TIP DROPSHIP UNTUK BEGINNER DAN CABARANNYA - BLOG SHOPPERMANIAC

TIP DROPSHIP UNTUK BEGINNER DAN CABARANNYA

TIP DROPSHIP UNTUK BEGINNER

TIP DROPSHIP UNTUK BEGINNER

Salah satu perniagaan pemula yang baru berjinak-jinak dengan dunia bisnes on line maka digalakkan untuk memulakan bisnes dropship.

Ianya satu perniagaan berisiko rendah dan jika anda tidak berminat maka anda boleh tinggalkan bisnes ini.


Apa Itu Dropship 

Dropship ni satu konsep bisnes yang mudah, ringkas dan amat sesuai dengan bisnes internet atau bisnes online sebab tak perlu keluarkan modal dan simpan stok. 

Dimana jika ada jualan pemilik dropship tersebut akan menguruskan penghantaran untuk anda. Anda tidak perlu buat apa-apa pun.



Tips Dropship Untuk Beginner 

Sebelum memulakan bisnes on line ini anda harus mempunyai perancangan dan ilmu untuk memastikan bisnes anda berjalan dengan lancar dan mudah.

Di sini saya berikan beberapa tips sebelum anda memulakan bisnes on line anda.



Dropship Bermula di Marketplace

Sebagai pemulaan anda boleh memulakan perniagaan dropship di marketplace. Kenapa saya menggalakkan anda bermula di marketplace ialah ianya percuma.

Jangan terburu-buru untuk membuka ECommerce website yang memakan belanja beribu-ribu ringgit. 

Kaji keupayaan anda dengan memulakan bisnes dropship di marketplace. Untuk saya marketplace khususnya Shopee merupakan sebuah platform yang cukup baik untuk anda mengasah bakat serta mencari pengalaman berniaga bisnes on line.

Susunan serta sistem marketplace adalah ala-ala ECommerce dan pada masa akan datang jika anda hendak membuka ECommerce anda sendiri ianya akan menjadi lebih mudah.



Dropship Auto Sync ( Automation) 

Carilah syarikat dropship auto sync iaitu sebuah syarikat dropship automatis yang menguruskan produk anda bermula tempahan pelanggan hinggalah penghantaran.

Anda tidak perlu lakukan apa-apa pun. Ada tempahan atau pembelian semuanya dijalankan secara automatis.

Masukkan produk dropship tersebut ke kedai Shopee anda dan biasanya syarikat dropship auto sync paling minimum mempunyai 300 hingga 4000 produk untuk anda jual!!



Kuasai Ilmu Marketing 

Marketing merupakan nadi utama sesebuah bisnes itu menguntungkan atau rugi. Tanpa ilmu marketing, produk anda tidak mampu dijual.

Jika anda menggunakan Shopee maka anda harus menguasai 11 jenis marketing. Manakala jika anda menggunakan marketing di luar platform Shopee maka anda harus kuasai menggunakan Facebook Ads atau Google Ads.

Selain itu juga beberapa jenis marketing yang penting seperti blog marketing, phone marketing dan email marketing merupakan EVERGREEN marketing yang harus anda fahami.

JIka anda mahu memahami ilmu marketing Shopee, FB ADS dan blog anda boleh dapatkan Masterclass Shoppermaniac yang merangkumi kesemua perkara ini.


General Niche 

Mulakan kedai dropship anda dengan general niche atau niche am dimana anda masukkan seberapa banyak produk di kedai anda

Sebagai pemula bisnes on line anda belum ada kemahiran menjual produk yang terlalu niche. 

Logiknya ialah semakin banyak produk di kedai anda khususnya kedai Shopee maka piihan masyarakat untuk membeli lebih besar.

Selain itu jika produk terlalu banyak, Shopee ada membuat kategori mengikut produk maka tidak lah sukar pelanggan anda mencari anda.

Contoh Dropship Untuk Anda

1. Kumoten  ( https://www.kumoten.com/ ) 
2. Save Value (  https://www.savevalue2u.com.my/ ) 
3. CICO ( https://cico.my/ ) 


Cabaran Dropship Di Shopee

  • Saingan makin tinggi 
  • Shopee fitur makin menyusahkan seller.
  • Kenaikan kos wajib seperti  transaksi dan komisen fee
  • Trafik organik semakin sukar 
  • Shopee Ads Wajib Di Pakai



Kelebihan Dropship

  • Tak perlu simpan stok ataupun tak perlu modal
  • Tak perlu pening nak uruskan penghantaran barang
  • Tak perlu nak sibuk top up barang jika habis
  • Keuntungan atas angin

Kekurangan Dropship

  • Risiko kena tipu dengan pembekal dan boleh jatuh reputasi kita.
  • Kita tidak tahu kualiti barang tersebut.
  • Sukar untuk berikan after sales service dan juga support.
  • Susah nak buat promosi. Sebagai contoh nak beri freegift pada client.
  • Pelanggan yang kita cari senang-senang dicuri oleh pembekal.

Catat Ulasan