ECOMMERCE MENJUAL PRODUK KUMOTEN MELALUI LAZADA

ECOMMERCE MENJUAL PRODUK KUMOTEN MELALUI LAZADA

 

Shoppermaniac telah mengembangkan bisnes on line dengan membina sebuah ECommerce dimana kami menjual produk sendiri iaitu perfume HG Perfume dan juga produk dropship dari Kumoten melalui Lazada.


Kenapa kami tidak menggunakan kedai Shopee Shoppermaniac kami kerana kami sedang bereksperimen dengan website ECommerce kami. Dimana website ECommerce ini kami menggunakan Easy Store kerana ia boleh sync dengan beberapa marketplace.


Kedai Shopee Shoppermaniac kami telah menjana sales yang baik dan membuat eksperimen sync kedai Shopee kami dengan ECommerce Easystore adalah satu perjudian yang bahaya kerana saya masih lagi mempelajari menggunakan platform Easystore ini.


Oleh itu saya membuat keputusan untuk synckan website kami menggunakan Lazada dengan memasukkan produk dropship Kumoten. Saya ingin melihat bagaimana membuat sales melalui ECommerce dendan dropship dan bagaimana penghantarannya.


JIka produk sendiri saya tiada masalah, sebagai contoh perfum HG Perfume kami menghantar sendiri menggunakan pilihan kurier yang telah kami sediakan.



Bagaimana Sync Lazada dengan EasyStore.

Sebenarnya amat mudah sekali iaitu anda kena download Channel LAZADA yang disediakan oleh Easy Store. 

JIka anda hendak gunakan Shopee maka download Channel Shopee.

ECOMMERCE MENJUAL PRODUK KUMOTEN MELALUI LAZADA


JIka anda klik pada Channel Lazada maka akan keluar templates seperti dibawah ini.
ECOMMERCE MENJUAL PRODUK KUMOTEN MELALUI LAZADA

Di bahagian Setting tiada yang terlalu kompleks.
ECOMMERCE MENJUAL PRODUK KUMOTEN MELALUI LAZADA

Yang penting ialah setting di atas ini . Yang lain-lain anda boleh ikut default setting mereka. 


Disini saya mahu sync inventory sahaja jika saya padamkan produk di Easystore. produk di Lazada takkan hilang. Sebab saya menggunakan Lazada kerana mahu inventory saya diupdated secara auto.


Di bahagian Produk  ia menyenaraikan semua produk yang anda ada di Lazada

ECOMMERCE MENJUAL PRODUK KUMOTEN MELALUI LAZADA

Amat mudah untuk anda masukkan poduk ke website ECommerce anda dengan hanya satu klilk sahaja.

ECOMMERCE MENJUAL PRODUK KUMOTEN MELALUI LAZADA

Sebagai contoh inilah produk Kumoten yang saya jual di Lazada di masukkan ke website ini . Saya mengubahsuai tajuk agar tampak lebih profesional . 

ECOMMERCE MENJUAL PRODUK KUMOTEN MELALUI LAZADA


Ini adalah produk yang dijual di Lazada adalah sama sahaja tetapi harga yang kami jual di website kami lagi mahal.

ECOMMERCE MENJUAL PRODUK KUMOTEN MELALUI LAZADA

Ini adalah asal dropship yang dijual di Kumoten 


Permainan harga terpulang pada anda kerana apabila anda mempunyai website sendiri, masalah harga bukan lagi satu persoalan.


Saya memberi harga yang lebih mahal sebab ECommerce kami menawarkan FREE SHIPPING pada semua produk yang kami jual disini , maka kenaikan harga adalah termasuk harga shipping kami.


KENAPA SAYA GUNAKAN LAZADA  UNTUK MENJUAL PRODUK KUMOTEN

ECOMMERCE MENJUAL PRODUK KUMOTEN MELALUI LAZADA
Inilah sebabanya saya terpaksa menggunakan Lazada untuk memasukkan produk Kumoten ke Easy Store kami kerana data inventori di kemaskini secara automatik yang diambil dari Lazada. 


Manakala pula Lazada akan kemaskini inventori yang diambil dari Kumoten.  


Saya boleh sahaja memasukkan produk Kumoten secara terus ke EasyStore ECommerce kami tetapi saya tak larat hendak membuat inventori nanti. Inilah cara yang terbaik yang boleh kami lakukan .


ECOMMERCE MENJUAL PRODUK KUMOTEN MELALUI LAZADA

Jumlah stok di Lazada adalah sama dengan jumlah stok di ECommerce kami.



Bagaimana Dari Segi Shipping 


ECOMMERCE MENJUAL PRODUK KUMOTEN MELALUI LAZADA


Setelah pelanggan anda membuat pembayaran di ECommerce anda, tekan sahaja mark as fullfill dan anda membuat pesanan secara manual di Kumoten.

Tambahan kerja sebab anda kena membuat pembelian secara manual di Kumoten tetapi untuk saya tiada masalah kerana masalah inventori saya telah diselesaikan.



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama