FACEBOOK SUKAR JIKA ANDA TIDAK FAHAMI 4 PERKARA INI

FACEBOOK SUKAR JIKA ANDA TIDAK FAHAMI 4 PERKARA INI

 

Ramai yang mengeluh mengatakan membuat Facebook Ads ini adalah sukar dan jaminan untuk mendapat ROI dari Facebook Ads selalu gagal dan membakar wang anda.


Sebenarnya sebelum anda menceburi dunia iklan berbayar terutama Facebook Ads anda kena memahami 4 cara anda mempromosikan produk anda iaitu melalui :

1. Facebook Pages
2. Blog 
3. ECommerce 
4. Marketplace


Sebelum itu saya andaikan anda memahami bagaimana menggunakan Facebook Ads Manager dari segi kempen, ads set dan ads. Dan juga mengetahui apakah itu Facebook Pixel serta "audience"


Kerana setiap perkara di atas mempunyai perbezaan untuk anda mengendalikan Facebook Ads anda dan bagaimana anda mendapatkan datanya. Sebab itu jika anda mempelajari Facebook Ads anda jadi keliru disebabkan anda mempelajari jenis yang salah.


Perbezaan yang ketara antara kesemua ini bagaimana anda memperolehi data untuk membuat re-targetting kesemua pelanggan anda. 


Dalam perkara ini perbezaan yang jelas ialah penggunaan :

  • Facebook Pixel 
  • Objektif iklan anda, 
  • Cara menghubungi anda

FACEBOOK SUKAR JIKA ANDA TIDAK FAHAMI 4 PERKARA INI


Facebook Pixel

Facebook Pixel ialah data yang anda kumpulkan melalui lawatan pihak luar ke website anda samada blog atau ECommerce anda.


Melalui data pelawat yang pernah melawat website anda maka anda akan membuat targetting terhadap mereka. Ini adalah cara paling popular dan dalam menjana pendapatan melalui Facebook Ads.


Tetapi perbezaan antara kedua ini iaitu blog dan ECommerce ialah event di Facebook Pixel yang anda targetting. Dalam ECommerce, event atau acara yang anda targetting adalah lebih komplek seperti View Content, Add To Cart atau Purchase.


Secara mudahnya melalui Facebook Pixel sebagai ECommerce, anda akan ketahui berapa ramai yang telah lawat website da berapa ramai telah klik add to cart dan berapa yang telah beli produk anda. Hebatkan.


Dimana anda boleh membuat spesifik iklan mengejar mereka yang telah klik add to cart tetapi belum membeli lagi dengan membuat iklan mengingatkan mereka dan juga memberi "offer" tambahan jika mereka membeli produk tersebut.


Manakala melaui event "purchase" di Facebook Pixel anda mempunyai data yang cukup kuat untuk memberitahu Facebook cari pembeli yang mempunyai ciri-ciri sebegini jika anda menggunakan objektif "Sales" 


Manakala untuk blog pula anda hanya mampu membuat "view content" atau "page view" sahaja tetapi untuk saya ia sudah cukup kuat. Cuma anda tidak membahagikan secara spesifik yang mana pernah membeli produk anda dan jika anda membuat iklan andan terpaksa targetting semua sekali termasuk yang pernah membeli produk anda.


Manakala mereka yang menjual melalui Facebook Pages atau Marketplace anda tidak boleh menggunakan Facebook Pixel dan harus membuat teknik lain untuk mendapatkan data pengguna. 


Dan biasanya anda akan membuat video atau  menggunakan "Instant Experience" untuk ambil data berapa ramai yang pernah menonton video anda selama 95% atau 75% atau 25%. Anda boleh dapatkan data tersebut dan gunakan untuk  targetting video.


Instant Experience pula bermaksud anda membuat website mini didalam Facebook itu sendiri tanpa perlu mereka keluar dari platform Facebook. Anda boleh mendapatkan data berapa ramai yang telah klik ke website mini anda.



FACEBOOK SUKAR JIKA ANDA TIDAK FAHAMI 4 PERKARA INI


Objektif Kempen Anda

Objektif Kempen untuk Ecommerce secara terang adalah sales dimana anda boleh gunakan data yang lengkap di Facebook Pixel untuk membuat jualan.


Manakala untuk blog juga anda boleh gunakan objektif  "Sales" tetapi event yang boleh anda gunakan ialah "View Content" sahaja.


Manakala untuk Facebook Pages dan Marketplace objektif yang sesuai digunakan ialah trafik.


Selain itu terdapat beberapa objektif kempen facebook Ads yang boleh anda gunakan tetapi ia tidak digalakkan. Yang popular ialah "Sales" dan "Trafik"


Dan antara kedua ini yang paling power ialah objektif kempen "Sales" dimana anda terang-terang memberitahu Facebook Algoritma anda mahukan mereka mencari target yang minat membeli.


Manakala trafik anda menyuruh Facebook Algoritma mencari orang yang selalu minat klik di Facebook. Namun ianya masih sesuai digunakan dalam mencari sales.



Cara Menghubungi Anda

Jika anda menggunakan ECommerce atau Marketplace cara pembeli menghubungi adalah sangat minimum dimana mereka akan dibawa ke laman pembayaran yang tersusun jika mereka mahu membeli produk tersebut.


Ini memudahkan anda kerana anda tidak perlu menulis atau follow up melalui telepon tetapi dengan hanya mengikut cara pembelian tersusun ini.


Manakala untuk blog pula cara pembeli menghubungi anda boleh sahaja melalui laman pembayaran tetapi anda harus mendaftar dengan 'gateaway payment" dan memasukkan link tersebut di blog anda dan jika ada pembelian mereka akan klik link pembayaran dan akan dibawa ke website pembayaran.


Manakala jika anda menggunakan Facebook Pages pula cara menghubungi anda melalui what apps atau messenger. Dimana pembeli akan what apps anda dan pembelian dilakukan melalui chatting dan pembayaran akan dilakukan melalui akaun no yang anda berikan melalui what apps.


Oleh itu di Facebook Ads anda harus memilih cara menghubungi anda samada melalui What Apps, Messenger atau Website.  Dan pastikan anda tidak salah pilih !! 


Dan ingatan untuk yang menggunakan blog pastikan anda mempelajari bagaimana membuat "gateaway payment". Kelakau rasanya jika anda memilih website dan jika klik ke blog anda dan pembayaran harus dilakukan melalui what apps. Tak sesuai..



Kesimpulan 

Apa yang dapat anda fahami ialah melalui penerangan ini, jelas menunjukkan jenis atau cara anda menjalankan perniagaan anda mempunyai kaitan dengan cara anda membuat iklan menggunakan Facebook Ads.



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama