CARA MENJUAL PRODUK YANG DIAMBIL DARI SELLER SHOPEE LAIN
Saya mendapat soalan dari subcriber saya iaitu bolehkah dia menjual produk yang diambil dari kedai Shopee lain. Sudah tentu boleh tetapi terdapat 2 cara yang beliau boleh pilih:1. Membeli secara terus dari Seller Shopee dengan harga yang rendah dan banyak
Untuk pengetahuan di Shopee sendiri terdapat Seller Shopee adalah dropship dimana mereka menjual produk dan sekaligus mencari dropship.
Anda boleh beli produk mereka dengan chatting berapakah harga termurah yang boleh diberikan jika anda mengambil kuantiti yang tertentu.
Dalam hal ini anda terpaksa keluar modal dan membeli produk dropship yang dijual di Shopee dropship ini. Ini bermaksud anda membeli secara terus dan uruskan shipping dan anda boleh gunakan Standard Shipping Logistic oleh Shopee.
2. Menjadi dropship dan Diposkan oleh Seller Dropship
Dalam hal ini anda tidak memegang produk dan jika ada order anda beritahu pada Shopee Dropship awak dan mereka akan poskan produk tersebut untuk anda.
Tetapi jika anda mahu menjual produk dengan kaedah sedemikian, anda kena memohon NON SSL produk . Ini lah masalah utama anda kerana Shopee memang cukup liat hendak memohon Non SSL .
Dan jika ada tempahan, anda boleh sahaja membuat tempahan kepada Shopee Dropship dan membuat pembayaran kepada mereka.
atau anda membeli produk di Kedai Shopee tetapi alamat ke buyer anda. Harga yang anda beli ialah harga dropship.
KESIMPULAN
Pendek kata kedua-dua ini merupakan dropship cuma anda menggunakan Shopee untuk mencari dropship ini ,
Dan anda boleh menjual semula di Shopee, tiada masalah pun, cuma masalahnya awak kena pastikan jangan HQ pula jual dengan harga yang rendah. Memang tiada sales le... Tapi jarang berlaku ler walau pun pernah berlaku.