PENUTUPAN CICO MEMBUNUH SALES SHOPEE SELLER - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

PENUTUPAN CICO MEMBUNUH SALES SHOPEE SELLER

PENUTUPAN CICO MEMBUNUH SALES SHOPEE SELLER

Penutupan CICO telah membawa satu kekecohan terutama untuk dropship yang menggunakan perkhidmatan mereka sebaga produk utama di kedai Shopee mereka.


Untuk pengetahuan CICO adalah sebuah syarikat dropship baru dan mula bertapak ke dalam dunia dropship pada awal tahun 2022. Saya telah mengatakan CICO merupakan salah satu dropship terbaik pada tahun 2022 kerana perkhidmatan mereka yang baik serta produk mereka yang berbeza dengan syarikat dropship lain.

PENUTUPAN CICO MEMBUNUH SALES SHOPEE SELLER

Dan pada bulan lalu mereka telah mengumumkan akan menutup dropship CICO pada 1 July 2023. Ini adalah satu penyataan secara tiba-tiba oleh CICO. 


Dan salah satu dropship utama saya di kedai Shopee ialah Save Value dan CICO. Dan jumlah produk kami yang terbanyak di Shopee ialah CICO yang menyumbang lebih dari 50% jumlah dari keseluruhan 800 ++ produk kami.


Dengan penutupan CICO ini telah menyebabkan kelam kabut pada saya dimana tindakan pertama ialah terpaksa membuang semua produk CICO secara manual. Ambil masa 2 hari juga untuk saya membuang keemua produk CICO.


Dengan pembersihan produk CICO di kedai Shopee saya ini bermakna saya mengalami pengurangan produk yang amat ketara sehingga kini produk saya di Kedai Shopee Shoppermaniac hanya 300++ sahaja dan pada masa yang sama jumlah produk Winning saya juga mengurang dengan teruknya.


Impak daripada penutupan CICO ini sudah tentu ia akan mengganggu jualan Kedai Shopee kami menjunam jatuh yang amat teruk dan saya tahu jika saya tidak ambil tindakan segera maka Kedai Shopee Shoppermaniac ini tidak akan merasa jualan 4 angka lagi.



JUMLAH PRODUK

Dalam semua video yang saya hasilkan, acapkali saya katakan jumlah produk memainkan peranan yang penting sebagai dropship. Lagi banyak produk maka lagi berpotensi anda mendapat jualan disebabkan banyak pilihan untuk pembeli anda.


Dan teori ini adalah benar apabila kedai Shopee saya tidak mendapat jualan seperti biasa. Dan salah satu tindakan yang saya boleh ambil ialah menambahkan produk ke Kedai Shopee kami dengan sertai dropship-dropship yang lain.


Namun saya berpikir, kenapa saya tidak ambil kesempatan dengan jumlah produk yang kurang ini saya akan cuba mendapatkan jualan ke Kedai Shopee kami.  Saya harus membuat analisa secara mendalam membuktikan teori bahawa kedai Shopee dengan jumlah produk yang kurang sukar mendapat jualan.


APA SAYA BUAT 


PERBAIKI PRODUK LISTING

PENUTUPAN CICO MEMBUNUH SALES SHOPEE SELLER


Saya mengambil keputusan memperbaiki semua produk listing yang terdapat di Kedai Shopee saya secara menyeluruh dari segi gambar, tajuk , deskripsi serta atribut produk-produk ini.


Saya mempunyai satu teori iaitu jika saya perketatkan semua produk listing Save Value dan mencari produk dengan harga yang kompetatif adakah saya mampu membina Produk Winning yang cukup banyak untuk dapatkan sales seperti dahulu  sehingga RM6K sebulan!!!



MEMBUAT IKLAN BERBAYAR 

Dibuat pada 11/7/2023

JUMLAH PRODUK MAIN PERANAN PENTING DI SHOPEE


Buat sementara ini saya akan membuat iklan berbayar di Shopee dan melihat jumlah klik dan jualan KESEMUA PRODUK KAMI.


Saya tahu tindakan ini adalah tindakan yang salah dan ianya terbukti melalui kos yang telah saya keluarkan dengan ZERO sales dalam masa satu minggu.


Sebelum anda memarahi saya , biar saya jelaskan logik membuat tindakan ini. Saya akan mambuat iklan pada semua produk kami dan analisa akan dibuat berdasarkan CTR dan julmlah klik, kos iklan yang saya kena bayar.


Saya akan hentikan iklan yang mempunyai kos click yang tinggi tetapi tanpa jualan. Dengan cara ini saya dapat melihat produk yang mempunyai klik tetapi tiada jualan.


Dan kenapa tiada jualan ianya disebabkan harga kami tidak kompetatif atau gambar/deskripsi kami kurang baik.  Itu saya kena  buat analisa.


Oleh yang demikian saya dapat percepatkan analisa produk di kedai Shopee kami dan buangkan produk-produk yang tidak releven ATAU perbaiki produk-produk yang mempunyai klik yang banyak dan memastikan setiap klik pada masa akan datang mempunyai jualan.

KEPUTUSAN: ( 20/7/2023) 

Melalui data yang diberikan kami mendapati produk ini merugikan walaupun mendapat klik yang banyak. Ini bermakna produk ini adalah produk yang bleh dijual tetapi kedai saya tidak boleh menjualnya.


Harga Jualan di Shoppermaniac ialah RM21.37. 



Bila dilihat harga yang dijual di Shopee adalah lebih rendah dan berdasarkan data Shopee Ads yang kami lakukan ia tidak boleh dijual. Harga terendah ialah RM19.50



Kami melihat harga yang dijual di Save Value ialah RM17.40. Dimana kadar keuntungan yang diberikan ialah 20% .


APA YANG PATUT SAYA BUAT?

Saya menggunakan Shopee Calculator apps yang kami berikan percuma. Dan dibawah ini adalah keputusannya jika saya menambahkan lagi diskaun.



Saya mendapati boleh mengurangkan harga produk ini sehingga 11% dan dicampur transcation/ commision fee 7% . Maka saya masih boleh menjana keuntungan 3% atau RM0.67 dan produk saya adalah harga terendah sekali.

Maka, adakah ia berbaloi? Terpulang pada anda kerana carian untuk produk ini amat tinggi dan jika anda mahu bersaing dan membuat jualan, tiada masalah. Tetapi jika anda tidak mahu merosakkan harga maka abaikan sahaja.


Kesimpulan.

Ini adalah salah satu cara yang kami gunakan untuk melihat produk mana yang akan memberi sales kepada kami melalui data. Dan adakah produk ini dalam kategori produk winning atau pun tidak. 


SERTAI PROGRAM SHOPEE 

PENUTUPAN CICO MEMBUNUH SALES SHOPEE SELLER


Saya tertarik dengan program Shopee yang terbaru iaitu SHOPEE FREE SHIPPING BIG CAMPAIGN PACKAGE dimana Free Shipping hanya akan dikenakan pada waktu payday sahaja.


Anda akan dikenakan 5.5% caj perkhidmatan setiap kali jualan dan pada pandangan saya ianya menarik untuk di sertai kerana bebanan caj ini hanya dikenakan pada Payday sahaja.



MEMASUKKAN SEMUA PRODUK SAVE VALUE

PENUTUPAN CICO MEMBUNUH SALES SHOPEE SELLER


Sebelum penutupan CICO saya tidak memasukkan semua produk Save Value ke dalam kedai Shopee saya terutama produk buku yang tidak mendapat sambutan yang baik dan pada masa yang sama, saya tidak mahu produk di dalam kedai Shopee bercampur aduk dengan buku pula.


Disebabkan penutupan CICO saya terpaksa memasukkan semua produk Save Value ke dalam kedai Shopee Shoppermaniac dan ini juga merupakan tambahan kerja untuk saya. Dan setakat ini jumlah produk kami ialah 370 berbanding 350 pada minggu lepas.



KESIMPULAN

Sebagai Shopee Seller, perubahan yang berlaku pada bisnis on line kerap berubah dengan  tidak disangka-sangka dan anda kena sentiasa kena adaptasi segala perubahan yang berlaku disekeliling anda agar tidak jatuh.


Dan sentiasa membuat trial and error untuk memperkembangkan ilmu anda dalam bidang bisnis online ini.



KEPUTUSAN KESELURUHAN

Selepas seminggu kami membuat perubahan dalam kedai Shopee kami ini dengan teknik di atas . Kami mula menjana jualan dan ianya petanda yang baik dengan menggunakan kaedah ini.

Catat Ulasan