Semenjak 2 tahun kebelakangan ni blogging menjadi sangat sukar dalam mencapai pageview. Saya kerap mengatakan bahawa blogging masih lagi releven tetapi google seolah-olah membunuh blogger dengan kemaskini algoritma mereka yang tidak mesra dengan blogger dan pada tahun 2023 pula keujudan AI telah menyukarkan hidup blogger dengan lambakan konten.
Google telah menyatakan usaha mereaka untuk membawa konten yang terbaik kepada pengguna dengan konsep EEAT mereka dan yang terbaru ini mereka telah kemaskini algoritma mereka untuk memerangi konten spam sehingga 40%. Itu kata mereka.
Dan biasanya apabila Google kemaskini algoritma mereka, kebanyakkan blogger akan menghadapi masalah penurunan pageview yang teruk dan untuk memulihkannya amat sukar atau mustahil.
Adakah blogger masih lagi mempunyai sinar dalam kehidupan pencipta konten seperti saya. Ya, saya masih lagi akui blogger masih mempunyai sinar tetapi anda terpaksa menukar strategi anda dengan tidak bergantung pada trafik organik Google semata-mata.
KENAPA BLOGGING TIDAK PATUT BERGANTUNG PADA ORGANIK
Lihat sahaja pada artikel di blog ini yang mempunyai 884 artikel tetapi hanya 113 artikel sahaja diindeks. Dan ia semakin menurun dari 160 artikel yang di indeks kini hanya 113 sahaja.
Pendek kata :
- Konten yang banyak tidak menjamin trafik
- Trafik organik semakin sukar
- Algoritma Google semakin ketat dan membunuh blogger
- AI membunuh blogger
APA YANG HARUS ANDA BUAT SEBAGAI BLOGGER 2024?
Blog anda adalah bisnis anda
Setiap blogger yang menganggap blog anda adalah sumber kewangan anda. Zaman membuat konten sahaja dan mendapatkan sumber pendapatan melalui iklan di blog anda telah berlalu.
Anda harus memastikan anda menjual di blog anda. Sebagai contoh dalam MasterClass Shoppermaniac. Kami menggalakkan anda memasukkan produk dari kedai Shopee anda ke blog dan membuat link ke kedai Shopee anda.
Ini bermakna anda menggunakan blog sebagai sumber pendapatan selain membuat beberapa artikel silo / topikal autoriti berkaitan dengan produk anda.
Sebagaimana saya menggunakan blog ini untuk membuat artikel tentang Shopee dan pada masa yang sama menjual produk Digital kami iaitu MasterClass Shoppermaniac ini.
Anda tidak nampak saya menjual di blog ini tetapi saya membuat konten tentang Shopee tips, maklumat terkini dan sebagainya. Inilah fungsi blog memberi ilmu bukan menjual. Seperti apa yang anda baca di blog ini.
Pendek kata pastikan anda tidak bergantung semata-mata pada iklan untuk blog anda tetapi menjual produk atau menjadi affiliate link.
Ini adalah langkah pertama yang harus anda lakukan. Jika tidak, tak perlu buat blog.
Membuat Iklan Berbayar di Blog
Saya telah mulai membuat iklan ke blog ini dengan mengalakkan ramai datang ke blog saya ini tetapi saya bukan menjual tetapi memberikan perkhidmatan percuma artikel kami disini serta juga aplikasi percuma yang yang terdapat di blog ini iaitu Shopee Kalkulator.
Iklan yang berikan ialah membawa mereka ke artikel-artkel Shopee kerana saya mahukan pembaca yang berminat dengan perniagaan marketplace khususnya Shopee.
Walaupun saya membuat banyak tips tentang facebook ads/ blogging/ Tik Tok/ You Tube namun iklan yang saya buat khusus untuk artikel Shopee.
Adakah ia menjamin sumber pendapatan apabila saya membuat iklan sebegini. Jawapannya sudah tentu tidak!!!
Seperti yang saya katakan tadi, tujuan teknik SEO dan juga iklan berbayar adalah untuk mendapatkan trafik!!! Anda memerlukan trafik yang tinggi ke blog anda melalui percantuman trafik organik dan iklan berbayar.
Namun, potensi untuk mendapat jualan juga amat tinggi dimana mereka yang dibawa ke blog anda kemungkinan akan melihat iklan produk anda di side bar atau dalam artikel, mungkin akan klik dan membeli produk anda.
Contoh iklan produk dalam artikel yang berkaitan !! |
Membuat Pixel di Facebook/ Meta Busines Manager
Tujuan anda mahukan trafik ke blog anda ialah anda mahukan data untuk Meta Bisnis Manager untuk membuat targetting nanti.
Dimana pixel ini adalah satu code yang disimpan di dalam website anda dan kemudian ia akan dihantar ke Meta Bisnis Manager ini
Pixel ataupun Facebook Pixel adalah dikenali sebagai salah satu kod javascript untuk diletakkan dalam sesebuah website.
Dengan cara ini anda ketahui siapa yang datang ke website anda atau blog anda. Dari data ini anda akan membuat targeting menjual produk anda.
Dalam kes link kedai Shopee ke blog anda. Anda boleh targetiing mereka yang datang ke blog anda ke kedai Shopee anda.
Membuat custom audience blog ini |
Dalam kes blog ini ( https://shopeefunnel.online ) kami menggunakan data dari blog ini menjual produk Digital kami ke laman web kami iaitu MasterClass Shoppermaniac.
Saya tahu melalui iklan yang saya buat, fokus audien saya ialah peminat marketplace terutama Shopee dan saya gunakan data ini membuat iklan ke produk saya dengan menfokuskan mereka.
Pendek kata saya membawa mereka dari blog saya ke landing pages/sales pages.
Teknik ini saya panggil sistem TOFU dan MOFU sahaja iaitu dua sales funnel Facebook.yang khusus kami berikan untuk Shopee Seller yang ingin gunakan Facebook Ads tetapi boleh digunakan untuk blogger.
THANKS YOU PAGES
Setiap pembelian EBook MasterClass, mereka akan dibawa ke pages Thank You link terus ke blog ini dimana maklumat selanjutnya kai berikan dan juga mempromosikan blog ini.
Kami juga ada membuat iklan secara terus dan kami ingin memaksimakan trafik ke blog ini dengan membuat link ke sini melalui Thank You Pages.
Anda boleh menggunakan payment Stripe yang membenarkan selepas pembayaran terus ke Thank You Pages.
APA YANG SAYA PEROLEHI MELALUI TEKNIK BLOGGING INI
Pertama ialah saya memperolehi trafik ke blog saya dimana terdapat 2 potensi yang akan berlaku iaitu jualan produk serta iklan melalui Google Adsense jika diklik oleh pembaca kami.
Selain itu melalui iklan targetting saya kan memperolehi pendapatan melaui jualan Digital produk kami, mungkin saya akan menjamin keuntungan untuk dapatkan semula pelaburan saya di blog ini.
Ini adalah teknik yang saya akan gunakan untuk memastikan blog saya terus kekal mendapat trafik dan jualan yang baik. Pada tahun 2024 ini teknik blogging harus berubah seiring dengan perkembangan dunia SEO yang semakin sukar.
ADAKAH TEKNIK LAIN YANG PERLU SAYA KETAHUI
Sebenarnya terdapat banyak teknik lain yang anda boleh gunakan untuk memastikan blog anda mendapat trafik atau jualan.
Teknik yang berikan tadi adalah pemula untuk mempercepatkan perkembangan blog serta mengambil peluang menjual.
Teknik lain yang boleh anda gunakan ialah:
Sosial Media: Menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Twitter, atau Instagram dapat secara signifikan meningkatkan trafik ke blog Anda. Anda bisa berbagi postingan blog terbaru dengan follower dan mendorong mereka untuk mengunjungi blog anda.
Kelemahan disini ialah anda harus membuat posting secara konsisten setiap hari di beberapa platform sosial media. Untuk saya, sosial media adalah penting sebagai justifikasi bisnis anda ini mempunyai dipelbagai saluran tetapi saya tidak akan membuat posting setiap har. Cukuplah sekadar seminggu sekali.
Email Marketing: Membangun daftar email dan mengirimkan newsletter atau update reguler kepada subscriber Anda adalah cara efektif lainnya untuk menjaga keterlibatan pembaca dan mendorong mereka untuk mengunjungi blog anda lagi.
Kedua cara ini adalah anda harus mengeluarkan modal untuk membuat iklan dipanggil "lead" agar ramai pembaca mendaftar untuk mendapatkan artikel anda melalui email mereka. Tetapi anda tidak mendapat pulangan cepat, anda hanya membuat pelaburan untuk dapatkan alamat email sahaja.
JIka anda menjual produk yang "high price" atau agensi adalah wajar membuat email marketing.
Untuk saya kedua-dua ini penting tetapi anda memerlukan bantuan atau staff untuk membuat kedua teknik ini.
MASTERCLASS KAMI BUKAN SAHAJA MEMBERIKAN TUNJUK AJAR SECARA KHUSUS MENDAPATKAN JUALAN DIPLATFORM SHOPEE TETAPI JUGA MENGGUNAKAN BLOG DAN FACEBOOK ADS UNTUK MENAMBAHKAN TRAFIK KE KEDAI SHOPEE.