PENGAJARAN PENUTUPAN TIK TOK SHOP INDONESIA

PENGAJARAN PENUTUPAN TIK TOK SHOP INDONESIA

PENGAJARAN PENUTUPAN TIK TOK SHOP INDONESIA

Penutupan Tik Tok Shop Indonesia menjadi viral dan ramai yang berkongsi pro dan kontra mengenai penutupan Tik Tok Shop Indonesia.


Jika anda mahukan Sejarah Penutupan Tik Tok Shop di Indonesia boleh KLIK SINI. Saya mempunyai artikel lengkap perjalanan dan sebab Tik Tok Shop Indonesia ditutup.


Penutupan Tik Tok Shop Indonesia ini bukanlah satu perkara baru. Tahun ini juga Meta telah menutup Instagram Shop dan Facebook Shop di Asia Tenggara. Maka penutupan Tik Tok Shop Indonesia sepatutnya bukan sesuatu yang asing.



KENAPA PENUTUPAN TIK TOK SHOP INDONESIA VIRAL.

Video viral kerugian peniaga Pasar Tanah Abang iaitu pasar borong menjadi sepi kerana saingan dari online bisnis. Puncanyanya ialah dari keujudan Tik Tok Shop.


Pemasalahan utama penjual di Pasar Tanah Abang ialah keujudan produk import yang lebih murah dari produk lokal. Dan kebanyakan produk import ini dijual di Tik Tok Shop Indonesia dengan harga yang tidak masuk akal.

Sudah tentu penjual kecil-kecilan di Indonesia atau khususnya Pasar Tanah Abang menerima tempiasnya.


Kedua ialah Tik Tok merupakan sosial media dan bukan E-Commerce dan Tik Tok  menyalahguna data dari trafik sosial media mereka dengan membuka Tik Tok Shop Indonesia membunuh peniaga offline lokal dan tiada gunanya mereka cuba bersaing kerana mereka tetap kalah dari segi harga!!


Dan atas dasar ini kerajaan Indonesia  mengarahkan penutupan Tik Tok Shop Indonesia. Anda boleh dapatkan detailed di artikel kami sebelum ini.



KESAN PENUTUPAN TIK TOK SHOP INDONESIA

Kesan kepada peniaga offline tidak dapat dibuktikan lagi atas penutupan Tik Tok Shop Indonesia kerana Tik Tok Shop baru ditutup dan penggubalan undang-undang produk import baru dilaksanakan. Kita lihat dan tunggu.


Namun saya menjangkakan tiada perubahan besar akan berlaku kerana trend pembelian manusia sekarang adalah melalui online cuma peniaga tempatan masih mampu bersaing dengan hampir semua produk yang dijual bersifat kompetatif pada masa akan datang.


Manakala untuk Seller Tik Tok Shop Indonesia rasanya tidak akan mendapat kesan yang buruk kerana masih ujud Tokpedia, Bulapak, Shopee dan Lazada untuk berjualan. Dan biasanya Seller On  LIne ini biasanya tidak bergantung pada satu platform sahaja malah mereka mempunyai beberapa  kedai online yang atau marketplace yang lain.


Manakala untuk affiliate Tik Tok Shop Indonesia akan menerima tempias yang cukup hebat dimana kebanyakan influencer menjual produk-produk di Tik Tok Shop Indonesia sebagai affiliate.

Dan kini apa yang mereka mahu jual sebab tiada apa-apa yang boleh dijual di bag kuning Tik Tok Shop Indonesia. Merekalah yang akan menerima kesan yang hebat!!



PENGAJARAN PENUTUPAN TIK TOK SHOP INDONESIA

Satu sahaja pengajaran yang saya rasakan paling sesuai untuk dikatakan dan saya telah katakan berkali-kali iaitu JANGAN BERGANTUNG PADA SATU PLATFORM.


Semua platform samada Shopee, Lazada atau Tik Tok adalah platform yang anda pinjam untuk berniaga. Anda  harus mengikut peraturan yang ditetapkan oleh syarikat ini .Sebagai contoh, kesemua platform ini boleh mengenakan caj perkhidmatan sesuka hati atau membuang anda.


Untuk saya platform marketplace adalah sebuah eksperimen untuk mereka yang mahu berjinak tentang bisnis online menggunakan dropship. Inilah yang kami ajar di MasterClass Shopppermaniac.


Dalam kelas kami, tumpuan utama adalah Shopee dan dibantu oleh dropship auto sync seperti Kumoten. Dari situ anda akan pelajari selok belok ilmu on line di Shopee .


Dan setelah itu anda akan cuba kembangkan kedai Shopee anda menggunakan Facebook Ads dengan harapan dapat menarik lebih ramai ke kedai Shopee anda.


Anda juga akan membuat blog dan memasukkan link di dalam artikel yang berkaitan. Anda bukan sahaja memperolehi trafik dari Google malah termasuk Shopee.


JIKA mana-mana penutupan marketpace anda tidak perlu risau kerana blog dan E-Commerce anda adalah milik anda. Da perlu memaksimakan platform ini sebagai backup plan anda.


ADAKAH ADIL TIK TOK SHOP DITUTUP

Adil itu relatif, adil bagi  kita belum tentu adil bagi yang lain,... yang dirugikan pasti berteriak  tidak adil, manakala yang diuntungkan pasti membisu sahaja.

Itu pendapat saya.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama