Kerja Separuh Masa Adalah Wajib Untuk Anda? - BLOG SHOPPERMANIAC

Kerja Separuh Masa Adalah Wajib Untuk Anda?

Kerja separuh masa mempunyai banyak kelebihan yang perlu diberi perhatian.

 

Kenapa Anda Harus Mempunyai Kerja Separuh Masa?

Kerja separuh masa mempunyai banyak kelebihan yang perlu diberi perhatian. Selain memberikan peluang untuk menggunakan masa lapang dengan cara yang produktif, terdapat juga beberapa keuntungan lain yang patut diberi perhatian.



PENGALAMAN UNTUK MASA SUSAH

Anda mempunayai kewangan yang kukuh dan tidak perlu membuat kerja tambahan dan ini adalah satu pemikiran yang amat salah sekali.


Pertama sekali, kerja separuh masa membolehkan anda mendapatkan pengalaman pekerjaan yang berharga. Walaupun mungkin hanya bekerja dalam skala yang lebih kecil, tetapi ini akan memberikan peluang kepada anda untuk belajar pelbagai kemahiran dan membangunkan diri dalam dunia pekerjaan.


Pengalaman ini kelak dapat menjadi modal berharga apabila anda mencari pekerjaan sepenuh masa di masa depan atau anda kehilangan pekerjaan sepenuh masa anda.


Ini dapat saya lihat baru-baru ini apabila banyak sektor pengilangan telah mula membuang pekerja mereka dan kebanyakkan mereka hilang arah tujuan apa mereka nak buat smentara mencari kerja baru yang memakan masa 3-4 bulan minima.


Jika anda mempunyai kerja separuh masa atau part time, melalui pengalaman yang anda perolehi maka anda dapat percepatkan menjadikan kerja sementara ini menjadi kerja tetap anda atau boleh menampung sebahagian perbelanjaan anda semasa anda sedang menganggur.



PERLUASKAN RANGKAIAN SOSIAL 

Selain itu, kerja separuh masa juga memberikan peluang untuk memperluas rangkaian sosial anda. Dalam persekitaran kerja baru, anda akan berjumpa dengan orang-orang dari pelbagai latar belakang dan profesion. Ini dapat membuka pintu peluang baru dan membantu anda memiliki hubungan yang lebih meluas dalam dunia perniagaan.



SUMBER PENDAPATAN TAMBAHAN

Tidak ketinggalannya, kerja separuh masa juga boleh menjadi sumber pendapatan tambahan bagi anda. Kerja separuh masa dapat membantu kita menampung keperluan tersebut tanpa memberatkan terlalu banyak.


Pada zaman ini kerja separuh masa adalah perlu untuk menampung kos perbelanjaan yang semakin tinggi dari masa ke semasa. Tanpa kerja separuh masa ini, anda tidak mampu menampung keperluan keluarga anda.

Dalam hal ini mencari kerja part time adalah sesuatu yang wajib dan anda tidak boleh menolaknya.



Kesimpulan Kenapa Anda Harus Mempunyai Kerja Separuh Masa?

Namun begitu, perlu diingat bahawa kerja separuh masa juga ada cabarannya tersendiri. Masa yang terhad boleh menjadi halangan dalam menjalankan tugasan harian secara berkesan. Oleh itu, adalah penting untuk merancang masa dengan baik dan memberi keutamaan kepada tugasan yang benar-benar penting.


Jadi, jika anda mempunyai peluang untuk bekerja separuh masa, jangan ragu-ragu untuk mencubanya. Selain mendapatkan pengalaman berharga dan memperluas rangkaian sosial, anda juga boleh mendapatkan pendapatan tambahan yang berguna. Jangan lupa untuk sentiasa menjaga keseimbangan antara kerja separuh masa dan kehidupan peribadi anda agar tetap sihat dan bahagia!



Apakah Kerja Part Time Yang Sesuai?

Sudah tentu kerja yang melibatkan fizikal amat tidak sesuai apatah lagi jika kerja sepenuh masa anda melibatkan kerja fizikal dan kerja kedua pun harus melibatkan kerja fizikal.


Bayangkan anda bekerja selama 8 jam di tempat kerja. Kerja bermula pada 0800am dan balik pada pukul 0400. Pukul 0500pm anda akan membuat kerja separuh masa membantu kedai makan atau jadi runner makanan hingga pukul 1000pm dengan total 5 jam tambahan. Total anda bekerja setiap hari adalah 13jam!!


Belum lagi ambil kira masa perjalanan anda balik kerumah, mandi dan rehat sebentar sebelum tidur. Sampai bila anda mahu membuat kerja sedemikian?


Kerja yang sesuai adalah bisnis online!!!!!


Dan bisnis online yang patut anda ceburi adalah bisnis yang kurang risiko dan tidak melibatkan modal yang besar adalah perniagaan dropship melalui marketplace dan khususnya Shopee.


Dimana modal sebesar RM300 anda sudah boleh membuka sebuah kedai marketplace dan pada masa ini tujuan anda bukanlah mencari keuntungan semata-mata tetapi mencari pengalaman sebagai back plan anda jika berlaku sesuatu berlaku pada kerja sepenuh masa ada,.


Berapakah modal membuka Dropship auto sync Shopee


Kerja Separuh Masa Adalah Wajib Untuk Anda?


Dan disini kami ingin membantu anda mendapatkan kerja tambahan atau kerja separuh masa mellaui promosi yang kami berikan dengan harga RM30 sahaja.


Dimana promosi ini kami berikan khas membuka kedai Shopee serta teknik mendapatkan jualan secara efektif. Dan teknik ini anda boleh gunakan untuk produk anda sendiri pada masa akan datang.


Anda tidak terikat dengan masa dan perlu terkejar-kejar dengan kerja fizikal sementara anda. Masalah masa yang fleksibel selesai!!


Dapatkan maklumat terkini disini : SHOPEE EBOOK PROMOSI 


Bukti Shopee Funnel kami Berjaya


Catat Ulasan