FACEBOOK ADS UNTUK TAHUN 2023. Strategi terbaru.

FACEBOOK ADS UNTUK TAHUN 2023. Strategi terbaru.

FACEBOOK ADS UNTUK TAHUN 2023. Strategi terbaru.

Pada tahun 2022 kita dapat melihat pelbagai masalah yang dihadapi oleh Facebook Ads terutama dengan ISO 14 telah menghalang data diambil dari pengguna IPhone untuk digunakan targetting produk anda dengan lebih luas.


Dan setelah hampir setahun, Facebook telah mula mengatasi masalah ini walaupun impak tidak terlalu besar namun berbanding dengan kerugian yang saya alami pada permulaan ISO 14 telah mula menunjukkan pemulihan.


Namun anda juga harus membuat perubahan dalam strategi FB Ads anda seiring dengan perubahan yang dilakukan oleh Facebook.


FACEBOOK ADS UNTUK TAHUN 2023. Strategi terbaru.

Pada data di atas menunjukkan penggunaan Facebook, Instagram, Snapchat, Tik Tok dan Twitter pada tahun 2017 hingga 2022,

Walau ada berlaku penurunan tetapi Facebook masih lagi menjadi no1 di US dan global.


Adakah Facebook Ads Masih Berbaloi 

Ya, dan pada tahun 2023 adalah tahun yang terbaik untuk anda memaksimakan penggunaan Fb Ads dan Instagram Ads.


Pertama adalah kos pengiklanan Facebook ads semakin menurun kerana secara global masalah ekonomi yang berlaku mengurangkan penggunaan Fb Ads.


Persepsi masyarakat  yang mengatakan Facebook ads sudah mati tetapi anda lupa bahawa pengguna Facebook masih tertinggi dan jangan lupa juga apabila anda membuat iklan di FB bermakna anda boleh membuat iklan di Instagram. 


Ketiga ialah Facebook telah membuat terlalu banyak kemas kini pada algoritma mereka dan salah satu punca pendapatan FB ialah iklan berbayarnya. Dengan situasi FB yang semakin goyah mereka harus menarik balik pelaburan iklan dengan memudahkan pencarian dan memberi kelonggaran pada sistem iklan mereka. 


Sebagai contoh dahulu atribut mereka ialah 7 hari dan kini dikembalikan kepada 28 hari. Ini penanda terbaik untuk pengiklan seperti kami.


APAKAH STRATEGI FACEBOOK ADS 2023


 EMAIL LIST 

Salah satu strategi lama dan tradisional iaitu emali marketing. Dan semua pihak ketahui email marketing merupakan sesuatu yang cukup kuat dalam membuat jualan dalam jangka panjang.


Dalam persepsi Facebook ads ialah anda harus mengumpul maklumat email sebanyak yang mungkin dengan menggunakan lead form dari Facebook ads.


Facebook sedari kekuatan email list dan FB telah permudahkan untuk membuat lead form mereka.


Namun saya fahami di Malaysia email marketing untuk bisnis kecil-kecilan masih belum terbuka luas tapi banyak kali telah saya katakan email marketing adalah marketing evergreen selain Blogging Marketing dan Phone Marketing.



REEL ADS

Dalam kes ini ialah Facebook Reel dan yang paling popular iaitu Instagram Reel. Sebelum itu jangan anda bandingkan dengan Tik Tok pula...hehehehe.


Ini bermaksud membuat video !!! Video masih merupakan salah satu mekanisma yang cukup kuat untuk menjana ROI yang cukup tinggi tetapi video marketing telah berubah dengan tumpuan pada reel marketing.


Anda harus mula mempelajari membuat video sepanjang 30 hingga 60 saat. Tetapi tidak perlulah membuat vdeo menari-nari. Kita bukan penghibur tetapi merupakan penjual produk atau perkhidmatan. 



TARGETTING MAIN ADS

Targetting main ads ialah anda membuat iklan sekitar pelanggan anda dengan sequen yang teratur.


Saya telah terangkan dengan jelas metod ini melalui artikel saya ini iaitu TEKNIK FACEBOOK ADS 2023.

Dimana anda membuat sebuah main ads atau iklan utama kemudian anda membuat custom audience melalui iklan utama.


Dari custom audience ini anda akan membuat targettung 10 ads yang akan menunjukkan iklan anda setiap hari 2 iklan sahaja. 


Perbezaan metod ini ialah anda tidak menjual produk anda. Anda memberi tips-tips, nasihat dan pada iklan yang terakhir baru membuat jualan dan juga memberi OFFER.


Namun teknik ini mengambil masa yang agak lama dan anda harus jalan kan iklan ini dalam sebulan hingga 3 bulan.



KLIK UNTUK TELEPON 

Ini adalah teknik yang paling pantas untuk membuat jualan. Teknik ini melibatkan engagement yang rapat antara anda dengan buyer anda.


Teknik ini selalu saya katakan iaitu phone marketing atau di Malaysia popular dengan kata what apps marketing . Dimana setiap iklan, anda masukkan link anda ke no telepon anda.


Jika buyer berminat anda boleh memberikan copy writing dan gambar yang telah anda sediakan lebih awal. Anda juga boleh menjawab soalan dari buyer anda dengan pantas dan pada tahun 2023 ini satu terpaksa akui teknik ini masih lagi releven dan saya telah katakan dalam perenggan yang pertama salah satu evergreen marketing ialah phone marketing.



TIADA GAMBAR  HANYA TULISAN

Teknik yang saya takut nak buat tapi disebabkan ia telah dimasukkan dalam seminar Facebook Ads yang saya sertai maka saya tulis disini.


Dimana anda membuat iklan dengan hanya tulisan sahaja, tanpa gambar. Tujuan iklan sebegini ialah hook buyer anda dengan soalan dan ujudkan soal ingin tahu. Dan buyer anda yang ingin tahu apa tulisan anda ini membawa maksud maka mereka akan klik link anda.


Untuk membuat iklan sebegini amat mudah. Anda mula-mula kena buat tulisan ini di Facbook Pages anda dan kemudian di Facebook Ads Manager di bahagian ads .


Anda pilih creative dari "existing post" iaitu post tulisan anda dan anda masukkan ke dalam iklan anda. Begitu mudah sekali.



BROAD AUDIENCE 

Dimana anda membuat iklan dengan menggunakan broad audience dan  anda hanya tukar gender jika perlu atau umur jika perlu.


Saya banyak kali telah di momok dengan penyataan ini agar membuat iklan TOFU menggunakan broad audience.


Tapi syaratnya ialah kreatif anda harus cukup meyakinkan dan masukkan sekali offer produk atau perkhidmatan anda. Pendek kata kalau nak buat broad audience, kreatif anda harus terbaik.


Satu lagi penyataan ialah Facebook Algoritma adalah lebih bijak dari anda!!! Facebook algoritma mempunyai berbilion data yang spesifik dan dalam jangka masa tertentu mereka akan ketahui iklan anda pada siapa mereka harus tunjukkan.


Learning phase facebook amat efekif dan anda kena percaya pada algoritma Facebook .



ENGAGEMENT ADS DARI POST FACEBOOK/INSTAGRAM

Ini adalah iklan yang beterusan untuk mematangkan Ads Manager serta Pixel anda agar Facebook tahu apa iklan anda sebenarnya.


Dengan modal serendah RM5 anda boleh membuat iklan dengan menggunakan objektif engagement dan pilih salah satu post anda yang terbaik dan anda buat iklan berbayar dan tinggalkan.


Facebook algoritma akan memainkan peranannya dan pada masa yang sama anda dapat menyimpan data mereka yang telah lihat iklan anda di Facebook Pages serta mendapatkan follower serta data untuk membuat iklan yang lebih khusus.


Saya percaya dengan teknik ini tetapi saya peminat video dan saya kerap membuat iklan sebegini dan saya tinggalkan begitu sahaja dengan syarat CTR dan frekuensi saya masih baik. Iaitu  CTR atas 5% dan frekuensi bawah 1%.


Dengan data ini saya akan membuat custom audience atau LookAlike. 



KESIMPULAN FACEBOOK ADS UNTUK TAHUN 2023.

Saya melihat Facebook Ads telah mula kembali pada asas iaitu membuat email marketing dan phone marketing.


Selain itu mereka berusaha mengukuhkan algoritma mereka agar anda tidak perlu bersusah payah memikirkan demografi. Facbook akan fikirkan untuk anda!!!

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama