BINA BISNIS ONLINE MUDAH TETAPI PROMOSI YANG SUKAR - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

BINA BISNIS ONLINE MUDAH TETAPI PROMOSI YANG SUKAR

BINA BISNIS ONLINE MUDAH TETAPI PROMOSI YANG SUKAR

 

BINA BISNIS ONLINE MUDAH  TETAPI PROMOSI YANG SUKAR

Ramai yang mungkin tidak setuju dengan pendapat saya iaitu untuk memulakan bisnes on line mudah jika anda sudah mempunyai  pengalaman serta masterplan yang tersusun.


Sebaik sahaja anda bina bisnes anda adakah wang akan masuk begitu sahaja. Tidak kan!!

Kerana orang ramai tidak mengenali siapa anda dan apa bisnes anda.


Anda harus membuat promosi bisnes on line anda melalui 2 cara iaitu trafik organik dan trafik berbayar.


Melalui trafik organik sudah tentu cara yang palig mudah ialah post produk anda ke laman sosial dan berharap pembaca akan menjumpai produk anda. Dan anda berharap video yang anda hantar di Tik Tok serta semua laman sosial akan meletup dan viral 


Selain itu anda mungkin akan membuat artikel melalui blog dan berharap Google akan cepat-cepat indeks artikel anda dalam carian enjin yang pertama.


Dan harapan itu mungkin akan terjadi dan jika terjadi maka anda adalah insan yang paling bertuah dan paling kreatif. Jika tidak, maka anda kena kerap post kan artikel serta video ke laman sosial dan blog anda dari masa ke semasa. 


Trafi organik tidak memerlukan kos tetapi memerlukan tenaga dan masa anda untuk mempromosikan produk anda dengan membuat video, artikel gambar yang menarik untuk di postkan setiap hari. Penat beb!!!


Manakala trafik berbayar sudah tentu melibatkan wang dan wang untuk pemula bisnes on line adalah sesuatu yang perlu anda budget.


Katakan anda mempunyai budget tetapi anda tidak mempunyai skill untuk membuat iklan  pun merupakan satu masalah. Anda terpaksa mengupah pihak ketiga untuk membuat iklan berbayar untuk anda. 


Dari sini anda dapat melihat bahawa BINA BISNIS ONLINE MUDAH  TETAPI PROMOSI YANG SUKAR.




Catat Ulasan