Pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai ‘roadtax’, tidak lagi perlu dipamerkan pada kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian.
Selain roadtax, pengguna jalan raya juga sudah tidak perlu membawa lesen memandu (LMM) fizikal seperti yang diamalkan sebelum ini sebaliknya mereka hanya perlu menunjukkannya secara digital jika perlu
Muat turun aplikasi MyJPJ yang sah. Untuk pengguna Android muat turun di sini, dan pengguna iPhone di sini.
Roadtax Tak Perlu Pamer Membunuh Peniaga Kecil
Setiap pembaharuan mesti ada orang yang akan terima impak yang baik dan buruk. Dari sisi sebagai bisnes online, saya melihat keluhan peniaga yang menjual pelekat roadtax memang terjejas teruk.
Malah saya boleh katakan produk tersebut adalah absolute atau tidak boleh dipakai lagi.
Tindakan yang boleh dilakukan ialah mempelbagai penggunaan pelekat itu selain daripada pelekat road tax ke sumber-sumber yang lain. Mungkin boleh digunakan untuk melekatkan jadual kerja atau persekolahan.
Apa yang kita boleh pelajari dari kes ini ialah dunia bisnes ini kejam dan cepat berubah. Dalam hal ini, semua pihak tidak jangka akan berlaku perubahan drastik sedemikian pemansuhan pamer road tax di cermin kereta dan peniaga yang menjual produk pelekat road tax ini tidak sempat untuk membuat apa-apa.
Stok di tangan sudah ada beribu-ribu dan mesin lagi menjalankan operasi. Dan suka tak suka peniaga yang terlibat harus menelan air liur dan menanggung kerugian sehingga saya katakan tadi, gunakan pelekat tersebut ke sumber -sumber lain jika ada.
Saya tidak ada hak mempertikaikan keputusan terburu-buru atau surprise atau kejutan oleh Menteri Pengangkutan ini wajar atau tidak. Itu hak netizen.
Saya cuma memperkatakan dari aspek bisnes sahaja.
Dan pelajaran yang boleh kita pelajari dari kes ini ialah :
1. Jangan simpan stok terlalu banyak.
2. Pelbagaikan Produk Utama anda. Jangan tumpu satu produk sahaja.
3. Cari idea pelbagaikan kegunaan produk bukan semata-mata lekat di roadtax.
4. Dunia bisnes ini kejam dan sentiasa pastikan modal pusingan ada . JIka berlaku hal sebegini dimana anda tidak mampu menjual produk anda tetapi anda masih punyai modal pusingan.
Dan dalam MasterClass Shoppermaniac, kami sentiasa memberitahu bahawa jangan bergantung terlalu lama pada sesuatu produk atau platform. Terutama jika produk tersebut adalah produk trending.
Lainlah jika produk tersebut adalah produk keperluan seperti makanan atau pakaian.
Jom maju bersama kami dalam mengembangkan bisnes on line anda.
Lainlah jika produk tersebut adalah produk keperluan seperti makanan atau pakaian.
Jom maju bersama kami dalam mengembangkan bisnes on line anda.
