Shopee merupakan salah sebuah Ecommerce Marketplace yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Shopee merupakan Marketplace yang paling popular di Asia dan khususnya Malaysia. Dan paling penting untuk Seller Shopee ialah trafik yang dijana oleh Shopee ke platform mereka ialah sehari 5juta hingga 7juta orang.
Jumlah trafik yang cukup besar dan mencukupi untuk semua seller Shopee .
Namun ada jua Shopee Seller yang gagal menjana sales yang baik di Marketplace.
Dan ini semua disebabkan saingan yang cukup kuat dikalangan Seller Shopee dan ianya makin susah jika anda sebagai Dropship. Dimana anda menjual produk yang sama dengan beribu Shopee Seller yang lain.
Namun kenapa mereka yang menjual produk yang sama anda berjaya dan anda tidak berjaya.
Ini kerana anda tidak mempunyai strategi terkini dan sales process yang tepat.
Saya tak mahu bercerita tentang Sales Process Shopee atau Sales Funnel Shopee. Dimana kami memberi tunjuk ajar bagaimana untuk anda memahami rahsia tips Shopee agar anda dapat membuat jualan konsisten di Shopee.
Anda boleh dapatkan melalui link disini.
Namun seperti yang saya katakan banyak kali Walaupun Funnel kami memberi pelbagai teknik untuk membuat jualan namun anda harus bijak memilih mana yang terbaik.
Anda sudah mempunyai ilmu dan kini anda harus membuat strategi jualan yang paling maksima.
Apakah Strategi Jualan Shopee 2023?
BUNDLE DEAL
Bundle deal akan menjadi pilihan yang terbaik untuk anda membuat jualan pada tahun 2023.
Bundle deal ialah anda membuat potongan harga kepada buyer anda yang membeli lebih dari 1 produk yang sama..
Katakan jika buyer anda membeli 1 produk dengan harga RM10. Dan jika mereka beli 2 anda akan kasi potongan 25%. Dan jika beli 3, anda akan berikan potongan 35%.
Pada dasarnya anda akan tetap mendapat keuntungan yang lebih jika anda membuat Bundle deal.
Anda boleh dapatkan kalkulator Shopee yang memberi anda pengiraan yang tepat agar anda boleh ketahui dengan pantas margin untung anda setelah memberi diskaun bundle deal serta telah ditolak caj transcation dan shipping.
ADD ON DEAL
Add on deal atau upsell adalah anda menjual produk yang berkaitan dengan produk utama. Katakan buyer anda membeli produk sarung telepon ADD On DEAL adalah anda boleh menjual charger telepon kepada mereka.
Ini adalah untuk mendapatkan sales tambahan dengan membuat Add On Deal didalam kedai Shopee.
PRODUK VIDEO
Dalam dunia bisnis on line salah satu material marketing yang terpenting dan cepat ialah video.
Suka tak suka anda harus mempunyai video disetiap produk anda supaya ia lebih menarik perhatian buyer anda.
Di Shopee memang mereka menyediakan video untuk anda masukkan dan anda hanya perlu membuat video yang sesuai sahaja.
Tetapi jika anda adalah dropship maka ianya lebih mudah. Sebagai contoh jika anda adalah dropshiip Save Value dan biasanya Save Value akan masukkan video didalam setiap produk mereka.
Tapi masalahnya anda tidak boleh download maka anda boleh ambil video di Lazada atau Ali Express. Saya ada membuat artikel bagaimana hendak download produk dropship.
Klik Sini: Cara Dapat Video Masukkan ke Shopee
KESIMPULAN Strategi Shopee Seller
Sebagai bisnis online anda harus mengikuti perkembangan pemilihan marketing yang terbaik dan lagi baik dari pesaing anda.
Pada masa yang sama anda harus mempunyai ilmu yang lengkap iaitu memahami bagaimana menggunakan segala marketing di Shopee dan memilih yang terbaik dan sesuai untuk produk anda.
Di bawah ini adalah contoh-contoh jenis marketing yang boleh anda pertimbangkan tetapi saya ingatkan jangan terlalu memberi "OFFER" hingga anda rugi.