APAKAH KEPENTINGAN TRAFIK DALAM SHOPEE - BLOG SHOPPERMANIAC

APAKAH KEPENTINGAN TRAFIK DALAM SHOPEE

APAKAH KEPENTINGAN TRAFIK DALAM SHOPEE

 



Pada data di atas menunjukkan trafik yang datang ke Shopee pada bulan Januari 90.1 juta atau 3 juta sehari ke Shopee. Ini adalah jumlah yang amat besar sekali . Sebelum saya lanjutkan kepentingan trafik di kedai Shopee anda. Mari kita fahami, apa itu trafik.


Trafik pada website dan kes ini ialah Shopee  merupakan jumlah orang yang mengunjungi website, membuka halaman website, dan durasi pengunjung membuka dan membaca halaman pada website kamu.


Kepentingan trafik adalah semakin ramai yang datang ke laman web dan khususnya Shopee maka secara tak langsung, potensi untuk anda sebagai seller membuat jualan adalah lebih tinggi. 


Tujuan anda sebagai Shopee Seller sebenarnya bukan mencari sales semata-mata tetapi tujuan utama anda ialah membawa trafik ke kedai  Shopee anda.


Shopee telah menyediakan 3 juta pelanggan untuk anda setiap hari dan tugas anda ialah menarik trafik yang diberikan oleh Shopee ke kedai anda. Itu tujuan dan kerja utama anda.


Dan trafik  yang boleh anda gunakan untuk menarik mereka ke kedai anda ialah trafik organik dan trafik berbayar.


TRAFIK ORGANIK 

Trafik organik ialah anda mengemaskini produk listing anda mengikut kehendak algoritma Shopee. Dimana melalui kata kunci yang betul, produk anda berpotensi ditonjolkan oleh algoritma Shopee.


APAKAH KEPENTINGAN TRAFIK DALAM SHOPEE


Selain itu, trafik organik yang boleh anda dapatkan ialah melalui blogging. Dimana anda membuat wwwwwwwwwwwwsebuah blog dan masukkan semua produk pilihan anda ke blog anda dan linkkan ke kedai Shopee. Ini adalah salah satu teknik yang kami berikan di Masterclass kami.


Pada gambarajah di atas menunjukkan trafik direct ke Shopee memberi 55% dari keseleluruhan trafik ke Shopee. Manakala melalui Google ialah 2.64% dan FB Ads ialah 2.58%.


Ini bermakna saingan di Google untuk dropship adalah kurang dan anda sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk dapatkan trafik alternatif ke kedai Shopee anda dengan membuat sebuah blog.



TRAFIK BERBAYAR 

Manakala untuk trafik berbayar sudah tentu melalui  Shopee anda boleh gunakan Shopee Ads atau boost ads. Tetapi sebagai dropship saya amat tidak galakkan melalui Shopee Ads kerana kadar pembayaran mereka melalui klik.


Sebab itu saya menggalakkan anda mengguna Faceboook Ads Manager kerana kos pembayarannya melalui CPM ( Cost per Mile) iaiau setiap 1 ribu orang Facebook baru FB Ads akan caj anda.


Dan untuk pengetahuan, shopee kini menyediakan  catalogue ke Facebook  dan ianya dipanggil  Faceboook CPAS. Dan anda sepatutnya ambil peluang ini dan mempelajari ilmu Facebook Ads. 


Jika anda hendak berblogging dan ber FB, dapatkan Masterclass kami. 



KESIMPULAN

Kesimpulannya ialah melalui trafik organik dan trafik berbayar anda mampu untuk mendapatkan sales ke kedai Shopee anda. 

Jangan bergantung semata-mata pada trafik Shopee sahaja.




Catat Ulasan