CABARAN SHOPEE SELLER PADA TAHUN 2023

CABARAN SHOPEE SELLER PADA TAHUN 2023

 

Apakah cabaran Shopee Seller pada tahun 2023 ini . Setiap tahun cabaran sebagai bisnis on line bukanny asemakin mudah tetapi ia menjadi sukar. Apatah lagi jika anda sebagai Shopee Seller yang bersaing antara satu sama lain di dalam satu platform.

Pada tahun 2023 ini Shopee Seller akan menghadapi beberapa masalah seperti:


CABARAN SHOPEE SELLER PADA TAHUN 2023

  • 1. Saingan makin tinggi 
  • 2. Shopee fitur makin menyusahkan seller.
  • 3. Kenaikan kos wajib.
  • 4. Trafik organik semakin sukar 
  • 5. Shopee Ads Wajib Di Pakai



1. Saingan makin tinggi 


Ini adalah masalah standard sebagai Shopee Seller terutama jika anda sebagai dropship akan menghadapi masalah yang sama setiap tahun malah ia akan menjadi sukar tahun demi tahun.


Saingan yang kuat memerlukan pelbagai teknik yang baru dan kadangkala teknik yang jarang kita gunakan terpaksa anda gunakan untuk memastikan berada di hadapan pesaing anda.


Dahulu setiap produk bukanlah kemestian memasukkan video pendek tetapi kini ia merupakan satu teknik yang wajib dan berupaya meningkatkan ROI jualan anda,


Saya ada berikan beberapa tips strategi teknik marketing pada tahun 2023  pada video diatas. Jika anda mahukan tisp yang lebih ampuh boleh dapatkan Masterclass Shoppermaniac kami.



2. Shopee fitur makin menyusahkan seller.




Pada tahun 2022  Shopee telah menggemparkan Shopee Seller dengan memperkenalkan Standard Shipping Channel dan ramai Shopee Seller terkena tempias dengan pelaksanaan ini.


Perubahan besar lagi ialah pemecahan NON SSL kepada 2 kategori yang masih memeningkan kepala Shopee Seller.


Sebahagian perubahan ni banyak menyusahkan Shopee Seller dan impaknya ialah mereka kehilangan jualan atau kehilangan produk.


Namun tidak semua fitur yang diperkenalkan oleh Shopee semuanya tidak baik. Banyak yang baik dari segi membantu jualan anda. 



3. Kenaikan kos wajib.




Pada tahun 2022 berlaku kenaikan caj pada transaksi dan komisen fee serta prgram Shopee yang sekaligus membebankan Shopee Seller.


Kenaikan caj ini adalah diluar kawalan anda sebagai Shopee Selelr dan mahu tak mahu anda kena ikuti peraturan yang dikenakan oleh Shopee.


Pada tahun 2023 ini kita tak tahu adakah akan berlaku lagi peningkatan dalam caj-caj ini. 


MasterClass Shopee Shoppermaniac ada memberikan panduan percuma pengiraan dalam excel fail kepada semua Shopee Seller untuk mengelakkan kerugian pada anda jika berlaku apa-apa kenaikan pada masa akan datang.




4. Trafik organik semakin sukar 



Trafik organik merupakan salah satu impian oleh semua Shopee Seller dalam memastikan jualan yang bersih tanpa memikirkan kos untuk pengiklanan.


Inilah impian semua Shopee Seller dalam mencapai impian ini dan salah satu produk listing kami ialah bagaimana mendapatkan trafik organik melalui kata kunci algoritma Shopee.


Walau teknik ini membantu tetapi pergantungan semata-mata pada trafik organik dari platform Shopee sudah tidak memadai. Atas sebab itu dalam funnel Advanced Sales  Shoppermaniac kami telah memperkenalkan blogging iaitu mencari trafik organik dengan menggunakan Google SEO



5. Shopee Ads Wajib Di Pakai



Shopee Ads wajib anda gunakan jika anda mahu mencapai trafik ke kedai Shopee anda. Dan pada tahun 2022 Shopee telah memperkenalkan Boost Ads selain Search Ads dan Discovery Ads.


Namun sebagai Shopee Seller dropship anda kena berhati-hati menggunakan Shopee Ads agar tidak rugi. Dengan kadar keuntungan 16% sahaja dan belum ditolak transaksi dan komisen fee anda harus membuat pengiraan yang tepat.


Apatah lagi pembayaran Shopee Ads berdasarkan klik. Saya selalu memberi tips untuk membuat Shopee Ads memadai menggunakan Discovery Ads dengan bid yang rendah.



KESIMPULAN

Cabaran Bisnis On Line pada tahun 2023 bukan sahaja melibatkan Shopee semata-mata tetapi juga melibatkan semua industri.


Bisnis on line adalah sebuag perniagaan yang kompetatif dan sesiapa yang mempraktikan teknik yang betul maka mereka akan berada jauh menjana keuntungan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama