5 Cara Marketing Kedai Fizikal

5 Cara Marketing Kedai Fizikal

 

5 Cara Marketing Kedai Fizikal

Dalam artikel ini, saya berkongsi 5 cara untuk anda buat marketing setempat atau fizikal supaya lebih ramai penduduk setempat kenal dan datang kedai anda.

Mimpi seram untuk peniaga yang mempunyai kedai fizikal ialah bila tiada orang yang datang berkunjung ke kedai untuk jangka masa yang lama.

Lebih teruk lagi kalau kedai sudah dibuka bertahun-tahun tapi orang masih tak tahu tentang kewujudan kedai kita kerana kita tidak buat marketing setempat.

Sekali sekala, kita tanya penduduk di sekitar sama ada mereka tahu nama dan lokasi kedai kita. Jika mereka masih belum tahu tentang kewujudan bisnes kita, ini bermakna kita masih belum menjalankan kempen pemasaran dengan betul.

Nak tahu sama ada kempen pemasaran kita berkesan ialah bila kita sebut nama kedai sahaja, mereka sudah tahu apa kedai tu jual.

Bisnes setempat atau local business merujuk kepada
bisnes yang menjual produk atau menawarkan servis dalam suatu kawasan.
.
Pemilik bisnes tentu berusaha untuk reach prospek yang ada di sekitar mereka.
Mungkin dalam radius sekitar 5-10 km.
.
Mungkin mereka mahu mereka singgah ke kedai makan mereka.
Atau datang ke workshop kereta mereka.
Atau singgah ke carwash mereka.
Atau tawarkan khidmat datang membersihkan rumah di sekitar kawasan berkekata
dan lain-lain.

Ini 5 cara marketing setempat yang anda boleh buat untuk kuasai 5 km – 10 km kawasan anda.

Baca dengan teliti supaya anda tahu bagaimana untuk buat marketing setempat untuk kedai anda.

1. Pasang bunting di setiap simpang besar dan kawasan pasar.

Print bunting bersaiz 2 kaki x 5 kaki @ 2 kaki x 6 kaki. Tidak perlu letakkan detail terlalu banyak dalam bunting kerana pemandu tiada masa untuk membacanya.

Pasang di setiap simpang yang ada dan kawasan pasar. Tempat-tempat ini menerima trafik yang tinggi daripada penduduk sekitar.

Pasang bunting 2 – 4 kaki dari aras tanah bergantung kepada keadaan jalan. Tak perlu pasang terlalu tinggi. Cukup sekadar mata dapat melihatnya.

Pastikan anda pasang dengan lesen. Jangan pasang secara haram. Tak sampai 2 hari dah kena buka.

2. Run Facebook Ads.

Run Facebook Ads secara rawak dahulu dan buat pin point 10km dari kedai. Kos pemasaran Facebook Ads adalah murah dan kita boleh mengira keberkesanan kempen.

Iklan dapat dihantar kepada orang ramai dengan lebih cepat. Ia seolah-olah kita menghantar flyers kepada orang ramai. Kita tidak perlu invest masa yang banyak. Cukup dengan satu klik sahaja.

Ini aktiviti marketing setempat yang paling mudah.

3. Buat website dan letakkan kupon.

Apabila kita ada website, kita mempunyai online presence. Website boleh diakses 24 jam tanpa dikendalikan staff.

Dalam website, kita letakkan kupon atau offer untuk orang yang datang ke kedai kita. Dengan cara ini, kita boleh track sama ada mereka yang pergi ke website, berkunjung ke kedai kita.

Untuk kos buat website hanya dalam RM200 untuk domain dan hosting. Cara marketing setempat ini sangat murah berbanding kos yang anda laburkan untuk buka kedai.

4. Lakukan secara istiqamah.

Sebenarnya kita perlu membuat kempen marketing setempat sepanjang tahun.

Untuk menjadikan kedai kita dikenali, memang kita perlukan penduduk di sekitar untuk lihat iklan tentang kedai kita berkali-kali.

Company besar seperti Milo sampai hari ni masih menayangkan iklan mereka di TV dan billboard.

5. Tunggu sahaja.

Tunggu sahaja bila orang kawasan anda kenal dengan bisnes anda. Insya Allah, bila mereka sebut nama kedai kita, mereka sudah tahu apa yang kita jual.

Pada masa ini mungkin kos pemasaran akan menjadi semakin rendah.

Tahun pertama mungkin apabila kita spend RM5000 untuk pemasaran akan menghasil jualan RM20,000. Tahun kedua mungkin walaupun kita spend separuh iaitu RM2500 akan menghasilkan jualan yang sama.

Nak kami guide anda buat FB Ads untuk tarik pelanggan ke kedai anda?

Anda boleh dapatkan Panduan FB Ads Iklan Setempat  dan belajar ilmu marketing kedai ini yang penting untuk buat orang nampak iklan kedai anda.

Sangat sesuai bagi anda yang sudah ada atau merancang untuk ada kedai makan, kedai spa, bengkel, butik dan premis offline.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama