CARA KUMPULKAN DATA UNTUK FACEBOOK ADS ANDA.

CARA KUMPULKAN DATA UNTUK FACEBOOK ADS ANDA.

CARA KUMPULKAN DATA UNTUK FACEBOOK ADS ANDA.

Ramai memikirkan membuat sebuah Facebooks Ads adalah mudah. Sebenarnya Facebook Ads ini adalah sebuah algoritma yang amat bijak tetapi untuk anda memaksimumkan penggunaan algoritma Facebook ini agar memahami apa yang anda jual. 

Anda perlu suapkan Algoritma ini dengan data yang tepat. Bagaimana  Facebook algoritma ini hendak memahami pembeli pesona anda jika anda tidak berikan maklumat yang lengkap.

Umpama anda mahu menjual produk skincare tetapi anda tak tahu apakah jenis pembeli yang anda mahu.  Apa yang patut anda buat?

Pertama anda ke war-warkan dahulu dan mencuba pasaran diluar dan kemudian cuba mendapatkan pembeli yang berminat. Dan bagaimana anda nak war-warkan dan dapat pembeli yang berminat mesti ada strategi kan?

Kedua ada pembeli yang berminat tetapi belum membeli lagi dan apakah cara anda untuk memaksa mereka membelinya?

Ini semua anda anda boleh lakukan melalui Facebook ads funnel. Funnel membawa maksud terowong atau corong yang bertujuan untuk membawa pembeli anda satu perjalanan membeli produk anda. Terdapat berpuluh teknik funnel yang anda boleh digunakan,  yang sering anda dengar seperti TOFU,  MOFU dan BOFU.  Ini adalah funnel asas dalam Facebook ads.

Selain itu juga anda sering mendengar istilah cold audience, warm audience dan hot audience dimana anda tujuan anda ingin mendapatkan seberapa banyak hot audience iaitu pembeli yang berpotensi membeli produk anda.

Disini saya akan terangkan perjalanan bagaimana anda hendak mendapatkan data untuk facebook ads anda menggunakan teknik funnel facebook ads untuk mendapatkan hot audience.


PRODUK PILIHAN 

Pastikan produk anda adalah produk yang mampu milik serta menyelesaikan masalah kepada pembeli anda. Lagi baik produk tersebut adalah produk yang belum lagi mempunyai saingan yang kuat. 

Saya tak mahu menjelaskan dengan mendalam bagaimana anda mahu memiih produk winning ini, Dalam Shopee Funnel kami ada menjelaskan dengan lengkap bagaimana memilih produk winning.


JENIS PERNIAGAAN ANDA

Sebelum anda membuat Facebook Ads anda kini kenalpasti adakah jenis perniagaan anda samada ECommerce, Blog, Marketplace atau Facebook Pages.

Jenis perniagaan maksud saya disini ialah cara anda menjual, Jika anda mempunyai ECommere, cara mendapatkan data melalui Facebook Ads amat berbeza dimana anda harus install Facebook Pixel dan dalam Facebook Pixel anda boleh masukkan event Add to cart, Purchase dan sebagainya.

Manakala berbeza pula jika anda membuat perniagaan menggunakan Facebook pages. Teknik yang digunakan pun agak berbeza.

Anda boleh dapatkan artikel penuh berkenaan ini di SINI. Saya tidak mahu huraikan terlalu mendalam.


Katakan saya hendak membuat Facebook Ads untuk kedai Shopee saya dan satu produk yang telah saya pilih iaitu produk A


CARA MENDAPATKAN DATA FACEBOOK ADS 



Membuat 7 variasi video yang berbeza

Saya akan membuat 7 video yang berbeza dengan 
1. copywriting yang sama.
2.Demografi saya memilih broad
3.Umur yang saya pilih antara 24 hingga 46 tahun.
4. Panjang video 15 hingga 40 saat.
5. Jenis video ialah horizontal dan vertical.
6. Objektif ialah Engagement ( video view) 
7. Budget : RM 10 setiap variasi 
8. Pilih 3 atau 4 terbaik 

Kenapa saya memililih broad, seperti yang saya katakan. Algoritma Shopee ini bijak dan ia akan mempelajari kehendak iklan dan lagipun permulaan iklan ialah kenalpasti cold audience kepada warm audience.

Objektif enggament dipilih kerana ia untuk mendapatkan like, share dan komen serta kosnya lebih murah dan boleh mendapatkan data yang lebih besar.


Saya akan jalan kan 3 hari dan dalam masa tu mana-mana iklan yang buruk atau merugikan akan ditutup hingga tinggal 3 atau 4 kreativiti sahaja dan ia akan kekal dijalankan , 

Maka kosnya ialah RM70 X 3 hari = RM210 dan kekalkan 3 iklan X RM10 X 15 hari = RM450.

TOTAL : RM660

CARA KUMPULKAN DATA UNTUK FACEBOOK ADS ANDA.


Membuat 3 iklan terbaik mengguna objektif "Sales"

3 iklan terbaik itu saya akan membuat iklan menggunakan objektif "sales" dengan memasukkan interest. Saya akan memilih 5 interest yang sesuai dengan produk saya.

Katakan saya menjual eBook tentang "Shopee", maka saya akan pilih interest Digital marketing, Dropship, Small Business, Affiliate dan Marketplace.

Kali ini saya tidak menguji ads lagi tetapi menguji ads set saya pula dengan memasukkan interest tersebu. Ada kena ingat saya masih lagi menggunakan video yang sama.

Oleh itu saya mempunyai 3 iklan X 5 interest X Budget RM10 X 3 hari = RM450.

Seperti biasa saya akan memilih 3 atau 4 iklan terbaik dari segi CPM, CTR, Frequency. 

3 iklan terbaik ini saya akan teruskan hingga 15 hari juga dengan kos 3 iklan X RM10 X 15 hari =  RM450

TOTAL : RM900.


Pada masa ini anda telah membelanjakan RM1550 untuk iklan di atas tetapi masih belum anda jualan dan jika ada anggap ia sebagai bonus.

CARA KUMPULKAN DATA UNTUK FACEBOOK ADS ANDA.



Membuat Custom Audience 


Inilah datangnya wang dari iklan Facebook Ads anda. Tujuan anda meneruskan iklan diatas dengan total jumlah 6 iklan menggunakan Objektif "Engagement" dan "Sales" adalah kerana anda mahui dapatkan data untuk Custom Audience.


Saya akan satukan semua video yang telah saya buat dan jadikan custom audience "Video View" yang telah melihat 95% video ini.

Jika video anda panjang dari 40 saat maka anda boleh pilih yang telah melihat 75% atau 50%  video anda.


Pastikan keseluruhan audience anda melebihi 2000 view. Tujuannya ialah memberi data yang lengkap kepada facebook Ads algoritma nanti.

CARA KUMPULKAN DATA UNTUK FACEBOOK ADS ANDA.


Membuat Look A Like ( LAL) dan iklan


Melalui Custom Audience tersebut anda akan membuat 6 siri LAL iaitu :
1% 
1%-2% 
2%-3% 
3%-4%
4%-5%
5%-6%

Dan anda akan gunakan keenam-enam ini menggunakan 3 iklan terbaik tadi dengan budget yang lebih tinggi atau separuh dari kos produk anda.

Maka anda mempunyai total 3 iklan yang mempunyai interest yang terbaik serta LAL yang baik iaitu anda menyuruh Facebook Algoritma mencari buyer seakan-akan LAL menggunakan objektif conversion.

Pada masa itu anda boleh tutup sahaja iklan 6 iklan diatas dan tumpukan pada iklan LAL ini jika budget anda agak ketat. It OK.

Budget anda ialah 3 iklan X RM20= RM60 sehari.



Iklan Re-Targetting Guna Custom Audience Video

Iklan Re-Targetting ialan ada target mereka yang telah menonton 95% video yang anda buat di atas.

Demografinya ialah gunakan custom audience video tadi ( 7 video tadi) dan buat 7 variasi iklan samada video, gambar atau corosel.


Video, gambar atau corosel kali ini anda memberi "offer" atau menerangkan dengan lanjut produk anda kepada pembeli.  Pada masa ini jumlah panjang video melebihi satu minit tidak mengapa.


Anda jalankan selama 2 hari sudah cukup dengan budget RM5 atau RM10 sahaja kerana jumlah audience anda kecil sahaja. Pilih satu sahaja iklan terbaik anda dan kekalkan.

Untuk mengelakkan iklan ini ditunjukkan berulang kali,anda kena buat satu lagi custom audience menggunakan video dari ads tersebut  tetapi excluded dengan retention 7 hari. Ini bermakna setelah iklan ini ditunjukkan pada pembeli pertama tidak ditunjukkan lagi selama 7 hari.

RM5 X 1 iklan hingga frekuensi tinggi atau fatique


Apa yang patut saya buat lagi?


Pada ketika ini anda mempunyai 3 iklan LAL dan 1 iklan retargetting.
Anda akan melihat CPM.CTR dan Freqiencu 3 iklan LAL anda ini.

Anda teruskan ketiga-tiga ini jika hasilnya bagus dan tutup jika datanya kurang baik. Atau anda akan melihat manakah yang terbaik dan kekalkan 1 iklan LAL sahaja. Ini yang saya akan lakukan.

Saya akan naikkan budget untuk 1 iklan LAL yang terbaik tetapi kadar kenaikan jangan melebihi 20% . Jika tidak learning phase iklan anda akan bermula semula.

Biasanya saya akan buat duplicate iklan yang terbaik supaya tidak mengganggu learning phase iklan yang sedia ada.



Apa yang patut saya buat lagi?

Pada masa kini saya mempunyai 1 iklan LAL dan 1 iklan re-targetting. Saya akan jalan hingga ia fatique. Maka saya akan tutup kedua-dua iklan tersebut.

Apa yang saya akan buat seterusnya ialah saya akan membuat custom audience untuk video re-targetting dan kemudian membuat LAL dan pecahkan kepada enam bahagian seperti contoh di atas.


Dan saya akan membuat iklan berdasarkan LAL yang lebih mantap lagi. Dan seterusnya proses ini akan berjalan seperti contoh di atas  tetapi kosnys lebih murah berbanding permulaan mendapat data asas.



KESIMPULAN DAPATKAN DATA MELALUI FACEBOOK ADS


1. 7 variasi video mengguna objektif Engagement
2. Pilih 3 terbaik dan memilih 5 interest dengan objektif Sales.
3. Buat Custom Audience
4. Buat LAL 
5. Buat Re-Targetting dengan Custom Audience
6. Buat Custom Audience dari video re-targetting 
7. Buat LAL dari Custom Audience dari video re-targetting
8. Buat 1 iklan dari LAL Custom Audience dari video re-targetting
9. Seterusnya .....


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama