Teknologi AI Terbaru Dibeli oleh Shoppermaniac dengan Kos RM4000 - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

Teknologi AI Terbaru Dibeli oleh Shoppermaniac dengan Kos RM4000

Shoppermaniac Membeli AI Teknologi iaitu Groove.ai


Shoppermaniac Membeli AI Teknologi iaitu Groove.ai ( RM4000)


Kemas kini pada Januari 2024:
Kini Shoppermaniac kami telah mengeluarkan aplikasi AI kami sendiri.
Dapatkan maklumat disini

Apa Itu Super AI Shoppermaniac




Saya mengambil satu langkah besar pada tahun 2023 ini dengan membeli sebuah aplikasi AI iaitu Groove.ai iaitu sebuah AI teknologi yang anda boleh gunakan dalam semua semua bidang pemasaran bisnis anda samada di marketplace, blogging, copywriting, artikel, analisa data, pembuatan gambar dan sebagainya.

Harganya USD1000 ( pembayaran 4 kali) dan ianya satu pertaruhan terbesar saya dalam branding Shoppermaniac ini.


Setelah menonton video dari CEO Groove.ai ini saya merasakan pelaburan kali ini amat penting untuk bisnes on line pada masa akan datang.

Saya tahu samada suka tidak suka teknologi AI akan terus berkembang dan jika saya mengabaikannya maka saya akan jauh ketinggalan ke belakang dan akan memberi impak pada keseluruhan bisnes online kami pada masa akan datang.


Sebagai contoh apabila ujudnya TIK TOK, saya menganggap ia sebuah media sosial untuk remaja yang suka menari-nari dan apabila saya menyertai Tik Tok ianya agak terlambat apabila Tik Tok mengubah algoritma mereka sebagai enjin carian dan kini sebagai pust bisnis on line yang terbaik. Dengan perubahan algoritma Tik Tok, video saya sukar untuk FYP dan follower hanya 158 orang sahaja setelah 8 bulan.


Dan melalui teknologi Ai ini saya tahu ia bukan media sosial tetapi satu cara kerja terkini dalam bisnis online dan jika saya tidak pelajarinya sekarang maka pihak yang telah pelajarinya akan lebih laju 10 kali dalam bisnis online berbanding saya nanti.


Kita ketahui salah satu inti teknologi AI ialah permudahkan kerja yang memakan masa 1 hari menjadi 5 minit. Dan bayangkan jika anda dan saya terlewat kuasai ilmu AI ini.


Saya ada membaca artikel, teknologi Ai tidak akan mengubah manusia tetapi manusia yang manipulasi  AI akan mengubah kehidupan manusia. Dan biar kita yang pertama menjadi yang pertama mengubahnya,



APA YANG AKAN ANDA PEROLEHI DARI GROOVE.ai


Dapatkan akses seumur hidup kepada platform AI terobosan yang mengubah permainan untuk pemasar digital dan pencipta kandungan.

Nikmati penggunaan tanpa had set alatan berkuasa platform, termasuk tapak web dan chatbots, copywriting dan banyak lagi.


Jimat masa dan wang dengan automasi pintar Groove.ai dan proses sepantas kilat.

Bina tapak web jenama dan funnel pemasaran dalam beberapa minit, bukan jam atau hari.

Gunakan ciri chatbot Groove.ai untuk melibatkan diri dengan khalayak anda dan menjadikan petunjuk kepada pelanggan.

Cipta salinan dan kandungan yang menarik dengan mudah, menggunakan teknologi AI canggih platform.

Terima akses eksklusif kepada ciri dan kemas kini baharu, serta sokongan pelanggan yang berdedikasi.

Kekal mendahului saingan dengan alatan dan ciri AI termaju yang memastikan anda sentiasa berada di peringkat termaju.

Sertai komuniti usahawan yang berfikiran sama dan pemasar digital yang mengubah permainan dengan Groove.ai.


We expect to grant access to backer’s by September 1st. 
We expect to complete all functions by the first quarter of 2024. 
At that time, we will open to the public at retail prices.


Nasib baik Groove,ai akan beroperasi pada bulan September, maka saya mempunyai masa mempelajari intipati dalam Groove.ai ini.


APA SAYA RANCANG MELALUI GROOVE.AI


Sudah tentu saya akan menggunakan teknologi AI ini untuk memperkembangkan ilmu saya dan berkingsi dengan anda di You Tube dan blog saya nanti.


Dengan Groove.ai saya berpendapat boleh meluaskan bisnes online dalam digital marketing dengan membantu bisnis lain yang mahukan copywriting atau artikel.


Malah mungkin saya boleh menawarkan perkhidmatan saya di Fiver dan mana-mana agensi digital kerana alat yang saya ada dan teknologi Ai yang dikumpulkan di Groove.ai boleh digunakan untuk membantu peniaga.


Shoppermaniac Membeli AI Teknologi iaitu Groove.ai ( RM4000)



Shoppermaniac Membeli AI Teknologi iaitu Groove.ai ( RM4000)

Dengan empat kali pembayaran iaitu USD1000 atau RM4000 untuk saya mempelajari ilmu AI ini dengan Groove.ai.


Shoppermaniac Membeli AI Teknologi iaitu Groove.ai ( RM4000)


Shoppermaniac Membeli AI Teknologi iaitu Groove.ai ( RM4000)
Ini adalah latihan pendahuluan sebelum Groove.ai dilancarkan pada bulan September 2023 ini. 



Catat Ulasan