Pada suatu ketika dahulu saya mengatakan saya menyertai Bisnis Online serta Ecommerce atau Marketplace kerana saya tak minat chatting whatsapp.
Ya, dahulu saya menjual produk melalui whatsapp atau FB Messenger adalah kerana saya tidak memahami penggunaan gateway payment atau website.
Jika saya buat blog pun cara untuk mendapatkan jualan ialah dengan linkkan ke whatsapp.
Saya benci membuat jualan melalui whatsapp kerana ia mengambil masa yang lama untuk tutup satu sales. Lagi teruk jika layan pelanggan yang banyak songgeh dan setelah itu tak jadi beli.
Atas dasar itu saya mempelajari ilmu marketplace dan pernah mempunyai ECommerce sendiri. Saya mahu jualan secara automatis tanpa perlu chatting dengan pelanggan.
Pada tahun 2023 ni, saya menarik balik statement saya tentang kelemahan what apps kerana salah satu teknik yang menarik sales anda ialah whatsapp atau FB Messenger.
Di Malaysia, jualan melalui what apps adalah lebih digunakan berbanding FB Messenger.
Kenapa saya menarik balik penyataan ini kerana melalui kajian oleh beberapa agensi iklan serta pakar FB ADS Peng Joon mendapati kenaikan sales yang lebih baik melalui teknik FB Ads dan What Apps.
Dahulu setiap kali anda membuat iklan Facebook Ads anda akan linkkan ke laman web atau sales pages anda dan kini anda digalakkan membuat link ke Messenger atau ke Whatsapp anda.
SEBAB WHATAPPS MARKETING KEMBALI TRENDING 2023
Perubahan trend lama ini muncul kembali kerana sistem ECommerce terlalu banyak dan ditambah oleh keujudan Marketplace maka bisnes secara talian yang membawa maksud membeli melalui gateway payment bukanlah satu trending yang hebat lagi.
Dan pertambahan pembelian secara online selepas Covid-19 telah mematangkan ramai pembeli on line dan lama kelamaan melalui pengalaman serta kemahiran membeli secara online mereka mahukan satu kelainan dalam urusan pembelian agar lebih dipercayai.
Persaingan penjual yang menjual produk yang sama atau hampir sama memaksa mereka membuat kelainan dalam jualan mereka dengan memaksimakan engagement dengan pelanggan mereka melalui whatsapp atau telepon.
KESIMPULAN
Seperti yang pernah saya katakan salah satu marketing yang evergreen ialah Phone Marketing/ SMS Marketing/ Whatsapp Marketing dimana ia tidak luput dek zaman walaupun pelbagai funnel atau teknologi baru telah muncul.
Dapatkan strategi FB Ads yang lain pada 2023 ini KLIK SINI