AKAUN FB ADS DAN GOOGLE ADSENSE BANNED - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

AKAUN FB ADS DAN GOOGLE ADSENSE BANNED

 

AKAUN FB ADS DAN GOOGLE ADSENSE BANNED

Pada penghujung tahun 2023 ini macam-macam berlaku pada Shoppermaniac. Macam-macam yang berlaku ini benar-benar telah mengganggu pengaliran wang dalam Shoppermaniac kami dimana Google Adsense dan FB Ads kami di banned.


Macam temu janji sahaja dia orang ini nak kenakan saya pada hujung tahun ini ...ehhehehee


Perkara terbesar ialah salah satu sumber pendapatan Shoppermaniac ialah iklan menggunakan Google Adsense telah dibanned kerana disyaki membuat duplicate konten.


Saya tak tahu yang mana satu tetapi saya syaki ia berpunca dari You tube Channel short yang saya buat yang ambil dari You Tube Channel utama kami. Tindakan kami ialah menutup terus You Tube Channel Shoppermaniac Short kami.


Dan masalah utama ia juga mengganggu sumber kewangan kepada blog kami yang mengguna akaun Google Adsense yang sama dan impak 5 blog kami yang lain termasuk branding Shoppermaniac yang mempunyai 2 blog utama iaitu Shopeefunnel.online dan Shopppermaniac.com.


Dan menambah pahit lagi ialah akaun FB Ads Manager saya pun kena banned dan ini menyebabkan iklan yang kami sudah berjalan 2 minggu semuanya terhenti begitu sahaja dan target sales yang baik ialah pada December dimana ramai yang dapat bonus tahunan mampu membeli EBook MasterClass kami ini.


Dan pada masa yang sama kami juga sedang membuat promosi Shopee EBook untuk akhir tahun ini. 

Promosi Tahunan Shopee eBook 


GOOGLE ADSENSE BANNED

AKAUN FB ADS DAN GOOGLE ADSENSE BANNED

AKAUN FB ADS DAN GOOGLE ADSENSE BANNED


AKAUN FB ADS DAN GOOGLE ADSENSE BANNED

AKAUN FB ADS DAN GOOGLE ADSENSE BANNED



FBA ADS MANAGER BANNED

AKAUN FB ADS DAN GOOGLE ADSENSE BANNED


Apa yang saya perlu buat ialah merayu dan sekarang menunggu maklum balas dari Google Adsense dan Meta FB Ads Manager.



AKAUN FB ADS DAN GOOGLE ADSENSE BANNED

APA YANG PERLU KAMI BUAT

Salah satu tindakan yang kami buat seperti yang saya katakan ialah membuat rayuan dan menunggu maklum balas mereka.

NAMUN banyak kali saya katakan, apabila anda mengguna platform pihak lain menjana sumber pendapatan ialah sentiasa bersiap sedia. Anda tahu potensi anda menghadapi masalah dengan mereka ini amat besar.

Yalah anda meminjam platform mereka dan mereka boleh membuat apa sahaja kan. Nasihat saya sentiasa sediakan payung sebelum hujan.


AKAUN FB ADS DAN GOOGLE ADSENSE BANNED

Saya telah siap sedia dengan Google Adsense akaun yang baru yang tak aktif dan mendapat kelulusan. Saya telah aktifkan semalam dan hanya tunggu keputusan daripada pihak Google Adsense rayuan untuk akaun lama kami ini.

Kalau gagal, kami akan pindahkan semu aiklan mengguna akaun ini. Walaupun kami akan kerugian tetapi itu bukan persoalannya. Persoalannya ialah kami menjana semula pendapatan kami.


AKAUN FB ADS DAN GOOGLE ADSENSE BANNED

Manakala  untuk akaun FB Ads pula kami mempunyai beberapa akaun ads manager standby yang kami boleh gunakan jika akaun lama kami ini gagal mendapat rayuan.

Kami tetap kerugian kerana dalam akaun lama tersebut mempunyai wang tetapi saya masukkan mingguan maka ia tidak terlalu banyak. 

Saya tahu anda akan mengatakan kenapa tak guna kredit kad sahaja, kan lagi selamat dimana pembayaran akan dikenakan pada setiap hujung bulan dan jika akaun anda kena banned maka anda tidak perlu risau sebab tiada duit dalam akaun tersebut.

Itu cara yang terbaik tetapi saya suka mengawal kewangan kami dengan memasukkan mingguan budget agar kami dapat ketahui budget yang kami gunakan.

Kerugian lain ialah data yang telah kami kumpulkan dalam akaun yang lama semuanya sia-sia sahaja dan terpaksa bermula semula. Data targetting Shoppermaniac kami mellaui video agak tinggi dan apa nak buat....

Namun saya boleh dapatkan semula dengan membuat custom audience dari Facebook Pages dan Instagram kami.  Da juga terpaksa membuat pixel website yang baru di ads manager baru kami nanti.



KESIMPULAN AKAUN FB ADS DAN GOOGLE ADSENSE BANNED


Jangan melanggar polisi setiap platform yang anda gunakan dan ikuti dan fahami polisi mereka  apatah lagi jika ia merupakan sumber pendapatan anda.

Kedua ialah sentiasa buat backup plan untuk meminimakan kerugian anda. 

Berita gembiranya ialah anda tidak perlu pening kepala lagi melihat iklan-iklan bertaburan di blog ini yang mengganggu bacaan anda. Kini ianya telah tiada ,,hahahahhaha

Catat Ulasan