Saya ada menjumpai sebuah SEO tools yang agak baik dan saya cadangkan anda untuk menggunakan SEO Tool sini untuk melihat perkembangan ringkas blog anda serta potensi untuk naikkan rating blog anda. Nama SEO tools ini ialah DIIB
Ia ada memberi daftar secara percuma untuk anda dan ambil peluang ini untuk menkaji prestasi blog anda. Kenapa saya merasakan SEO Tools ini bagus . Mari saya terangkan sebahagian kelebihan DIIB ini.
DIIB MENKAJI KESIHATAN BLOG
Anda juga dapat melihat keseluruhan kesihatan blog anda dan mana kawasan yang perlu anda perbaiki.
DIIB MENCARI POTENSI KEYWORD BLOG
Ini yang paling saya suka iaitu ia memberikan peluang untuk anda melihat potensi kata kunci atau keyword yang boleh anda gunakan untuk membuat artikel anda lebih bersifat SEO.
Anda boleh menumpuan kata kunci mana yang sesuai untuk anda tumpukan pada kali ini berdasarkan kata kunci.
JUMLAH BACKLINK
Anda juga boleh melihat jumlah backlink blog anda dan kita semua backlink memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesuatu blog tersebut di kaca mata Google.
KESIMPULAN DIIB
Kesimpulan yang saya boleh berikan ialah DIIB SEO TOOLS ini jika hendak dibandingkan dengan Uber Suggest atai SEM Rush jauh sekali. Tetapi saya suka melihat templates SEO Tools ini mesra pengguna terutama untuk pengguna baru.
Walaupun saya terangkan sebahagian maklumat DIIB ini, saya yakin anda dah fahami prestasi contoh prestasi blog yang saya tunjukkan ini. Mudahkan.
Gunakan maklmat yang diberikan dan kemudian anda boleh fokus kawasan mana yang anda kuatkan melalui data asas oleh DIIB ini.