KELEBIHAN SAVE VALUE DAN KUMOTEN KENAKAN BAYARAN KEAHLIAN - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

KELEBIHAN SAVE VALUE DAN KUMOTEN KENAKAN BAYARAN KEAHLIAN

KELEBIHAN SAVE VALUE DAN KUMOTEN KENAKAN BAYARAN KEAHLIAN

 

KELEBIHAN SAVE VALUE DAN KUMOTEN KENAKAN BAYARAN  KEAHLIAN

DAFTAR DI SAVE VALUE:

https://savevalue2u.com.my/share/aa2939aa4c9fa189ed96df4b44c9fdcd905d75a6 DAFTAR DI KUMOTEN: https://kumoten.com/recruitments/RAFNG74Z5


Pada tahun 2023 ini dropship Shopee Save Value telah mula membuat sistem pembayaran ahli mengikuti jejak langkah Kumoten kepada sesiapa yang mahu sync produk mereka ke Shopee atau Lazada,

Tindakan ini telah membuat ramai Shopee Seller marah kerana mereka kena membayar yuran keahlian 6 bulan sebanyak RM62 ( Save Value).


SAVE VALUE KINI KENAKAN BAYARAN - KLIK SINI


Namun jika anda melihat dari segi positif terutama kepada Shopee Seller yang telah lama menjual di Shopee. Ianya adalah berita baik kepada anda.


Pertamanya dengan keujudan pembayaran keahlian ini, secara logiknya peratusan mereka yang akan menyertai Kumoten atau Save Value akan berkurangan. Ini kerana mereka kena membayar, biasalah rakyat Malaysia semuanya nak percuma kan. Maka persaingan di Shopee yang mengguna Save Value dan Kumoten akan berkurangan dan yang tinggal hanyalah Seller Shopee yang berkualiti.


Kedua ialah mereka yang sertai Save Value atau Kumoten adalah mereka yang benar-benar mahu berniaga smaada di Shopee atau Lazada. Adakah anda mahu berniaga dan membayar kos keahlian jika anda tidak serius mahu berniaga? Sudah tentu anda akan berusaha keras untuk memajukan kedai anda.


Selai dari itu permainan harga akan menjadi kurang di Shopee kerana dengan kos keahlian ini sudah tentu Seller Shopee yang baru tidak akan bermain harga hingga margin keuntungan 1% sahaja. Ini kerana mereka harus memastikan margin untung paling minima setiap bulan di Shopee adalah RM10.30 untuk menampung kos keahlian dropship. 


Dan sudah tentu mereka yang menyertai Shopee yang menggunakan Dropship Save Value dan Kumoten adalah mereka yang mempunyai pengetahuan asas dalam bisnis on line. Dahulu semua oranng boleh sertai dropship Save Value secar aamnya kerana ia percuma dan apabila mereka memasuki pasaran dengan ilmu yang kosong maka apa yang mereka tahu hanya turunkan harga sahaja.


Kesimpulannya ialah dari segi teori, pembayaran ahli oleh Save Value dan Kumoten adalah baik untuk Seller Shopee yang telah lama berkecimpung dalam dunia marketplace ini. Ini kerana mereka telah pun mempunyai modal dan keuntungan yang konsisten. Dengan harga RM62 bukanlah masalah besar.


Cuma untuk Seller Shopee yang baru ialah tambahan modal permulaan untuk menjalankan perniagaan pertama di marketplace. Namun jika anda serius maka suka tak suka anda pelru mengeluarkan modal kerana mana ada bisnis tanpa modal didunia ini,




Catat Ulasan