TIK TOK MEMBUKTIKAN VIDEO PERLU DALAM KEDAI SHOPEE ANDA - BLOG SHOPPERMANIAC

TIK TOK MEMBUKTIKAN VIDEO PERLU DALAM KEDAI SHOPEE ANDA

TIK TOK MEMBUKTIKAN VIDEO PERLU DALAM BISNIS ON LINE

Saya pernah membuat video bahawa salah satu syarat meningkatkan sales di Shopee ialah anda harus masukkan video. Dan ramai yang mengatakan di Shopee tidak perlu ada video walaupun Shopee ada memberikan ruangan memasukkan video bawah 1minit.


Baca: Strategi Menjual Di Shopee 2023

TIK TOK MEMBUKTIKAN VIDEO PERLU DALAM BISNIS ON LINE

Size: Max 30Mb, resolution should not exceed 1280x1280px
Duration: 10s-60s
Format: MP4

Ini bermaksud Shopee ketahui kepentingan video dan sebagai Seller Shopee anda harus memaksimakan penggunaan video ini.


TIK TOK telah membuktikan bahawa penggunaan video memainkan peranan yang cukup penting dalam menghasilkan jualan. Dahulu di TIK TOK video adalah sebuah luahan perasaan dengan tarian-tarian trending.


Kini video di TIK TOK merupakan pemberi maklumat carian kepada pengguna TIK TOK  dan baru-baru ini TIK TOK telah mengumumkan untuk kemaskini algoritma mereka dengan perkuatkan SEO enjin carian mereka. 


Ini bermakna anda boleh menjadikan TIK TOK sebagai enjin carian dengan memasukkan kata kunci yang anda mahukan. Terus terang saya katakan, saya telah membuat eksperimen di TIK TOK dan membeli kebanyakan produk di TIK TOK berbanding Shopee.


Dan saya akui bahawa maklumat yang saya perolehi melalui TIK TOK tentang sesuatu produk tersebut amat membantu saya membuat keputusan samada hendak membeli produk tersebut atau pun tidak.


Melalui TIK TOK saya bileh melihat unboxing produk, bagaimana menggunakan produk tersebut serta review oleh pengguna.


Dan sebagai Seller Shopee anda harus memaksimakan penggunaan video di kedai Shopee Anda

TIK TOK MEMBUKTIKAN VIDEO PERLU DALAM BISNIS ON LINE
KLIK GAMBAR UNTUK MELIHAT VIDEO 

Pada gambar di atas adalah contih bagaimana saya masukkan video pada produk dropship saya ini dan anda fikirkan semula. Manakah yang akan memang jika dropshipping yang sama menjual produk yang sama dan kelainan mereka ialah video sahaja?


Walaupun kelebihan video di TIK TOK berbanding Shopee tidak selengkap TIK TOK namun anda masih mempunyai kelebihan berbanding dengan Seller Shopee yang lain.


Berniaga di Shopee kini bukanlah mudah dan anda harus mempunyai kelebihan berbanding dengan Seller Shopee yang lain. Memang penat kini berniaga online dengan saingan yang cukup hebat.




Catat Ulasan