Katakan anda telah membuat Shopee Ads dan anda mahu kenselkan atau batalkan Shopee Ads anda samada Search Ads atau Discovery Ads.
Ianya amat mudah sekali.
Pertama pergi ke bahagian Seller Center dan klik kolum Shopee Ads.
Anda pilih iklan mana yang anda hendak kenselkan :
Katakan anda memilih hendak kenselkan salah satu produk dari Search Ads.
Maka anda klik pada Search Ads.
Katakan anda memilih produk ini dan untuk memadamkan atau batalkan atau kensel iklan ini, anda klik pada tajuk produk tersebut.
Anda akan ke template Search Ads dan dibahagian atas terdapat 2 bahagian iaitu Pause atau End. Katakan anda memilih End.
Sebaik sahaja anda memilih End maka butang tersebut akan bertukar kepada "Restart"
Jika anda mahu membuat iklan ini semula dan klik "restart" ia tidak akan pergi ke setting lama anda lagi tetapi anda kena buat settting bid dan keyword yang baru .
MANAKALA:
Jika anda tekan "Pause" maka akan keluar butang "resume" dan jika anda hendak jalankan semula iklan, anda hanya perlu tekan butang "resume" itu sahaja.
Semua setting dan bid akan ikuti setting lama anda.
Kesemua cara ini adalah sama untuk Search Ads dan Discovery Ads dan Boost Ads