANGAN SALAH PILIH KELAS BLOGGING

MASTERCLASS BLOGGING SHOPPERMANIAC

Masterclass Blogging Shoppermaniac kami menjurus kepada membuat konten untuk menarik trafik dari Google Algoritma berdasarkan Google Helpful Content dan EEAT. Ini adalah asas dalam Masterclass Blogging kami. Namun kami ketahui anda harus ada website sebelum membuat konten. Kami sediakan sebuah templates percuma dari platform Blogspot untuk anda.

Sebelum anda membuat konten anda akan diberikan tutorial penuh untuk install templates unik ini ( Landing Pages/ Dinamik) ini serta pelajari bagaimana menggunakan dashboard Blogspot melalui artikel lengkap kami .

Selepas itu baru anda mula mempelajari membuat konten berdasarkan 2 teknik kami iaitu Konten Pillar dan Sub Pillar kami secara berstruktur. Semasa membuat konten dan pelajari mengguna dashboard Blogspot anda akan diberikan tips SEO yang tersedia dalam dashboard Blogspot ini. Inilah konsep asas MasterClass Blogging Shoppermaniac kami.


Kenapa Perlu Fokus Konten.

Melalui pengalaman kami semenjak tahun 2022 kami melihat Google semakin ghairah membuat perubahan dalam Google Algoritma mereka dan ramai yang kecundang Termasuk blog-blog kami. Ini adalah kerana konten yang kami buat tidak berkualiti dan tujuan kami pada masa itu hanya membuat seberapa banyak konten yang ada.

Pada mulanya berjaya dan setelah Google mengubahsuai beberapa kali Google Helpful Konten mereka dan EEAT serta terbaru Google Spam. Nasib kebanyakkan blogger terus kecundang dan nasib blogger terus menderita melalui lambakan artikel melalui AI.

NAMUN ada beberapa blogger yang terselamat dan mendapat trafik yang lebih tinggi adalah mereka yang membuat konten yang original dan membantu manusia serta mematuhi beberapa perkara asas SEO. 

Namun untuk mendapatkan perhatian Google mengambil masa terutama blog-blog terdahulu dimana anda harus audit semula blog anda. Ini akan mengambil masa 6 hingga 12 bulan tetapi saya beri jaminan jika anda mulakan blog baru dan kekalkan dengan momentum membuat konten yang berkualiti. Dalam jangkamasa panjang anda tidak akan terpalit dengan apa jua perubahan yang dilakukan oleh Google.



Catat Ulasan