TIK TOK SHOP DIHARAMKAN DI INDONESIA

TIK TOK SHOP DIHARAMKAN DI INDONESIA

TIK TOK SHOP DIHARAMKAN DI INDONESIA

Kedai TikTok diberi tempoh tujuh hari untuk memohon permit perdagangan elektronik bagi mengelak penutupan oleh kerajaan Indonesia, kata Menteri Perdagangan, Zulkifli Hasan semalam ( 3/9/2023)

Bercakap pada sidang media mengenai Peraturan Menteri Perdagangan Nombor 31 Tahun 2023 semalam, beliau menyatakan Kedai TikTok perlu mendapatkan permit e-dagang jika ingin meneruskan transaksi di platform berkenaan.


Indonesia baru-baru ini telah mengambil langkah drastik dengan mengharamkan platform e-dagang TikTok Shop, menjadikannya negara selepas India yang mengambil tindakan serupa.



TIK TOK SHOP DIHARAMKAN DI INDONESIA
Luahan peniaga Indonesia 

SEJARAH KE ARAH PENUTUPAN TIK TOK SHOP DI INDONESIA

Larangan TikTok Shop di Indonesia ini bermula dari para Peniaga di Pasar Tanah Abang viral di media sosial dimana kedai-kedai mereka sepi tiada jualan.


Pada selasa (19/92023) Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah (UKM) Teten Masduki, melawat  Pasar Tanah Abang tersebut. Menurut para pedagang pusat pemborong terbesar di Asia Tenggara ini, penjualan mereka turun atau bahkan sepi akibat persaingan besar antara pedagang offline dan online yang salah satunya paling berpengaruh adalah TikTok Shop.


Para pedagang di Tanah Abang bukan tidak berusaha dengan melakukan penjualan secara online, tapi mereka sudah melakukan namun tetap tidak dapat bersaing dengan para penjual produk import yang memiliki harga jauh lebih murah.


Inilah masalahnya dimana barangan import menjadi terlalu murah dan membunuh peniaga tempatan.



TINDAKAN KERAJAAN INDONESIA ( Peraturan Menteri Perdagangan 31 Tahun 2023) atau ( Permendag 31 tahun 2023) 

Permendag 31/2023 merupakan revisi dari Permendag 50/2020 tentang Perizinan Usaha, Periklanan, Pembinaan dan Pengawasan Pelaku Usaha dalam Perdagangan Melalui Elektronik (PPMSE)


1. Definisi Model bisnis

Penganjur Perdagangan Melalui Sistem Elektronik (PPMSE) seperti pasaran tempatan atau Marketplace dan Social-Commerce, untuk memudahkan bimbingan dan pengawasan. 


Model perniagaan PPMSE boleh dalam bentuk runcit dalam talian, pasaran, iklan dalam talian, platform perbandingan harga tawaran harian dan perdagangan sosial.


2. Penetapan Harga Minimum Sebesar 100 dolar AS untuk barang import

Pada pasal 19 ini disebutkan bahwa barang yang berasal dari luar negeri langsung dijual oleh pedagangan ke indonesia melalui platform e-commerce lintas negara adalah 100 dolar AS.


3. Senarai barang dari luar negara 

Terdapat senarai barang dari luar negara yang dibenarkan masuk ke Indonesia secara langsung (senarai negatif dan positif). 


Terdapat satu senarai yang jelas untuk semua pihak berkenaan produk import yang mana boleh dibawa ke Indonesia tanpa menjejaskan peniaga tempatan.


4. Syarat khusus bagi Pedagang luar negeri pada Marketplace dalam negeri

  • Bukti Legalitas usaha dari negara asal
  • Pemenuhan Standar (SNI) dan Halal
  • Pencantuman label berbahasa Indonesia
  • Asal pengiriman barang

5. Pasaran dan perdagangan sosial dilarang daripada menjadi pengeluar

6. Penguasaaan data oleh PPMSE untuk menghindari penyalahgunaan data


Dengan terbitnya Peraturan Menteri Perdagangan 31 Tahun 2023, kerajaan berharap banyak PKS akan dibantu dengan menyekat barangan import yang lebih murah daripada memasuki Indonesia secara bebas. 


Dengan melarang penjualan dan transaksi di media sosial, usahawan akan lebih menumpukan kepada aktiviti promosi. ini dapat membantu meningkatkan kesedaran tentang jenama yang mereka promosikan di media sosial.


TIK TOK SHOP DIHARAMKAN DI INDONESIA


4 Alasan Kukuh Kenapa Tik Tok Shop Harus Ditutup


MONOPOLI 

Monopoli berlaku apabila terdapat platform yang mempunyai keupayaan untuk mengawal pasaran, menetapkan harga tidak adil, layanan berbeza, dan menetapkan harga diskriminasi berdasarkan data yang dimilikinya.


Dan TIK TOK mempunyai keupayaan sedemikian dengan menguasai sosial media dan pasaran.


PENYALAHGUNAAN ALGORITMA

Platform yang memiliki media sosial dan e-commerce secara bersamaan dengan mudah mendorong produk asing tertentu muncul terus menerus di media sosial pengguna


Di saat yang bersamaan ini menhyusahkan produk lokal untuk muncul di media sosial. Manipulasi algoritma tik tok ini memungkinkan platform untuk menguntungkan satu produk dan di saat bersamaan mendiskriminasi produk lainnya.


PENYALAHGUNAAN TRAFIK

Platform seperti TikTok Shop boleh memanfaatkan trafik.

Media sosial mempunyai trafik yang sangat besar dan boleh digunakan sebagai pencetus untuk pembelian dalam e-dagang.


Pencetus pembelian ini tidak boleh dilawanoleh e-dagang yang berada pada platform yang sama dengan media sosial.


Jika ini berlaku, maka tidak akan ada keadilan yang sama dalam industri digital di Indonesia.


PERLINDUNGAN DATA

Undang-Undang Nomor 27 Tahun 2022 tentang Perlindungan Data Pribadi, pemrosesan data pribadi dilakukan sesuai dengan tujuannya.


Alasannya, media sosial sebenarnya bertujuan untuk hiburan sehingga data yang didapat dari situ tidak untuk diperdagangkan.


Pendirian kerajaan Indonesia tentang penggabungan platform media sosial dan e-dagang yang dapat menyebabkan penyalahgunaan data peribadi pengguna.



KESIMPULAN TIK TOK SHOP DIHARAMKAN DI INDONESIA

Pada pendapat saya ini adalah berita baik dan melegakan untuk semua peniaga on line dan offline. Dimana terdapat pengasingan monopoli dan penyalahgunaan kuasa oleh sesebuah syarikat.


Dan Malaysia sepatutnya mencontohi apa yang dilakukan oleh Indonesia bagi melindungi peniaga tempatan.


Sebuah syarikat sosial media tidak boleh menjadi E-Commerce atau Marketplace. Ia akan membunuh e-dagang yang lain seperti Shopee atau Lazada.


Lazada dan Shopee merupakan platform tulen e-dagang dan tarfik yang mereka perolehi melalui iklan yang dibayar tetapi TIK TOK memperolehi trafik ke TIK TOK SHOP mereka melalui trafik sosial media mereka. Adil tak.


Facebook dan Instagram Shop Di Malaysia Di Tutup juga telah ditutup pada 10 Ogos 2023 dan saya sokong tindakan ini kerana prinsip keadilan dan monopoli.



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama