REALITI SEBENAR SEBAGAI DROPSHIP SHOPEE AUTO SYNC

REALITI SEBENAR SEBAGAI DROPSHIP SHOPEE AUTO SYNC

REALITI SEBENAR SEBAGAI DROPSHIP SHOPEE AUTO SYNC

Table Of Content:

  • APA ITU MASTERCLASS SHOPPERMANIAC
  • KENAPA KAMI PILIH SHOPEE DAN DROPSHIP AUTO SYNC
  • PUNCA ANDA GAGAL SEBAGAI DROPSHIP SHOPEE AUTO SYNC
  • REALITI SEBENAR SEBAGAI DROPSHIP SHOPEE AUTO SYNC

APA ITU MASTERCLASS SHOPPERMANIAC

Dalam Master Class Shoppermaniac kami ada memberikan tunjuk ajar yang spesifik bagaimana membuat jualan di Shopee sebagai dropship auto Sync. Dropship yang selalu kami cadangkan ialah mengguna Save Value atau Kumoten.


Dan kami telah tunjukkan pelbagai testimoni serta video samada di Blog ini atau You Tube Channel,  kejayaan kami mencapai sales yang konsisten sehingga RM3000 - RM6000 sebulan. 


Bagaimana kami memaksimakan kekuatan Produk Listing untuk mendapatkan trafik organik dari Shopee serta juga membuat marketing yang sesuai dengan margin untung anda serta membina seberapa banyak Produk Winning melalui teknik-teknik kajian produk yang ampuh.


Malah kami memaksimakan trafik di luar platform Shopee seperti membuat blog untuk mendapatkan tarfik dari Google ke kedai Shopee anda serta juga membuat Facebook Ads khususnys FB Ads CPAS melalui teknik yang kami panggil Advanced Sales.


Dapatkan Master Class Kami 


KENAPA KAMI PILIH SHOPEE DAN DROPSHIP AUTO SYNC


Mudah 

REALITI SEBENAR SEBAGAI DROPSHIP SHOPEE AUTO SYNC

Dalam MasterClass Shoppermaniac ini kami memberikan cara yang mudah untuk anda memulakan perniagaan bisnis online yang bermula dari kedai Shopee menggunakan dropship auto sync seperti yang saya katakan tadi.

Apa Itu Dropship Auto Sync


Ini kerana sebagai  pemula bisnis online di Shopee anda harus mempunyai masa untuk mempelajari selok belok Shopee melalui 5 Funnel kami yang akan memakan masa anda serta langkah seterusnya membina laman web serta mempelajari Facebook Ads. 


Masa Untuk Belajar 

REALITI SEBENAR SEBAGAI DROPSHIP SHOPEE AUTO SYNC

Dengan sistem dropship auto sync serta Shopee ini maka anda mampu bergerak ke hadapan sebagai bisnis online secara sistematik. Ini yang kami praktikkan dalam sistem pembelajaran kami.


Sistem kami memerlukan anda memberi fokus yang kuat dan konsisten. Sebagai contoh apabila bercerita tentang produk listing sebenarnya ia melibatkan banyak faktor.


Dimana anda harus mempelajari kehendak algoritma Shopee. Anda harus mencari gambar dari sumber yang lain untuk gantian gambar produk dropship anda. Anda juga harus mencari video yang berkaitan dengan produk tersebut. Anda harus memastikan deskripsi produk jelas dan sebagainya. Ini semua memakan masa anda dan pada masa yang sama sudah tentu anda masih mempelajari teknik funnel  Produk listing kami.


Atas dasar inilah Master Class Shoppermaniac kami membuat sistem sedemikian.


Shopee Adalah Ecommerce

REALITI SEBENAR SEBAGAI DROPSHIP SHOPEE AUTO SYNC

Shopee dikenali sebagai marketplace atau E Dagang dan sistem pengurusannya adalah sama seperti E-Commerce . Ini bermakna anda akan mempelajari teknik-teknik ECommerce di Shopee.


Jika anda mahir dengan Shopee maka teknik jualan, hubungan pelanggan dan pemasaran anda boleh gunakan untuk kembangkan bisnis anda dengan memiliki ECommerce anda sendiri.


Anda boleh terapkan 5 funnel Shopee Sales anda ke ECommerce milik anda sendiri kerana sistemnya sama sahaja cuma yang berbeza dari segi teknikal samada anda mengguna Wordpress, Shopify atau Easy Store.


Blog dan Facebook Ads

REALITI SEBENAR SEBAGAI DROPSHIP SHOPEE AUTO SYNC

Selain itu kelebihan Master Class kami ialah memberi tunjuk ajar bagaimana membuat sebuah blog yang bertujuan memaksimakan trafik Google SEO ke kedai Shopee anda. 


Tetapi anda juga boleh kembangkan bisnis online anda melalui blog dengan menjadi affiliate atau menjana pendapatan pasif melalui iklan di blog anda. Iklan yang paling popular dan membayar dalam nilai USD ialah Google Adsense.


Manakala Facebook Ads pula anda dapat menjangkau pelanggan yang lebih jauh melalui iklan berbayar dan  jika anda sebagai peniaga Shopee anda boleh gunakan FBADS CPAS Shopee dengan membuat katalog semua produk anda di Shopee di dalam Business Manager Facebook.



PUNCA ANDA GAGAL SEBAGAI DROPSHIP SHOPEE AUTO SYNC

Namun apabila anda bermula sebagai bisnis online sebagai dropship Shopee Auto Sync anda akan melalui realiti pahit sebagai peniaga bisnis online.


Mungkin anda ada mendengar sebagai dropship, anda akan menjana pendapatan pasif tanpa perlu melakukan apa-apa dan pelbagai cerita manis. Namun itu semua adalah palsu.


Tiada apa yang mudah apabila anda berniaga samada perniagaan fizikal atau online. Dan dalam artikel ini saya hendak memberi anda amaran, apakah masalah utama anda apabila mengikuti dropship auto sync Shopee kami atau sebagai drophip mana-mana pun.


Saingan Harga

REALITI SEBENAR SEBAGAI DROPSHIP SHOPEE AUTO SYNC

Merupakan musuh paling utama anda dimana kebanyakkan dropshipper Save Value atau Kumoten gemar menurunkan harga hingga tidak masuk awal sehingga keuntungan sebesar 1% sahaja.


Macam mana anda hendak jual jika harga sedemikian rendah dan tidak berbaloi dengan segala usaha anda apatah lagi kalau nak buat Shopee Ads memang tidak boleh.


Tindakan Atasi Saingan Harga:

Dalam MasterClass Shoppermaniac kami sering menyarankan anda membuat produk analisa dengan melihat harga dan trend produk. Anda bernasib baik kerana di Save Value dan Kumoten mempunyai produk yang banyak dan jika harga produk tersebut tidak kompetatif, tinggalkan sahaja dan cari produk lain menggunakan kaedah yang kami berikan.


Namun sudah tentu melibatkan banyak data yang harus anda kumpul untuk membandingkan kesemua produk yang sesuai untuk anda tumpukan.


Untung Kecil

REALITI SEBENAR SEBAGAI DROPSHIP SHOPEE AUTO SYNC

Salah satu kebencian utama saya sebagai dropship ialah untung kecil. Rata-rata sebagai dropship Save Value atau Kumoten, kadar keuntungan setiap produk ialah 16% sahaja belum ditolak kos wajib Commission Fee dan Transcation Fee yang boleh menjangkau sehingga 6%.


Anda hanya berbaki 10% sahaja dan dari situ anda kena membuat buat marketing untuk berikan diskaun atau voucher.


Sebab itu apabila saya katakan sales kedai Shopee saya konsisten RM3000 hingga RM6000, pada dasarnya saya hanya untung maksimum RM200- 500 sahaja sebulan. 


Tindakan Atasi Untung Kecil

Anda kena mencari lebih banyak Produk Winning dan produk yang memberi untung yang lebih besar. 


Kadar keuntungan sesebuah kedai Shopee dropship ialah berapa banyak produk Winning anda. Walau pun margin untung kecil jika produk winning anda banyak, maka ia boleh meningkat kadar keuntungan anda.


Kedua, setelah anda memahami bagaimana fungsi dan teknik Shopee, anda boleh pergi langkah kedua dengan mencari produk lain yang lebih mahal seperti menjadi agen atau stokis yang memberi kadar untung yang besar. Yang penting produk tersebut ialah produk winning dan mampu jual. 


Stok Produk Dropship Kecil 

REALITI SEBENAR SEBAGAI DROPSHIP SHOPEE AUTO SYNC

Salah satu perkara yang paling saya menyampah dengan dropship ini ialah stok produk mereka rendah. Jika anda lihat stok di Kumoten atai Save Value jumlah maksimum ialah 300pcs sahaja. Sebagai dropship inilah masalah yang akan menjatuhkan jualan bulanan anda.


Sebagai contoh, selepas anda membuat kajian produk mencari Produk Winning. Dan anda telah menjumpai produk tersebut, anda akan perkemaskan kekuatan produk tersebut di kaca mata algoritma Shopee dengan perbaiki Produk Listing.


Katakan produk tersebut berjaya membuat jualan dan tiba-tiba sedang seronok menjana jualan, stok produk tersebut habis!! Dan secara tak langsung, anda tidak boleh menjana jualan dan kehilangan sebuah produk winning.


Dua usaha anda iaitu mencari Produk Winning dan Produk Listing buang masa sahaja.


Tindakan Atasi Stok Kecil

Anda kena sentiasa aktif mencari Produk Winning. Dalam Funnel Maintenance atau penyelanggaraan kami, salah satu aktiviti penting ialah sentiasa mencari produk Winning yang baru. Jangan hentikan aktiviti ini jika anda mahu kekalkan target jualan anda.


Cari produk lain yang mampu membekalkan stok untuk anda tanpa putus. Ini adalah langkah seterusnya di kedai Shopee anda. Tidak semestinya anda harus bergantung pada Save Value atau Kumoten semata-mata.


Dropship Kini Berbayar 

REALITI SEBENAR SEBAGAI DROPSHIP SHOPEE AUTO SYNC

Dropship Auto sync kini berbayar dan ia menambahkan tekanan pada Shopee Seller untuk mendapatkan jualan secepat mungkin di Kedai shopee anda.


Kadar bayaran secara am untuk Save Value dan Kumoten ialah RM60 setiap 6 bulan. Dan saya sebenarnya tidak setuju dengan peraturan baru ini tetapi apa nak buat kerana anda memerlukan produk mereka.


Dan ianya juga mengecilkan kadar keseluruhan margin untung anda kerana anda harus lokasikan keuntungan anda untuk kos keahlian.


KELEBIHAN SAVE VALUE DAN KUMOTEN KENAKAN BAYARAN KEAHLIAN 


Tindakan Atasi Dropship Berbayar

Tindakan ialah  mencari syarikat dropship lain yang tidak mengenakan bayaran dan mampu memberikan perkhidmatan sebaik Save Value atau Kumoten.


Atau sekali lagi cari produk lain yang memberi margin untung yang tinggi, produk winning dan punyai stok yang tinggi  supaya anda mampu tampung kos keahlian.


Selain itu saya rasa anda tidak perlu buat apa-apa kerana kos keahlian Save Value dan Kumoten ini rendah iaitu serendah RM10 sebulan sahaja. Ianya adalah kadar bayaran keahlian untuk saya amat memuaskan.


Tidak Boleh Sertai Program Shopee

REALITI SEBENAR SEBAGAI DROPSHIP SHOPEE AUTO SYNC

Disebabkan kadar keuntungan dropship Auto Sync kecil, ia menyebabkan anda tidak boleh sertai program Shopee seperti Free Shipping RM15/ RM40 serta coin cashback disebabkan setiap program ini mengenakan peratusan bayaran dan berpotensi menyebabkan anda rugi.


Untuk kedai Shopee anda di tonjolkan oleh Shopee amat rendah kerana and atidak sertai mana-mana kempen atau program Shopee yang banyak membantu pihak Seller Shopee.


Tindakan Atasi Tidak Boleh Sertai Program Shopee

Anda tidak digalakkan sertai mana-mana Program Shopee kerana ianya akan menyebabkan margin untung anda rendah.

Namun jika anda mempunyai produk lain yang mempunyai margin untung yang tinggi, maka gunakan produk tersebut sertai kesemua kempen Shopee bukan Program Free Shipping mereka. 



REALITI SEBENAR SEBAGAI DROPSHIP SHOPEE AUTO SYNC

Melalui artikel saya diatas ini jelas menunjukkan anda akan menghadapi banyak dugaan sebagai Shopee dropship auto sync.


Masalah saingan harga, masalah stok, masalah untung kecil dan kesemua masalah ini akan membantu anda pada masa hadapan. Dan realitinya masalah-masalah ini akan anda jumpai tidak kira samada anda berniaga di Shopee atau punyai ECommerce anda sendiri.


Namun atas pengalaman anda berniaga di Shopee, anda sudah mempunyai asas mengatasi kesemua cabaran ini.


Kesimpulannya MasterClass Shoppermanaic, FOKUS kami ialah membantu anda  menjana trafik ke kedai Shopee dan menjana jualan yang konsisten yang bermula dari Dropship Auto Sync.


Jika anda mahu berkembang lebih jauh, boleh sahaja anda mencari  produk yang lebih tinggi margin untung dan gunakan teknik MasterClass Shoppermaniac kami menjual di Shopee. Sama sahaja, anda ubah dari dropship auto sync ke produk lain dan guna teknik yang sama.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama