Bagaimana Shopee Boleh Membantu Anda Sebagai Bisnes On Line - BLOG SHOPPERMANIAC

Bagaimana Shopee Boleh Membantu Anda Sebagai Bisnes On Line

Bagaimana Shopee Boleh Membantu Anda Sebagai Bisnes On Line

Bagaimana Shopee Boleh Membantu Anda Sebagai Bisnes On Line

Dalam MasterClass Shoppermaniac, akar utama permulaan bisnes on line kami adalah melalui marketplace dan khususnya Shopee.


Dan pada masa yang sama saya juga kerap berkata, jangan terlalu bergantung pada Shopee dan jika ada peluang kembangkan perniagaan anda dengan mengguna platform-platform lain.


Namun saya tetapi yakin Shopee boleh membantu anda sebagai seorang bisnes online memperkembangkan perniagaan anda.  Dan saya yakin anda harus memulakan bisnes on line anda di Marketplace terlebih dahulu.


Bagaimana Shopee Boleh Membantu Anda Sebagai Bisnes On Line:

  • 1. RISIKO YANG RENDAH
  • 2. SISTEM PENUH BISNES ONLINE
  • 3. UJI KEKUATAN ANDA SEBAGAI BISNES ON LINE
  • 4. TIMBA PENGALAMAN
  • 5. TREND WAJIB ADA KEDAI SHOPEE

Risiko Yang Rendah

Memulakan perniagaan di Shopee bermakna anda tidak merisikokan diri anda jika perniagaan anda gagal atau rugi.

Ini kerana untuk memulakan perniagaan di Shopee adalah percuma dan dalam MasterClass Shoppermaniac kami galakkan anda bermula dengan dropship untuk merendahkan lagi risiko anda.


Sistem Bisnes Online

Anda akan mempelajari sepenuhnya tentang bisnes on line melalui Shopee. Ini kerana sistem Shopee sepenuhnya seakan-akan ECommerce cuma mereka tidak menjualnya produk sendiri tetapi anda.

Dan melalui peraturan Shopee yang tegas anda tidak akan tersasar dari hala tuju mengikuti peraturan Bisnes On Line, saya akui peraturan Shopee adakalanya agak ketat tetapi dari segi positif ia membawa anda haluan yang betul dan mendisiplinkan anda.

Sebagai contoh ialah engagement amat penting dalam bisnes on line dan engagement melalui Shopee ialah Chat Box mereka. Jika anda gagal menjawab Chat Box maka  markah anda dari segi engagement akan berkurangan. Mahu tak mahu anda terpaksa menjawab pantas semua chatting oleh buyer dan ini adalah satu bentuk disiplin untuk anda pada masa akan datang.


Uji Kekuatan Anda Sebagai Bisnes On Line

Saya terus terang katakan iaitu dari 100 orang yang sertai Shopee sebagai Seller Shopee dan yang bertahan ialah bawah 10 orang sahaja.

Shopee adalah platform yang sangat sengit dan ini bermaksud keseluruhan bisnes on line makin sukar walau pun di luar Shopee.

Adakah anda jenis "fighter" atau cepat mengalah? Cuba dahulu di Shopee yang diwar-warkan platform menjana 5 angka melalui iklan-iklan yang sering anda lihat.

Jika anda mengalah, tiada masalah kerana anda tidak rugi apa-apa pun sebab risiko berniaga di Shopee rendah.

Saya nasihatkan mereka yang beria-ria berniaga on line cuba di Shopee. Mari kita lihat kemampuan anda.



Timba Pengalaman

Sudah semestinya Shopee adalah gelanggang anda mencari pengalaman dan tujuan Masterclass Shoppermaniac berdasarkan perkara ini.

Kaut pengalaman sebanyak yang mungkin dan gunakan pengalaman ini untuk kembangkan bisnes on line anda. 

Dan dalam Masterclass Shoppermaniac salah satu sebab kami galakkan anda sertai dropship ialah pengalaman kerana menjual produk dropship di Shopee amat sukar sekali kerana bukan anda seorang yang menjual produk tersebut tetapi ribuan dropship yang sama.



Trend Wajib Ada Kedai Shopee


Semua bisnes online wajib mempunyai kedai di marketplace samada Shopee atau Lazada. Ini adalah trend yang diterima pakai di Malaysia.

Jika anda menjual produk sendiri tetapi tiada kedai Shopee ianya agak pelik sekali kerana Shopee adalah tempat yang mudah untuk anda menjual.




KESIMPULAN

Walau pun Shopee sering menyusahkan Seller Shopee dengan pelbagai perubahan tetapi anda kena akui Shopee adalah sebuah marketplace yang amat releven untuk membantu anda memulakan cabaran pertama Bisnes On Line.


Catat Ulasan